Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 3 June 2009

Malaysia tidak langgar perjanjian




Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 2 Jun - Dakwaan bahawa kerajaan memungkiri Perjanjian Peletakan Senjata Parti Komunis Malaya (PKM) kerana menghalang Chin Peng pulang ke Malaysia adalah tidak tepat.

Bekas Setiausaha Agung PKM itu sebaliknya tidak pernah menunjukkan kesungguhan untuk memohon pulang ke negara ini selepas perjanjian damai dimeterai antara dua pihak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, walaupun Chin Peng atau nama asalnya Ong Boon Hwa telah membuat permohonan untuk pulang namun beliau tidak menghadiri proses temu duga yang ditetapkan pada 31 Oktober l992.

''Chin Peng telah mengemukakan permohonan untuk kembali ke Malaysia sehari sebelum tempoh yang diberikan berakhir, dia bagaimanapun tidak menghadiri temu duga yang ditetapkan.

''Chin Peng juga tidak pernah membuat permohonan baru tetapi menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan status kewarganegaraannya, ini menunjukkan beliau enggan mematuhi syarat perjanjian yang ditandatanganinya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abu Seman berkata, semua bekas ahli PKM yang ingin pulang ke Malaysia perlu menghadiri temu duga sebelum permohonan mereka dipertimbangkan.

''Seramai 442 orang bekas ahli PKM telah memohon untuk pulang ke Malaysia dan 406 orang daripada mereka telah menghadiri temu duga.

''Kesemua ahli PKM yang memohon dan memenuhi syarat yang ditetapkan telah diterima kembali ke negara ini," katanya.

Beliau berkata, Chin Peng bukan wira negara yang patut dibela oleh mana-mana pihak kerana telah melakukan keganasan di negara ini.

''Chin Peng ketika itu telah menjalankan kegiatan subversif dan keganasan dalam usaha PKM memerangi dan menggulingkan Kerajaan Malaysia," katanya.

Menurut beliau, antara mangsa PKM ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang ditembak mati di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974 dan bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang dibunuh di Ipoh pada 13 November 1975.

''Sepanjang 1948 hingga 1990, seramai 2,083 orang anggota keselamatan telah terkorban manakala 3,541 orang lagi cedera.

''Keganasan PKM juga mengakibatkan seramai 2,588 orang awam terkorban dan 1,490 lagi cedera," katanya.

Tambahnya, kemasukan semula Chin Peng ke negara ini akan mencetuskan sentimen tidak puas hati di kalangan rakyat.

''Kepulangan Chin Peng ke Malaysia juga menunjukkan seolah-olah pengorbanan anggota keselamatan yang menentang PKM dahulu menjadi sia-sia," katanya
Dah nak apa lagi ...dah faham ke belum...kalau dah faham jangan duk berpolitik lagi buatlah kerja untuk penambahbaikan kehidupan rakyat...Sejarah akan kekal sebagai Sejarah...Kalau dah komunis tetap juga komunis.

No comments: