Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 22 June 2009

10 Mayat Yang Tidak Reput



Dalam satu riwayat menyatakan, apabila makhluk dibangkitkan dari kubur mereka berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun umur akhirat dalam keadaan tidak makan, minum, duduk dan bercakap.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw: “Bagaimana kita dapat mengenali orang mukmin pada hari kiamat?”

Jawab Rasulullah: “Dikenal kerana wajah mereka putih disebabkan wuduk. Apabila kiamat, malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud.

“Bekas sujud tidak dihilangkan. Maka memanggil dari zat yang memanggil.

“Bukanlah debu itu daripada debu kubur mereka, akan tetapi debu itu adalah debu keimanan mereka.

“Oleh itu, tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat mukmin itu mengetahui mereka adalah pelayan-Ku dan hamba-Ku.”

Disebutkan hadis Rasulullah, 10 orang yang mayatnya tidak busuk serta tidak reput dan akan bangkit dalam tubuh asal pada waktu mati.

Nabi.
Ahli jihad.
Alim ulama.
Syuhada.
Penghafal al-Quran.
Pemimpin yang adil.
Tukang azan.
Wanita mati bersalin.
Orang mati dianiaya.
Orang yang mati pada siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Dalam satu riwayat yang lain dari Jabir Abdullah, Rasulullah bersabda: “Apabila datang hari kiamat dan orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan, maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

“Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku mengeluarkan hamba-Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka dalam keadaan letih dan dahaga. Ambillah dan berikan mereka makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.”

Maka, malaikat Ridhwan menyeru: “Wahai sekalian kawan dan semua anak yang belum baligh..” Lalu mereka datang dengan membawa dulang daripada nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap seperti firman Allah dalam surah Al-Haqqah bermaksud: “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang kamu kerjakan pada hari yang lalu itu.”

No comments: