Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 6 March 2014

SPRM serah 17 kertas siasatan


Oleh Norliza Abd. Rahman
pengarang@utusan.com




PUTRAJAYA 5 Mac - Pejabat Peguam Negara telah menerima 17 kertas siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diteliti susulan daripada Laporan Ketua Audit Negara 2012 (LKAN 2012).

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, kertas-kertas siasatan tersebut diserahkan oleh SPRM secara berperingkat bermula 14 November 2013 dan kertas siasatan yang terbaharu diterima pada 14 Februari lalu selepas beberapa kali diminta.

Sejak 14 November, kesemua kertas siasatan yang dirujuk telah diteliti dengan segera sebaik sahaja diterima dan sesi perbincangan di antara kedua-dua pihak terutamanya pegawai-pegawai penyiasat yang berkaitan juga sentiasa diadakan.

Menurutnya, daripada tarikh tersebut, kertas-kertas siasatan sentiasa diteliti, dipulangkan kepada pihak SPRM dan dikembalikan semula oleh pihak SPRM berulang kali.

‘‘Ingin dijelaskan bahawa kesemua kertas siasatan yang dikemukakan oleh pihak SPRM pada kali pertama didapati tidak lengkap dan memerlukan penyiasatan lanjut.

‘‘Berdasarkan penelitian jabatan ini, adalah didapati bahawa kertas-kertas siasatan yang telah dirujuk tidak meliputi semua aspek teguran yang telah dibuat di dalam LKAN 2012 termasuk isu-isu berbangkit daripada penyiasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebagai contoh, terdapat beberapa isu material yang berbangkit di dalam pernyataan saksi-saksi yang ditemu bual telah tidak disoal dan disemak dengan lebih lanjut oleh pegawai penyiasat SPRM.

Dokumen-dokumen material juga telah tidak diperoleh dan dirujuk untuk mendapatkan penjelasan lanjut semasa pernyataan saksi diambil.

‘‘Kelompangan dan ketiadaan maklumat-maklumat dan dokumen yang diperlukan telah menyukarkan jabatan ini untuk membuat sebarang syor terhadap kertas-kertas siasatan tersebut dengan adil dan saksama," tegasnya.

Abdul Gani berkata, sehingga kini sebanyak sembilan kertas siasatan telah dikembalikan kepada pihak SPRM dengan syor supaya ia ditutup selepas tidak cukup keterangan bagi membolehkan pertuduhan jenayah dilakukan.

Dalam beberapa kes, kata beliau, adalah diperhatikan bahawa salah laku atau salah urus perbelanjaan yang telah dibangkitkan di dalam LKAN 2012 dan disiasat oleh pihak SPRM tersebut adalah berikutan daripada kecuaian pegawai-pegawai di samping kelemahan prosedur pentadbiran, kewangan dan tadbir urus di kementerian, jabatan dan agensi yang berkenaan.

Justeru, tindakan untuk menambah baik prosedur dan tadbir urus dan saranan untuk suatu tindakan tatatertib terhadap pegawai yang terlibat telah dicadangkan di dalam beberapa kertas siasatan.

Selain itu, sebanyak tujuh kertas siasatan yang lain telah dipulangkan oleh jabatan itu kepada pihak SPRM dengan arahan untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat tambahan dan dokumen sokongan yang berkaitan sebelum suatu syor yang muktamad diberikan.

Kata beliau, beberapa pertuduhan yang berbangkit daripada tiga kertas siasatan yang telah dirujuk juga sedang dipertimbangkan oleh jabatan itu.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa jabatan itu tidak menerima kertas-kertas siasatan bagi dua kes iaitu.

i) Kes program bantuan Rumah Dhua’fat yang tidak memuaskan kerana pemilihan penerima bantuan tanpa borang permohonan, pendapatan penerima melebihi garis kemiskinan, tiada justifikasi terhadap jumlah pemberian bantuan yang berbeza, rumah tidak siap walaupun bayaran penuh telah dibuat dan tiada penetapan spesifikasi rumah.

(ii) Kes pemberian tender bernilai RM14,385,332 oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhubung ‘mereka bentuk, membina, menguji dan mentauliahkan ‘STEEL HULL’ latihan dan penyelidikan untuk UMT’ sedangkan hasil pemeriksaan Jabatan Laut Malaysia mendapati ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140306/dn_02/SPRM-serah-17-kertas-siasatan#ixzz2v98dY7SX  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: