Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 25 June 2009

Konflik etnik, keselamatan negara



Oleh IBRAHIM ALI


KESELAMATAN negara perlu menitikberatkan aspek keselamatan insan. Ini wajar untuk mencegah dilema etnik kerana fenomena ini berbahaya, mengancam kemajmukan rakyat, menyebabkan pribumi terancam identitinya, tergugat keunggulan politiknya, dinafikan peluang ekonominya dan terhakis teras sosio-budayanya.

Fenomena ini juga berpotensi untuk menjejaskan ketahanan nasional, perpaduan rakyat, mencetuskan keganasan, menggugat ketenteraman awam serta mengharu-birukan keselamatan negara.

Contoh yang terbaru mengenainya adalah konflik berdarah di selatan Thailand. Malaysia pun pernah dilanda konflik etnik yang parah pada 13 Mei 1969.

Menurut Majlis Gerakan Negara (1969:ix), faktor pencetus konflik tersebut adalah perbezaan tafsiran terhadap Perlembagaan Persekutuan, terutamanya mengenai Bahasa Melayu (Perkara 152) dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153).

Konflik tersebut menjadi mercu pengeksploitasian isu-isu Perlembagaan Persekutuan mulai tahun 1963, menerusi slogan Malaysian Malaysia, yang memuncak sewaktu kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 1969.

Dilema Etnik

Etnik merujuk kepada kumpulan manusia yang berkongsi sejarah, bahasa, agama, kepercayaan, adat resam, dan nilai-nilai kehidupan. Shamsul Amri (2007:10) mendefinisikan etnik sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam.

Malaysia ketika ini seolah-olah sedang menuju ke arah konflik etnik yang serius, jika kerajaan tidak membendungnya mulai sekarang. Ini kerana pribumi Malaysia kini dibelenggu dilema siasah dan ekonomi yang cukup ketara.

Kedua-duanya boleh mencetuskan dilema dan konflik etnik. Keadaan ini membimbangkan, terutamanya bila ada sesetengah pemimpin politik, termasuk Melayu dan Islam, mencari pengaruh menerusi peniupan sentimen etnisiti atau perkauman.

Golongan ini mempertikaikan keistimewaan pribumi yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Ada juga yang mengadu-dombakan pribumi supaya tidak bersatu padu.

Contohnya adalah kenyataan memprovokasi kemarahan majoriti orang Melayu mengenai Chin Peng. Individu-individu tertentu, termasuk Melayu, yang menyemarakkan isu ini seolah-olah cuba membarakan sentimen pribumi supaya mencetuskan konflik etnik.

Kelompok yang kononnya liberal ini membelakangkan sejarah dan seolah-olah mahukan pertumpahan darah, negara porak-peranda, rakyat kacau-bilau, politik terumbang-ambing, ekonomi terjejas dan keselamatan negara terancam.

Rakyat yang cintakan damai perlu menyingkirkan kelompok ini. Waris kepada ribuan wira yang terkorban atau cacat akibat kekejaman pengganas komunis pimpinan Chin Peng wajar menolak kelompok ini.

Konflik

Semua pihak juga perlu diingatkan, konflik etnik di seluruh dunia sejak 1945 sampai sekarang telah mengorbankan lebih 10 juta nyawa. Ini termasuk di negara-negara Balkan, Rwanda, Burundi, Sudan, Indonesia, Timur Tengah, Afghanistan dan Ireland Utara (Caselli and Coleman II 2006:2).
Setuju sangat dengan pandangan...Bagi Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian wajib menyingkirkan kelompok pertualang yang ingin menghancurkan asas kenegaraan dan hak keistimewaan orang Melayu/Islam dan bumiputra...Dimaklumkan juga puak2 politikus yang bekerjasama dengan anasir2 luar untuk menggugat keamanan Negara hendaklah dianggap sebagai PENDERHAKA kepada rakyat Malaysia...adanya mereka di bumi Malaysia akan menyebabkan banyak masa yang terbuang di pihak kerajaan kerana melayan karenah mereka2 ini yang suka sangat berdemotrasi, merosakan hartabenda awam dan menyebabkan ketakutan pada orang awam...dari membela nasib rakyat yang bergelut dengan masalah ekonomi yang semakin tidak terurus...Harap kerajaan lebih tegas bertindak terhadap mereka2 yang mengugat kesejahteraan hidup rakyat Malaysia....

No comments: