Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 23 June 2009

Mohon darjah, pingat dalam talian




KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mencari calon yang sesuai untuk dianugerahi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2010.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Ahmad Phesal Talib dalam satu kenyataan media semalam berkata, mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online dengan melayari laman web rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan di www.kwp.gov. my mulai 1 Julai ini manakala tarikh tutup permohonan bagi pencalonan ialah 30 September depan.

Katanya, Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang akan dianugerahkan itu dikenali sebagai keluarga Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah yang diberikan mengikut susunan keutamaan iaitu Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan pingat Seri Mahkota Wilayah (Datuk Seri).

Ia juga membabitkan pemberian Pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk, Pingat Johan Mahkota Wilayah, Pingat Kesatria Mahkota Wilayah, Ahli Mahkota Wilayah dan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah. - Bernama
Amboi senangnya nak dapat darjah, pingat sekarang ni kat Malaysia...mohon aje secara online...apakah kriterianya untuk layak dapat pingat darjah kebesaran ni... MASIH ADAKAH NILAI DARJAH YANG DIKURNIAKAN SEKARANG? Bila dah banyak sangat orang yang dapat pangkat dato ni nilai darjah tu dah macam tak bernilai langsung...ialah sekarang ni dah macam2 dato ada...yang baik alhamdullillah tapi yang jahat ni macam syaitan....dah macam nilai sekupang.....

2 comments:

Onna said...

salam dad,

biasa ler... ingat besok mati masa talkin ada ke disebut darjah2 pangkat2 ni sumer... yg bawak pangkat darjah ngan baik...respect lah jugak.. tapi yang buat taik ni ramai sungguh...sampai ilang nilai pangkat dan darjah tu tadi...kesian pada mereka2 yang memegang title dengan amanah tapi dipandang buruk dek kerenah org2 kemaruk pangkat darjah dan kuasa nih...kan kan kan

AJAI62 said...

Salam MUm

Betul tu...Kalau orang Melayu ni dapat dato...hidung dia tinggi mencecah awan....orang biasa tak ada standard nak dikawan nya....kat sinilah ALLAH uji keimanan mereka..tak terbawa tertonggenglah bila mati....