Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my
KOTA BHARU 25 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng.
Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian yang diiringi kira-kira 100 ahli pergerakan itu di Balai Polis Kota Bharu, pada pukul 10.30 pagi ini.
Anuar ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, tindakan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu ceramahnya di Manek Urai pada 21 Jun lalu, tidak berasas dan keterlaluan.
Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin Pas tersebut kerana tuduhannya boleh mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa di kalangan ahli UMNO dan rakyat Kelantan.
"Pemuda melihat tuduhan Nik Aziz yang menyamakan perjuangan UMNO seperti Ayah Pin, komunis dan Chin Peng serta menolak prinsip agama dan ketuhanan adalah tidak berasas.
"Sekiranya sama dengan Chin Peng, kita mahu tanya berapa ramai yang telah dibunuh, diperkosa oleh UMNO sejak penubuhannya dan jika sama dengan ajaran sesat, berapa ramai pula disesatkan," soalnya.
Anuar yang juga Ketua Pemuda Kubang Kerian berkata, pihaknya mempunyai bukti Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu berdasarkan laporan beberapa akhbar tempatan dan laman sesawang.
Beliau turut menyifatkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan adalah seorang buta sejarah serta menolak Perlembagaan Negara.
"Kita yakin UMNO adalah parti yang telah banyak membawa perubahan kepada generasi Melayu dan Islam di negara ini," tegasnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Nak hairan apa...itulah modal politik yang akan digunakan oleh ulama politik dari PAS...sifat Nik Aziz yang suka mencaci dan mencarut bila beri ceramah politik akan memastikan pengikut2 PAS akan selamanya membenci orang Melayu/Islam yang tak sehaluan minda dengan mereka dalam berpolitik...Nak faham macam mana orang lain semua salah PAS aje yang betul...

No comments:
Post a Comment