PULAU PINANG 21 Jun - Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan negeri ini dari arus pembangunan negara, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Sambil menyangkal dakwaan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang menyifatkan pembangunan infrastruktur Pulau Pinang masih di peringkat rendah berbanding Negeri Sembilan dan Perak, beliau berkata, ia adalah sesuatu yang tidak benar.
Katanya, Pulau Pinang yang dikenali sebagai Pulau Mutiara juga merupakan antara negeri yang terpilih dan sentiasa disenaraikan dalam perancangan pembangunan ekonomi negara.
Menurutnya, negeri itu memang maju dari segi kemudahan serta infrastruktur dan Kerajaan Pusat sentiasa memberi perhatian terutama dari segi logistik.
Apa hak Singapura mempersoalkan agenda pembangunan Malaysia tak kiralah di negeri mana pun...mungkin hasutan si Lee ni yang tersirat ialah P. Pinang kena jadi macam Singapura untuk maju...independence dari Malaysia...Itulah dia kepala komunis yang negara sendiri pun demokrasi entah kemana....Nilah jadinya
bila pemimpin2 Melayu lemah orang luar pun bole bebas bercakap sesuka hati tentang hak2 orang Melayu....Adakah kita perlukan nasihat dari Si Lee ni untuk membangunkan negara kita...entah sampai bila lah kerajaan kita ni nak bergantung pada Singapura...pelik dan hairan....kita sebenarnya yang telah memajukan Singapura dan memundurkan Malaysia.... janganlah menyokong mambawa rebah...
No comments:
Post a Comment