Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 28 July 2011

MAHU PEGAWAI SPRM KES BENG HOCK DIPECAT


DARI UTUSAN MALAYSIA
28.7.2011


AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 24 Julai 2011 (Ahad) dalam ruangan pendapatnya memaparkan nukilan pengkritik semasa Loh Hon Chew berkenaan siasatan Suruhanjaya Diraja Teoh Beng Hock seperti berikut.

Selepas siasatan Suruhanjaya mengumumkan kes Beng Hock, pasti ada yang menerima hakikat itu dan ada yang tidak boleh menerimanya malahan ada juga yang tiada sebarang pendapat.

Kehilangan kepada keluarga Beng Hock ialah mendiang diputuskan sebagai membunuh diri tapi rakyat di seluruh negara semuanya tahu perkara itu berlaku kerana kekejaman pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa yang pihak SPRM perolehi ialah terlepas daripada dituduh membunuh, kerugian yang ditanggung dalam kes itu ialah keluarga mendiang Beng Hock.

Zaman dahulu di China, seksaan selalu digunakan dalam perbicaraan sesuatu kes oleh pegawai yang menjatuhkan hukuman.

Jika tuduhan sesuka hati dilempar tetapi tertuduh tidak mengaku bersalah, pegawai tersebut akan menyeksanya setengah mati sehingga dia mengaku salah menyebabkan ramai yang di dalam penjara ketika itu sebenarnya bukan pesalah yang sebenar.

Siasatan suruhanjaya semasa melakukan siasatan mendapati pihak SPRM menggunakan kaedah seksaan cara zaman kuno China supaya mangsa (Beng Hock yang seorang saksi sahaja) mengaku bersalah.

Pada tahun 1683, tercatat dalam buku sejarah hukuman seksaan apabila mendapati pesalah itu bersalah. Mereka bukan mati berdasarkan kepada undang-undang tetapi mereka mati di dalam tahanan penjara, bukan disebabkan pelaksanakan undang-undang tetapi masalah daripada kekejaman.

Setelah 300 tahun, adakah kita benarkan saksi itu mati begitu sahaja di tangan pegawai yang menjalankan tugas itu? Walaupun mendiang mati disebabkan bunuh diri, adakah pegawai tersebut tidak perlu bertanggungjawab?

Bagaimana pula pihak kerajaan memberi jawapan kepada keluarga Beng Hock dan di mana letaknya tamadun rakyat negara kita ini?

Dalam laporan siasatan itu menyebut bahawa penyebab kematian Beng Hock kerana mendiang tidak tahan SPRM melakukan siasatan yang melanggar prosedur, dalam keadaan dan cara soal siasat yang bertubi-tubi.

Apakah sikap kerajaan terhadap perlakuan yang menyebabkan seseorang itu bunuh diri? Contohnya, kita diletakkan di atas benteng gaung, seseorang menghunuskan parang memaksa mangsa berundur setapak demi setapak sehingga akhirnya tergelincir jatuh ke dalam gaung. Adakah itu dikatakan tidak langsung ada kaitannya dengan kes pembunuhan?

Undang-undang di negara kita langsung tidak hiraukan orang yang menghunus parang itu hanya dengan perkataan semudah ‘melanggar disiplin’, sudah boleh tutup kes?

Ada pegawai-pegawai hanya dikenakan tindakan disipilin, tidak perlu ada tindakan undang-undang terhadap mereka?

Dalam laporan itu menunjukkan ada dua orang pegawai SPRM yang berbohong iaitu membuat laporan palsu. Jika bersabit kesalahan membuat pengakuan palsu di mahkamah, ia perlu dikenakan tindakan undang-undang yang keras.

Jika membuat laporan palsu pada pihak polis, akan dikenakan tindakan di bawah akta jenayah. Adakah berbohong dengan Suruhanjaya Penyiasatan juga akan dikenakan tindakan?

KOMEN : KALAU SENDIRI YANG BERNIAT UNTUK MEMBUNUH DIRI KENAPA MASIH NAK MENYALAHKAN ORANG LAIN...? KENAPA PERLU TAKUT KALAU TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN...? BUKALAH MINDA KAMU SEMASA MENULIS, SUPAYA TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MENABUR FITNAH PADA ORANG LAIN.. RASANYA KES TBH TELAH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI BUNUH DIRI... DARI AWAL KES KEJADIAN PUN SAYA SUDAH MENGAGAK YANG TBH MEMBUNUH DIRI DENGAN TERJUN DARI BANGUNAN SPRM....MOTIFNYA TENTULAH PASAL RASUAH?

BUKAN PAS AJE... DAP DAN PKR PUN SAMA


Pas dicabar jangan tanding pilihan raya




KUALA LUMPUR 27 Julai - Pas dicabar supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang selepas parti itu membuat keputusan menolak mentah-mentah penggunaan sistem biometrik tanpa mendengar penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh berkata, Pas dilihat sengaja memprotes apa saja tindakan kerajaan sama ada dalam isu biometrik mahupun idea baru SPR.

"Mereka (Pas) jelas takut atas keputusan yang memang tidak memihak kepada mereka yakni sokongan dan kuasa yang mereka dapat adalah daripada himpunan parti pembangkang.

"Ternyata Pas sendiri serta pemimpinnya sengaja menghimpun pelbagai alasan dan jika terlalu banyak alasan, jangan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jawatankuasa Pas Pusat semalam membuat keputusan menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, sebaliknya tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, tindakan Pas menolak biometrik kerana parti itu mahu menjadikannya sebagai alasan yang kuat untuk menyalahkan SPR jika mereka kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya sangat percaya jika SPR bersetuju menggunakan dakwat kekal seperti yang diminta Pas, pastinya mereka akan persoal macam-macam termasuk mendakwa penggunaan dakwat itu juga dicuriga akan diambil kesempatan untuk disalahgunakan oleh Barisan Nasional (BN)," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta kepada SPR supaya berfikir semasak-masaknya sebelum menggunakan kaedah biometrik pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya yakin, jika Pas kalah besar mereka tetap akan salahkan SPR walaupun menggunakan biometrik atau dakwat kekal. Elok dikekalkan sahaja cara sebelum ini," katanya.

KOMEN : SENANG SIKIT KERJA SPR DAN POLIS BILA PARTI MEREKA TAK BERTANDING... HABIS SEMUANYA SALAH ORANG LAIN DIA AJE YANG BETUL... TAPI DIA SILAP, ORANG LAIN BIJAK DIA YANG BODOH...

SIAPA YANG PUNYA ANGKARA?


Akibat kemiskinan, Khairul berhenti sekolah





Nik Khairul Zaman Zahari menyusun kotak sebelum dijual bagi menyara keluarganya di Kampung Cina, Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 27 Julai - Akibat kemiskinan, seorang pelajar tingkatan empat, Nik Khairul Zaman Zahari, 16, terpaksa berhenti sekolah bagi membantu bapanya menyara keluarga dengan mengutip barangan terbuang sekitar bandar ini.

Remaja terbabit berhenti sekolah awal tahun ini bagi membolehkan dia menumpukan sepenuh masa dengan 'kerjaya' tersebut dan memperoleh pendapatan kira-kira RM15 sehari.

Jika sebelum ini, dia bangun pagi untuk ke sekolah, namun kini rutin hidup anak sulung daripada tiga beradik berusia antara satu hingga 16 tahun itu berubah apabila sebelah pagi membantu ibunya, Nik Suriani Deris, 37, menghantar adiknya berusia lapan tahun yang menghidap sakit sawan ke sebuah sekolah pendidikan khas.

Pada sebelah petang, dia mengutip barangan terbuang seperti kotak dan botol-botol sekitar bandar ini, sebelum dijual kepada peraih.

"Saya terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan keluarga. Sebagai anak sulung saya berusaha membantu keluarga mencari rezeki halal dengan mengutip kotak dan barangan terbuang.

"Duit hasil jualan kotak dan barangan terbuang itu akan saya berikan kepada ibu untuk membeli beras dan makanan keperluan harian bagi kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cina dekat sini, semalam.

Menurut Nik Khairul, tekanan hidup yang dialami oleh keluarganya menyebabkan dia tidak lagi bersemangat untuk meneruskan persekolahan, ditambah pula dengan prestasi pelajarannya yang semakin merosot.

Lantaran itu, katanya, dia sanggup mengorbankan masa depan demi membantu bapanya, Zahari Musa, 43, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan.

"Emak saya tidak bekerja dan terpaksa menjaga adik-adik yang salah seorang daripadanya mengalami penyakit sawan," katanya.

Sementara itu, Nik Surina mengakui masalah tekanan hidup menyebabkan anak sulungnya itu terpaksa berhenti sekolah dan pendapatan yang diperoleh hasil jualan barangan terbuang itu sedikit sebanyak telah membantu keluarga.

"Saya tidak tahu nak cakap apa lagi, dia sudah tidak mahu ke sekolah. Lagi pun yuran Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak bayar lagi. Jadi slip keputusan peperiksaan tidak dapat ambil.

"Mujurlah anak kedua saya masih bersekolah dan dia menerima bantuan

KOMEN : YANG NI NAK SALAHKAN UMNO/BN JUGAKAH? PAS PERINTAH DAH 20 TAHUN MASIH TAK DAPAT NAK BANTU INSAN KERDIL INIKAH? MANA SEMUANYA PERGI WAKIL2 RAKYAT (KULI SEBENARNYA) YANG SEPATUTNYA YANG BERKHIDMAT (BUKAN YANG BERHORMAT)UNTUK RAKYAT? TIDO, MAKAN GAJI BUTA, TAK BUAT KERJA, PEMALAS, HANYA TAHU TABUR FITNAH ATAU BERPOLITIK SEPANJANG MASA HINGGAKAN MASALAH RAKYAT BUAT PEJAM MATA... SUKA SANGAT SIBUKAN HAL ORANG LAIN, KAIN SENDIRI TERSELAK TAK SEDAR...

UiTM raih 24 pingat di WCOPA


Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my





Tujuh pelajar Universiti Teknologi Mara gembira meraih pingat emas di World Championship of Perfomance Art sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam. – utusan/Zaki Amiruddin

SEPANG 27 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih 24 pingat pada World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2011 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Edisi ke-15 WCOPA 2011 itu yang berlangsung pada 15 hingga 24 Julai lalu menyaksikan UiTM menggondol 17 pingat emas, lima perak dan dua gangsa.

Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Norafifi Muhamad Taib bertindak sebagai ketua pasukan UiTM yang diwakili lapan peserta.

Menurut Norafifi, pasukannya telah membuat persiapan hampir tiga bulan bagi memantapkan setiap aspek yang dipertandingkan iaitu lima kategori yang terdiri daripada vokal, alat muzik, tarian, model dan lakonan.

Beliau berkata, tarian menjadi penyumbang terbanyak pingat emas kepada UiTM apabila pasukannya berjaya meraih lapan emas dari kategori itu, manakala selebihnya lima daripada kategori vokal dan tiga bagi kategori alat muzik.

Menurut salah seorang peserta, Nurshazwani Shamsudin, 22, kemenangan tersebut merupakan kejayaan di luar jangkaan kerana persaingan yang diberikan oleh semua peserta amat sengit.

“Saya memang tak dapat bayangkan perasaan bila diumumkan sebagai pemenang, jantung saya berdegup kencang dan rasa macam mahu terbang. Memang sangat gembira sampai tak tahu mahu cakap apa lagi.

“Kejayaan ini juga merupakan berkat tunjuk ajar pensyarah yang tidak lokek ilmu untuk mengajar setiap teknik tarian dan persembahan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Sementara itu seorang lagi peserta, Abd. Rahman Bohari, 23, berkata, pencapaian delegasi Malaysia cukup membanggakan walaupun hanya diwakili lapan peserta.

“Ini menunjukkan semangat juang peserta kita cukup hebat. Saya sendiri tidak menyangka apabila kesemua peserta layak ke peringkat akhir dan berjaya membawa pulang pingat. Ini satu pencapaian yang bukan mudah untuk kita peroleh,” katanya.

Dalam pada itu, peserta bagi kategori vokal, Putri Norizah Ibnor Riza, 20, berkata, kejayaan membawa pulang enam pingat emas merupakan kenangan yang tidak akan dilupakannya sepanjang hayatnya.

“Jika ada rezeki mungkin saya akan melibatkan diri dalam aktiviti nyayian dengan serius, bagaimanapun terpulang kepada keluarga, ayah saya merupakan insan yang banyak mendorong dalam usaha saya mencapai kejayaan seumpama ini,” katanya.

WCOPA 2011 disertai oleh delegasi dari 42 negara dan merupakan satu-satunya pertandingan persembahan seni bertaraf dunia yang dilangsungkan saban tahun di Hollywood semenjak 15 tahun lalu.

Pertandingan itu diangkat sebagai setaraf dengan acara Sukan Olimpik kerana disertai oleh mereka yang telah terpilih bagi mewakili negara masing-masing.

KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DAN UiTM....BRAVO...

JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH

Berjuanglah habis-habisan!
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my





Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempat meluangkan masa bersama pemain skuad kebangsaan yang menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

PETALING JAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.

Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.

Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.

Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.

Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.

Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.

''Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.

''Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.

''Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.

Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.

Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.

''Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.

''Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan," ujarnya.

Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.

''Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).

''Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan," katanya.

KOMEN : SEMUANYA TIDAK MUSTAHIL... JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH... SEMUANYA AKAN KAU LAKUKAN... BAK KATA PERPATAH, BOLA ITU BULAT. PASUKAN KUAT PUN BOLEH DIKALAHKAH JIKA ADA KEMAHUAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN... DOA KAMI SEKELUARGA UNTUK KEJAYAAN PASUKAN MALAYSIA, AMIN... MALAYSIA BOLEH....

LANGKAH TEPAT MEMBANTU RAKYAT

Perangi kos kehidupan – Najib
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my





NAJIB Tun Razak berhubung melalui telefon memberikan kata-kata perangsang kepada Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sebelum perlawanan timbal balik Malaysia dan Singapura esok sebelum mempengerusikan perbincangan Meja Bulat dalam talian 1Malaysia bersama beberapa personaliti di Putrajaya, semalam. Antara yang hadir Amy Search, Aznil, Lisa Surihani, Tan Sri Lim Kok Wing dan beberapa orang lagi. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 27 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Perdana Menteri berkata, pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat.

“Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia, sebab itulah hari ini kita tambah satu lagi NKRA.

“Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog dengan pakar-pakar bidang yang terlibat perbincangan dalam talian Meja Bulat 1Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Najib berkata, langkah-langkah yang diambil bagi tujuan itu ialah kerajaan mengawal harga kebanyakan barangan dan mengekalkan sistem subsidi kepada kebanyakan barang-barang keperluan.

“Kita juga ada inisiatif seperti Klinik 1Malaysia yang memberikan perkhidmatan dengan kos RM1 sahaja, rangkaian kedai runcit 1Malaysia yang sedang diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai-kedai runcit Tukar dan juga barangan runcit dalam bungkusan Felda.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sudah berunding dengan pihak terlibat dalam industri ayam dan mereka setuju mengurangkan kos harga pengeluar yang boleh membawa kepada penurunan harga ayam,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, langkah tersebut tiada kaitan dengan pilihan raya sebaliknya kerajaan mendengar permintaan rakyat dan melaksanakan kehendak mereka.

Menurutnya, Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (Pemandu) akan membantu agensi-agensi kerajaan dan kementerian termasuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga untuk mengurangkan kos kepada rakyat.

“Kita mahu lihat bagaimana rangkaian bekalan boleh diliberalisasikan, mungkin kita boleh benarkan lebih pengimportan serta memanfaatkan kawasan-kawasan tanah lapang untuk pengeluaran makanan dan ternakan,” katanya.

Sekiranya terdapat cadangan-cadangan yang baik, ia akan dipertimbangkan ke dalam belanjawan akan datang, selain daripada memuatkan ke dalam komputer butiran-butiran jutaan rakyat yang telah mendapat faedah hasil daripada kejayaan pelaksanaan NKRA, ujar beliau.

KOMEN : SATU LANGKAH BIJAK OLEH KERAJAAN WALAUPUN IANYA NAMPAK SEDIKIT LEWAT... PERKARA INI SEPATUTNYA TELAH LAMA MENJADI AGENDA KERAJAAN DALAM MEMBANTU RAKYAT YANG TERTEKAN DENGAN KENAIKAN HARGA MAKANAN DIPASARAN DALAM KEADAAN EKONOMI DUNIA YANG TIDAK MENENTU... BIARKAN SAJA APA PUN CEMUHAN DARI PUAK PEMBANGKANG TERHADAP INISIATIF INI... YANG PENTING SUARA MAJORITI RAKYAT AKAN MENGATASI SUARA KERA SUMBANG PUAK PEMBANGKANG...

Wednesday, 27 July 2011

Dua model S-Class lebih berkuasa









SELEPAS sukses menerusi pengeluaran dan penjualan siri S-Class V221 selama lima tahun di negara ini, Mercedes-Benz Malaysia kini memperkenalkan pula generasi terbaharu S 350 L dan S 500 L BlueEFFICIENCY, masing-masing dengan enjin BlueDIRECT V6 dan V8.

Model Mercedes Benz S350 L BlueEFFICIENCY mampu menjana kuasa kuda sebanyak 306 @ 6,500rpm dan kuasa kilas maksimum ialah 370Nm @ 3500-5250rpm. Ia berupaya memecut dari 0 km kepada 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 6.9 saat sahaja. Kelajuan maksimumnya ialah 250 km/j dan dihadkan secara elektronik.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Car, Mercedes-Benz Malaysia, Kai Schlickum berkata, model sebelum ini hanya berupaya menghasilkan sebanyak 272hp dan tork 350Nm.

“Enjin terbaharu S350 L BlueEFFICIENCY hanya menggunakan sebanyak 7.6 liter petrol untuk setiap 100 kilometer (km). Pengurangan sebanyak 2.4 liter berbanding model sebelumnya.

“Ini menjadikannya jentera paling ekonomikal dalam kelasnya. Kadar emisi karbon dioksida pula telah diturunkan sebanyak 23.5 peratus kepada 179 gram setiap km,” katanya pada majlis pelancaran kedua-dua model itu baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengurus Pengurusan Produk Mercedes-Benz Malaysia, Michael Chew.

Untuk model S 500 L BlueEFFICIENCY pula, ia didatangkan dengan enjin turbo kembar V8 yang dapat menghasilkan 435hp. Tork maksimum ialah 700Nm. Peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding model sebelumnya.

“Model ini menggunakan 9.3 liter petrol untuk 100 km. Pecutan dari 0 km kepada 100 km/j hanya mengambil masa lima saat. Kelajuan maksimum ditetapkan pada 250 km/j. Kadar emisi pula sebanyak 219 gram setiap km,” jelas Schlickum.

Kamera infra merah


SKRIN lapan inci ini ditawarkan menerusi pakej hiburan barisan tempat duduk belakang.

Menyentuh mengenai aspek keselamatan, Schlickum memberitahu, model S-Class kini dilengkapi dengan kamera baru dan radar sistem pembantu pemandu, Speed Limit Assist, Attention Assist Drowsiness Detection dan Adaptive Highbeam Assist.

Kedua-dua model tersebut turut dilengkapi dengan ciri Night View Assist Plus menerusi kamera infra merah yang berupaya mengesan pejalan kaki pada waktu malam.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 1951, Mercedes-Benz sudah menjual sebanyak 3.3 juta unit siri S-Class. Untuk pasaran tempatan, S-Class merupakan peneraju pasaran dengan mewakili 53 peratus pegangan dalam segmen tersebut.

“Pesaing terdekat kami ialah model 7 series BMW,” akui Schlickum. Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya sudah menerima tempahan awal kira-kira 10 unit model S-Class, namun tidak memberikan pecahan model berkenaan.

Tahun lalu Mercedes-Benz Malaysia merekodkan jualan sebanyak 5,003 unit kenderaan, meliputi semua model dalam pasaran tempatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 250 sehingga 300 unit merupakan model S-Class.

Sewaktu membentangkan produk S-Class, Chew menjelaskan semua model S 500 L BlueEFFICIENCY dilengkapi dengan pakej AMG Sport. Ia didatangkan sebagai pakej standard.

Antaranya termasuklah rim aloi bersaiz 20 inci, kit badan AMG, cakera depan lebih besar, pedal tahan karat sport dengan stad getah dan karpet lantai kereta AMG.

Kedua-dua model CKD berkenaan dipasang di kilang Mercedes-Benz yang terletak di Pekan, Pahang. Mercedes-Benz S 350 L BlueEFFICIENCY dan S 500 L BlueEFFICIENCY ditawarkan pada harga RM840,888 dan RM1,056,888 seunit.


SEMAKIN HARI SEMAKIN BOSAN MENANTI


Jangan beri mesej salah kepada rakyat




BANYAK bantahan dikemukakan oleh rakyat di seluruh negara terhadap peserta demonstrasi 9 Julai lalu. Dan mereka menyokong agar polis mengambil tindakan terhadap pemimpin dan penyokong perhimpunan haram Bersih itu.

Oleh kerana sudah lebih dua minggu peristiwa yang mencemarkan imej negara itu berlaku tanpa tindakan berkesan, maka kian kuat desakan supaya polis mendakwa pemimpin pembangkang terbabit dengan kadar segera.

Ada pihak kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan ke atas kumpulan penganjur perhimpunan haram Bersih. Yang nampak ialah usaha polis terpaksa memberi penjelasan mengenai provokasi para penyokong Bersih.

Selagi tiada tindakan undang-undang terhadap peneraju perhimpunan Bersih yang mencetus huru-hara di ibu negara baru-baru ini, nampaknya mereka terus bebas menyebarkan tohmahan dalam ceramah politik masing-masing.

Kita percaya pihak polis sendiri mempunyai maklumat dan bukti terdapat unsur-unsur dalaman dan asing yang mahu mencetuskan huru-hara sewaktu perhimpunan itu. Bahkan usaha terancang sudah dilakukan dalam demonstrasi itu dengan memuat naik video yang diubah untuk memburukkan polis.

Apa yang kita bimbang persepsi yang salah akan timbul jika pihak berkuasa terlalu berhati-hati dan lambat mengambil tindakan ke atas pihak berkenaan. Sebaliknya ia memberi peluang kepada golongan tersebut untuk memanipulasi isu demonstrasi Bersih seperti yang sedang berlaku sekarang.

Pihak Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan polis kena mengambil langkah segera ke atas individu atau kumpulan yang terang-terang melanggar titah Yang di-Pertuan Agong dan tidak menghormati titah Sultan Selangor.

Sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil. Yang ada sekadar merekodkan kenyataan mereka yang ditahan polis, diberi layanan makan dan minum, kemudian dibebaskan.

Hasilnya cerita tindakan 'tunjuk baik' polis tenggelam dan dibalas pihak pembangkang dengan memutar belitkan cerita sebenar.

Kerajaan perlu ambil pengajaran daripada peristiwa ini. Untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, pihak berkuasa harus segera bertindak ke atas kumpulan pengacau itu.

Jangan disia-siakan sokongan lebih 4,000 badan bukan kerajaan dan individu yang membuat laporan polis terhadap Bersih.

Kelewatan mengambil tindakan ke atas penganjur dan peserta perhimpunan haram pada 9 Julai itu, boleh menghakis sokongan rakyat kerana kerajaan akan dilihat tidak berupaya melaksanakan undang-undang.

Oleh itu, jangan kerajaan beri mesej yang salah kepada rakyat - takut mengambil sebarang tindakan ke atas pemimpin pembangkang dan penganjur Bersih.

Kita juga bimbang semakin ramai lagi kumpulan akan berani menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara kerana tiada tindakan yang menggerunkan mereka untuk berdemonstrasi pada masa depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kelmarin memaklumkan bahawa siasatan menyeluruh berhubung perhimpunan itu dijangka selesai minggu ini. Yang penting sekarang ialah ambil tindakan segera termasuk mendakwa mereka yang terlibat.

Jangan kerajaan terperangkap dengan mainan dolak-dalih pembangkang.

KOMEN : MALAS NAK KOMENLAH, PENAT DAH....

Ramadan dan zakat fitrah


Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN


TINGGAL beberapa hari sahaja lagi kita akan menjadi penghuni madrasah Ramadan. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Setiap individu yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, pastinya tidak sabar menanti bulan yang kaya dengan kelebihan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Madrasah Ramadan diharapkan menjadi medan tarbiah kepada diri kita semua untuk menyucikan jiwa dan membersihkan hati (tazkiyatun nafs) dari segala sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah.

Biasanya, apabila kita menyebutkan bulan Ramadan, lantas akan mengingatkan kita tentang kefarduan puasa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi sesiapa yang sempat berada di bulan ini.

Objektif tertinggi daripada ibadah puasa ini ialah melahirkan manusia yang bertaqwa kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah: 184)

Namun, berapa ramai yang hampir terlupa tentang kewajipan yang turut ditetapkan pada bulan istimewa ini iaitu membayar zakat fitrah.

Secara umumnya, zakat dalam sudut bahasa bermaksud kesuburan (al-numuww atau al-nama'), keberkatan (al-barakah) dan pertambahan baik (ziyadah al-khayr).

Memahami maksud zakat fitrah atau dikenali juga sebagai zakat badan dimaksudkan sebagai 'satu nama bagi apa yang dikeluarkan sebanyak satu sa' daripada tamar atau satu sa' daripada bijirin (sya'ir) di bulan Ramadan ke atas setiap manusia yang merdeka ataupun hamba sama ada lelaki atau perempuan daripada orang Islam'. (lihat al-iqna' fi hall al-fadz Abi Syuja', Muhammad al-Syarbini).

Takrifan ini sebenarnya adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar yang bermaksud; Rasulullah mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum (riwayat Muslim).

Buku panduan zakat yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memberikan panduan bahawa satu sa' adalah bersamaan dengan satu gantang Baghdad. Satu gantang Baghdad pula bersamaan dengan 2.7 kilogram (kg). Ia perlu dikira berdasarkan makanan ruji di sesuatu tempat.

Contohnya, pada zaman Rasulullah, makanan ruji di tempat dan zaman tersebut adalah kurma dan gandum. Sementara, makanan ruji di Malaysia ialah beras. Maka kadar zakat fitrah bagi masyarakat Islam di Malaysia ialah mengikut harga beras semasa didarabkan dengan 2.7 kg.

Kewajipan zakat fitrah adalah berlainan dengan zakat harta. Zakat harta diwajibkan apabila harta tersebut mencapai kadar nisab yang mengikut harga emas semasa dan apabila mencukupi satu haul. Apabila telah sempurna syarat-syarat tersebut, maka hendaklah dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada harta yang diwajibkan zakat itu.

Zakat fitrah pula diwajibkan kepada mereka yang mempunyai makanan yang cukup dari malam hari raya sehinggalah pagi hari raya mengikut kadar makanan yang menjadi kebiasaan kepada masyarakat setempat.

Sekiranya dihayati, zakat fitrah mempunyai syarat yang amat mudah yang kebiasaannya dapat dipenuhi oleh umat Islam. Ini menyebabkan hampir semua individu muslim menepati kewajipan membayar zakat fitrah.

Ia juga memberi ruang kepada golongan miskin untuk turut membayar zakat bagi membantu golongan yang lebih tidak berkemampuan. Dalam konteks ini, Islam telah menaikkan martabat golongan miskin kerana dapat memberikan sumbangan melalui zakat fitrah.

Zakat fitrah juga dapat memberikan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk meraikan kedatangan hari raya selepas berakhirnya bulan Ramadan. Kegembiraan yang disambut oleh mereka dengan rasa syukur kepada Allah SWT akan menambahkan lagi pahala mereka yang membayar zakat fitrah.

Oleh sebab itu, sebahagian ulama tidak menggalakkan membayar zakat fitrah pada awal bulan Ramadan kerana ia boleh menjejaskan tujuan sebenar zakat fitrah iaitu membantu golongan miskin merayakan Aidilfitri.

Ia juga sejajar dengan perbuatan para sahabat r.a yang membayar zakat dalam jangka masa sehari atau dua hari sebelum hari raya. (riwayat al-Bukhari).

Waktu tunai zakat fitrah

Demikian juga Nabi SAW pula amat menggalakkan pembayaran zakat sebelum keluar menunaikan solat Aidilfitri. Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar yang bermaksud: "Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidilfitri).

Walaubagaimanapun, pada pandangan penulis, masa yang paling sesuai untuk pembayaran zakat fitrah bergantung kepada situasi dan keadaan seseorang itu.

Sekiranya individu berkenaan ingin menyerahkan sendiri zakat tersebut tanpa melalui amil zakat, maka dia boleh berbuat demikian pada masa yang terhampir dengan hari raya. Namun, sekiranya sumbangan zakat itu hendak dilakukan melalui amil zakat, maka adalah lebih baik dilaksanakan secepat mungkin menjelang Ramadan.

Ini bagi membolehkan para amil yang dilantik menyerahkan sumbangan tersebut kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Justeru, sebelum menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini, marilah sama-sama kita membuat persiapan. Mental, fizikal dan spiritual kita perlu diperkuatkan dengan semaian iman agar madrasah Ramadan dilalui dengan cemerlang, sehingga menatijahkan darjat ketaqwaan kepada Allah.

Di samping kita berpuasa Ramadan, lengkapkanlah puasa tersebut dengan menunaikan zakat fitrah. Ini kerana, zakat fitrah akan dapat menampung segala kelemahan dan kekurangan dalam menjalani ibadah puasa Ramadan.

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan: "Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin." (riwayat Abu Daud).

KISAH BIOMETRIK SPR






Nik Aziz sokong, profesional Pas tolak

KUALA LUMPUR 26 Julai - Tidak sampai 24 jam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan persetujuannya menyokong sistem biometrik, Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai golongan profesional hari ini menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut.

Bukan sahaja bersetuju, malah, Nik Abdul Aziz turut menyatakan pendirian bahawa Pas sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu, tetapi belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa Pas Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.

Beliau berkata, Pas sebaliknya, tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara.

"Kita telah bincang cadangan itu (biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima oleh SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah pengundian dua kali atau lebih.

"Kami (Pas) menolak biometrik dan keputusan untuk menolak penggunaan sistem tersebut telah dibuat hasil perbincangan pada mesyuarat khas kami hari ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Pas di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, dua lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Semalam, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Tolak biometrik bukti Pas semakin jahil

KUALA LUMPUR 26 Julai - Tindakan Jawatankuasa Pas Pusat menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang, tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan bukti bahawa parti itu kini diterajui pemimpin juhala' (jahil).

Pada masa yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan pimpinan Pas bersikap terbuka dalam isu berkenaan juga membuktikan parti itu tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu.

"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau Pas ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah.

"Pada saya orang seperti Mohamad Sabu, (Datuk) Husam Musa, (Datuk) Mahfuz Omar patut lebih rasional dan terbuka kerana mereka ini dikatakan golongan profesional, terpelajar. Jangan mempolitikkan perkara ini sepanjang masa, sehingga orang ramai kata Pas kini telah berubah dari ulama kepada juhala'.

"Sepatutnya mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin masa hadapan Pas ini mencontohi keterbukaan (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu biometrik. Sekurang-kurangnya beliau sudi menerima penjelasan dan penerangan daripada SPR terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai Mohamad Sabu, menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, tidak sampai 24 jam selepas Mursyidul Am parti itu membuat kenyataan menyokong langkah penggunaan biometrik.

SPR jangan tunduk tekanan pembangkang

KUALA LUMPUR 26 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk tidak tunduk terhadap tekanan pembangkang yang menolak penggunaan sistem biometrik pada pilihan raya akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, jika penggunaan sistem baru itu telus dan baik, maka penggunaannya wajar diteruskan.

"Saya difahamkan cadangan penggunaan sistem biometrik masih dalam proses kajian. Maka tidak perlu SPR melayan kerenah pembangkang. Sudah menjadi tabiat pembangkang akan menolak apa sahaja cadangan yang dilakukan oleh kerajaan termasuk SPR walaupun baik untuk rakyat.

"Kita tengok dulu hasil kajian tersebut. Jika sistemnya elok dan telus, maka tidak ada sebab kita menolaknya. Ini satu transformasi dalam sistem pilihan raya di negara ini,'' katanya menerusi blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali berkata, sikap pembangkang yang sengaja mempolitikkan cadangan penggunaan sistem biometrik seolah-olah kerajaan sengaja berbuat demikian untuk mengekalkan kuasa amat dikesali.

Sebaliknya, jelas beliau, penggunaan sistem biometrik akan menghalang taktik menggunakan pengundi hantu seperti dikesan berlaku pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh di Pulau Pinang dan Pengkalan Pasir, Pasir Mas tidak lama dahulu.

"Inilah punca yang menyebabkan pembangkang menentang keras cadangan tersebut. Mereka bimbang tidak dapat lagi menggunakan taktik pengundi hantu pada pilihan raya akan datang,'' tegasnya.

SPR pelawa parti politik uji sistem biometrik

SHAH ALAM 26 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempelawa wakil setiap parti politik di negara ini untuk menguji keberkesanan sistem biometrik sebelum ia diguna pakai dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, apabila laporan uji kaji mengenai sistem biometrik itu siap sepenuhnya, suruhanjaya berkenaan akan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar bebas yang dilantik.

''Ketika bertemu pakar-pakar berkenaan, kami akan menyuarakan pelbagai soalan kepada mereka dan melihat apakah ia mengikut spesifikasi dan menjawab segala kebimbangan rakyat.

''Selepas berpuas hati dengan penjelasan pakar-pakar berkenaan, kami akan memanggil parti politik untuk melihat sendiri dan mengujinya serta mereka turut akan diberi peluang untuk bertanya soalan tambahan," katanya pada Wacana Ilmu di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Wacana yang 'panas' ekoran kehadiran penyokong kerajaan dan parti pembangkang itu turut menampilkan ahli panel terdiri daripada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk. Dr. Shamsul Amri Baharuddin manakala Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan sebagai moderator.

Dalam wacana selama kira-kira lebih tiga jam itu, Wan Ahmad sering menjadi sasaran provokasi dan sorakan penyokong parti pembangkang namun beliau tetap menjawab dengan tenang satu persatu persoalan 'serangan' terhadap suruhanjaya berkenaan.

Beliau menjelaskan, parti politik di negara ini tidak sewajarnya menganggap SPR sebagai musuh sebaliknya suruhanjaya itu amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan dalam sistem demokrasi di negara ini.

''Pintu SPR sentiasa terbuka kepada semua untuk memberi maklum balas bagi melakukan penambahbaikan sistem demokrasi di negara ini dari semasa ke semasa.

''Minggu lalu, Pas Selangor datang berjumpa dengan kami dan membangkitkan pelbagai isu, sebab itu saya harap, parti politik tidak menjauhkan diri mereka daripada SPR," jelasnya.

KOMEN : MEREKA DAH RASA AKAN KALAH. LEPAS NI TIADA ALASAN NAK MENGUTUK KERAJAAN TIDAK BERLAKU ADIL DENGAN SISTEM BIOMETRIK. KALAU MENGGUNAKAN SISTEM SEKARANG BANYAK BETUL ALASAN JIKA MEREKA KALAH TERUK, TERUTAMA PENGUNDI HANTU MEREKA... BN GUNA WANGLAH...MACAM2 SERIBU ALASAN UNTUK MENYALAHKAN PIHAK LAIN... DENGAR DULU PENERANGAN DARI SPR KALAU YA PUN NAK MENOLAK?...

Deria 2011 cungkil bakat reka cipta penuntut, kakitangan UiTM






DUA peserta (sebelah kiri) memberi penerangan mengenai ciptaan mereka kepada pengunjung pada pertandingan Deria 2011 di Ayer Keroh, baru-baru ini.



MELAKA 26 Julai - Pertandingan Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Deria 2011) anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka yang diadakan pada 21 dan 22 Julai lalu dilihat berjaya mencungkil bakat kreatif dan reka cipta di kalangan para peserta.

Pertandingan bertemakan 'Bunyi, Imej dan Objek' itu disertai oleh penuntut dan kakitangan UiTM seluruh negara, pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), sektor kerajaan dan swasta.

Rektor UiTM, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, program itu berjaya mencapai objektifnya apabila mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai agensi dan produk yang dipamerkan begitu kreatif, inovatif dan mempunyai nilai komersial.

Katanya, antara lain objektif Deria 2011 adalah untuk mengetengahkan produk atau prototaip serta idea baru yang boleh dipatenkan selain mempunyai nilai komersial yang tinggi.

"Saya rasa program ini telah mencapai objektifnya untuk mencungkil bakat peserta terutama pelajar dan meningkatkan budaya inovasi melalui penyelidikan," katanya pada majlis penutup Deria 2011 yang diadakan di Stadium Mini Bistari di Ayer Keroh, baru-baru ini.

Menurutnya, melalui program berkenaan, penganjur iaitu Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM cawangan Melaka telah memilih 20 produk terbaik untuk dipertandingkan di Ekspo Persidangan Reka Cipta Antarabangsa Institusi Pengajian Tinggi yang dijadualkan September ini.

Pada pertandingan itu, dua penuntut UiTM Melaka iaitu Noor Suhaida Aziz dan Nornadia Johari dinobatkan sebagai juara bagi kategori Produk Interaktif Terbaik manakala bagi kategori Pereka Cipta Muda, Mohd. Alif Mansor dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur muncul juara dengan ciptaannya iaitu penentu arah kiblat bagi golongan cacat penglihatan.

Program berkenaan juga merupakan medium bagi pereka cipta sama ada dari organisasi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mendapatkan khidmat rundingan kepakaran dari UiTM Melaka bagi menilai dan mengkaji produk yang dihasilkan agar ia dapat dipasarkan.

11 Universiti Jalin Kerjsama


Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my



KUBANG PASU 26 Julai - Sebanyak 11 buah universiti dari Indonesia, Malaysia dan Thailand menandatangani Perlembagaan Karnival Rangkaian Universiti Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini semalam.

Antara universiti yang terlibat iaitu Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Malaysia Perlis, Prince Songkla University, Thaksin University University of Teknologi Srivijaya, Universitas Sumatera Utara, Universitas Negeri Medan, Institut Teknologi Medan dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara.

Presiden IMT-GT, Prof. Datuk Omar Osman berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana majlis menandatangani Perlembagaan Karnival Rangkaian Universiti IMT-GT dapat dilakukan di UUM kerana UUM adalah antara pencetus idea untuk jalinan kerjasama antara univeristi di Thailand, Indonesia dan negara ini.

"Jalinan ini telah wujud sejak 15 tahun yang lalu di mana pelajar daripada 11 buah universiti yang menandatangani perlembagaan ini sering menjalankan aktiviti bersama.

"Setiap tahun sebuah universiti yang terpilih secara giliran akan menganjurkan karnival varsiti berupa aktiviti sukan, kebudayaan serta bengkel-bengkel kepimpinan pelajar untuk merapatkan hubungan sesama pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar kepada budaya luar," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini tiada perlembagaan ditandatangani oleh kesemua universiti yang terlibat dan pihaknya merasakan perlu untuk sebuah perlembagaan diwujudkan bagi memastikan kesinambungan aktiviti-aktiviti IMT-GT.

"Tidak semua Naib Canselor Universiti akan kekal dalam jawatan mereka jadi kami rasa perlu untuk mewujudkan satu perlembagaan yang ditandatangani bersama.

"Kesemua universiti yang terlibat di dalam IMT-GT telah berbincang bersama selama dua tahun untuk mewujudkan perlembagaan ini agar ada satu panduan kepada universiti-universiti yang terlibat dalam jalinan kerjasama ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. MOhamed Mustafa Ishak berkata, tahun depan UUM ditawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi karnival univarsiti IMT-GT.

"Pihak kami akan membuat persiapan yang sewajarnya apabila masanya telah sampai bagi menjayakan program ini dan kami akan memberi sepenuh sokongan kepada Universitas Negeri Medan yang terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada karnival univarsiti IMT-GT tahun ini.

"Sebanyak 100 orang pelajar dari setiap universiti akan mengikuti karnival ini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini akan membantu membentuk sifat kepimpinan di dalam di setiap pelajar yang menyertainya," jelasnya.

Rangka 21 pejuang Iban kembali ke tanah kelahiran


Tangisan sambut 'kepulangan' pejuang Iban




WARIS keluarga Lawas Unggat (tunduk) bersama ahli keluarganya tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat keranda berisi rangka bapanya, Unggat Ujom yang tiba di Pangkalan TUDM, Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ HAMZAH

KUCHING 26 Julai - "Pulang jua kau akhirnya, aku rindu," Demikian ratapan Bedang Bagi, 84, sebaik sahaja menyambut ketibaan sisa rangka abangnya dan 20 pejuang Iban lain di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching di sini, hari ini.

Tangisan wanita warga emas itu mengundang simpati para hadirin, lebih-lebih lagi apabila dia memeluk erat dan tidak mahu melepaskan tajau berisi rangka mendiang, Rejap Bagi yang terkorban pada 1956.

Bedang juga beberapa kali memanggil nama abangnya dan meminta maaf kerana dia tidak pernah menziarahi pusara asal mendiang yang terletak di Semenanjung.

"Sudah lebih 50 tahun saya ingin melawat, namun tidak mampu ke sana. Bagaimana saya mahu melawatnya, terlalu jauh. Kami juga tidak tahu di mana tempatnya," katanya.

Rejap merupakan antara pejuang Iban yang terkorban ketika menentang komunis dan dikebumikan di beberapa perkuburan Kristian di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Lawas Unggat, 59, menyifatkan usaha membawa pulang rangka para pejuang tersebut amat bermakna kepadanya kerana ia dapat melepaskan kerinduan terhadap bapanya, Unggat Ujom yang meninggal dunia pada 1955.

"Sekurang-kurangnya, sekarang saya tahu di mana kubur bapa dan boleh ceritakan kepada anak cucu bahawa mendiang pernah berjuang menjaga keamanan negara," katanya.

Rehap dan Unggat merupakan antara 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis.

Kesemua pejuang tersebut akan dikebumikan semula di tapak perkuburan Kristian berhampiran Tugu Peringatan Wira Perang Dunia Kedua di sini, esok.

Rangka 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis sekitar 1948 hingga 1963 selamat tiba di bandar raya ini menerusi 'Ops Mai Pulai' (Ops Bawa Balik) kira-kira pukul 1 petang ini.

Sebaik sahaja tajau (tempayan) yang berisi sisa rangka tiba, satu upacara khas 'Miring Nyambut Bujang Berani Turun Sembilan' disempurnakan oleh veteran perang, Kanang Langkau.

Turut hadir pada upacara berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Awi Suboh.

Anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang dibawa pulang tersebut ialah Ungkok Jugam, Jaweng Jugah, Unggat Ujom, Ugap Utut, Letan Kusing, Nyambik Pasang, Kumpang Tinggi, Bulan Kasau, Kelambu Gadung, Untang Engan, Rejap Bagi dan Entap Tulu.

Turut dibawa pulang ialah Nyantau Juna, Manit Cheling, Nyaru Talap, Mat Akit, Empati Dugu, Adrain Tandang, BS Utot Tanggang, Dampi Berain dan Janggak Ingkoi.

Sebelum ini, lima kumpulan khas ditubuhkan untuk menggali semula kubur mereka yang terletak di Alor Setar, Kedah; Batu Gajah dan Kamunting, Perak; Cheras, Kuala Lumpur; Terendak, Melaka dan Keranji di Singapura.

Kesemua pejuang tersebut akan dikebumikan semula di tapak perkuburan khas, Heroes Graves yang terletak berhampiran Tugu Peringatan Wira Perang Dunia Kedua di sini, petang esok.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual hadir pada upacara pengkebumian itu.

KOMEN : PERJUANGAN MEREKA MEMPERTAHANKAN TANAH AIR TETAP AKAN DIKENANG.. PLEASE REST IN PEACE...

KISAH BENAR DISEBALIK KEMATIAN TBH

SPRM perlu siasat Hian Wah
Oleh Muzdalifah Mustapha
pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 26 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak meneruskan siasatan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berhubung isu penyelewengan wang belanjawan kerajaan negeri yang turut melibatkan dirinya.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, ketika ini SPRM tidak perlu melayan kerenah pihak pembangkang termasuk ahli keluarga Teoh Beng Hock yang cuba mempertikaikan laporan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Beng Hock.

"SPRM kini perlu menyiasat salah laku Exco Selangor itu seperti yang dijelaskan oleh suruhanjaya diraja dan bukan lagi masa untuk kita perlu tahu bagaimana Beng Hock mati atau kenapa dia bunuh diri.

"Ketika ini juga rakyat seharusnya menilai berdasarkan asas dan realiti dan bukannya terus menyokong muslihat DAP yang berselindung di sebalik taktik yang kononnya memperjuangkan hak Beng Hock," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam hampir 100 penduduk Seri Kembangan berhimpun menuntut Hian Wah supaya bertanggungjawab terhadap kematian Beng Hock apabila membiarkan pekerjanya itu menerima tekanan akibat kesalahannya.

Sementara itu, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim turut berpendapat SPRM perlu meneruskan siasatan dan berharap tindakan itu dapat memberi rumusan kepada kekeliruan rakyat berhubung isu kematian Beng Hock.

Katanya, rakyat perlu membuka fikiran mereka tentang apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang sehingga mewujudkan rasa tidak selesa di negara ini.

"Oleh itu SPRM mesti mendedahkan hasil siasatan agar rakyat tidak tertanya-tanya dan terus keliru. Generasi muda hari ini yakin dengan kemampuan SPRM dalam usaha menangani isu penyelewengan.

"SPRM tidak sepatutnya dipertikaikan. Rakyat perlu mempercayai kredibiliti suruhanjaya itu berdasarkan kejayaan mengurangkan gejala rasuah di negara kita," ujarnya.

KOMEN : PADANLAH PUAK PEMBANGKANG MEMPOLITIKAN KEMATIAN TBH, SEBAB NAK SEMBUNYIKAN KES YANG LEBIH BESAR.. SEMOGA SPRM DAPAT MENYIASAT SEHINGGA KE AKAR UMBI KES RASUAH INI... PASTI ADA RAMAI YANG TERLIBAT DALAM KES IN...

Tuesday, 26 July 2011

TARIKH DAN TEMPAT MELIHAT ANAK BULAN

Sighting of moon for Ramadan this Sunday
2011/07/26



KUALA LUMPUR: Sighting of the new moon to determine the start of the fasting month for Muslims in Malaysia will be conducted in the evening, this Sunday or 29th Syaaban 1432 Hijrah of the Islamic calendar.

A statement from the office of the Keeper of the Rulers' Seal says among the sites for the sighting of the new moon are Pontian Kecil in Johor, Falak Al-Khawarizmi Complex in Tanjung Bidara (Melaka), Teluk Kemang (Negeri Sembilan), Bukit Melawati, Pulau Angsa, Bukit Jugra and Balai Cerap Selangor in Sabak Bernam (Selangor), Pasir Panjang beach (Perak), Pusat Falak Sheikh Tahir in Pantai Aceh (Penang), Kampung Pulau Sayak in Kuala Muda, Pemandangan Indah in Pulau Langkawi and Alor Setar Tower (Kedah), and Kuala Sungai Baru in Simpang Empat (Perlis).

The other sites in the peninsula are Bukit Besar in Kuala Terengganu, Bukit Kemuning in Kemaman, Pulau Perhentian, Balai Cerap KUSZA in Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi in Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling in Kuala Krai and SEDC tower block in Kota Baharu (Kelantan), Bukit Tanjong Batu in Nenasi, Gunung Brinchang in Cameron Highlands and Bukit Pelindong in Kuantan (Pahang), Kuala Lumpur Tower and Putrajaya International Convention Centre.

In East Malaysia, the sighting will be from Tanjong Lubang in Miri, Teluk Bandung in Kuching, Tanjung Batu in Bintulu (Sarawak), and Balai Cerap Al-Biruni in Putatan (Sabah) and Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan).

The Conference of Rulers agreed that the start of the fasting month would be determined by Rukyah (sighting of the new moon) and Hisab (astronomical calculations, and the announcement of the date to be made by the Keeper of the Rulers' Seal over radio and television on Sunday night, according to the statement. -- BERNAMA

KOMEN : SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN YANG MULIA INI... JARI DISUSUN MEMOHON AMPUN DAN MAAF HANDAI ADA TERKASAR BAHASA. JANGAN TAK PUASA TAU...

Pesaing BMW 1 Series








MODEL A1 memperoleh peralatan lima bintang dalam ujian kemalangan Euro NCAP.

MODEL kompak Audi iaitu A1 akhirnya diperkenalkan ke pasaran tempatan. Ia merupakan model paling kecil daripada Audi dan diimport sepenuhnya (CBU) oleh pengedar tunggal kenderaan Audi di Malaysia, Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil).

Pengenalannya dalam pasaran pastinya mencetuskan saingan kepada dua model rakan senegaranya, BMW 1 Series dan Mini. Sebenarnya terdapat beberapa varian A1 di pasaran global, namun hanya A1 1.4 TFSI sahaja yang diperkenalkan di Malaysia.

Model Audi A1 membuat debut pada Geneva Motor Show 2010. Jualan kereta kompak tiga pintu itu bermula di Jerman pada Ogos 2010 dan tiga bulan kemudiannya, ia sudah berada dalam pasaran United Kingdom. Sehingga Jun lalu, pengeluaran model ini sudah mencecah 100,000 unit.

Baru beberapa bulan berada dalam pasaran antarabangsa, A1 sudah menerima beberapa pengiktirafan. Antaranya, Auto Trophy daripada majalah Auto Zeitung, Golden Steering Wheel daripada Auto Bild dan Bild am Sonntag serta Car of the Year Award daripada majalah What Car?. Jentera itu turut menerima penarafan lima bintang dalam ujian kemalangan Euro NCAP.

Model 1.4 TFSI dilengkapi enjin suntikan terus pengecas turbo empat silinder sebaris bersesaran 1,390cc. Kuasa maksimum ialah 122hp pada 5,000rpm. Sementara tork puncak ialah 200Nm @ 1,500-4,000rpm. Enjin kompak itu dipadankan dengan kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan S-tronic. Ia membolehkan pemandu memilih sama ada untuk menukar gear secara automatik atau manual dengan mudah.

Model A1 mampu memecut dari 0 kilometer (km) hingga 100km dalam tempoh 8.9 saat sahaja. Untuk setiap 100km, ia hanya menggunakan 5.3 liter petrol. Kelajuan maksimum ialah 203 km/sejam. Kadar emisi karbon pula cuma sebanyak 122 gram/km.

Cukup mudah untuk mengenali jentera itu kerana Audi memaparkan lambang empat cincin berangkai pada gril besar pada bahagian hadapannya.

Lampu depan mengguna pakai lampu jenis xenon. Sementara lampu belakang ialah lampu LED. Turut disediakan ialah lampu kabus dan DRL (Daytime Running Lights) LED.

Rekaan dalaman membabitkan kerusi sport pada barisan hadapan yang dibalut dengan fabrik Herzklopfen. Selain itu, ia turut memiliki cermin dalaman antisilau automatik, stereng sport kulit tiga jejari dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat.

Model A1 sarat dengan pelbagai sistem keselamatan termasuklah ESP, ASR, EDL, ABS, EBD dan BA. Ia juga didatangkan dengan enam beg udara. Kereta kompak itu ditawarkan pada harga RM179,900 atas jalan tanpa insurans.

LAKARLAH SEJARAH UNTUK MALAYSIA


Kita perlu dua gol tanpa dibolos






KELEMAHAN jentera pertahanan menjadi punca kekalahan 3-5 Harimau Malaya
kepada
Singapura, Sabtu lalu.

PERTAMANYA, perlu menang 2-0. Yang keduanya, benteng pertahanan harus diperkemaskan. Jika kedua-duanya dapat disempurnakan dengan baik, Harimau Malaya akan menjejak kaki ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014. Pastinya kejayaan tersebut terpahat menjadi satu sejarah baharu dalam bola sepak negara.

Misi untuk mendapatkan dua gol mungkin bukan tugas berat buat anak-anak didik Datuk K. Rajagobal itu tetapi yang dilihat agak membimbangkan adalah benteng pertahanan. Ia boleh dikatakan agak rapuh dan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, mereka terlalu mudah dibolosi. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahagian pertahanan merupakan posisi paling lemah dalam skuad Harimau Malaya. Rajagobal sendiri pun tidak mengetahui puncanya. Pemain yang diberi peranan mengawal jentera pertahanan bukannya kurang pengalaman. Mereka ada kualiti.

Mereka ada keyakinan dan mereka juga memiliki semangat juang yang tinggi. Tetapi macam ada yang tidak kena, khususnya pada aksi menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu lalu. Macam-macam andaian dibuat terhadap kelemahan itu, namun yang jelas, watak utama di jentera pertahanan itu agak hilang fokus. Puncanya adalah kelemahan mental.

Ia memang biasa berlaku khususnya kepada pemain muda yang belum cukup ilmu di pentas antarabangsa. Keghairahan untuk meraih kemenangan juga boleh menjadi faktor menjejaskan mental mereka dan akibatnya, fokus terhadap permainan hilang. Bila ia berlaku, mereka akan mudah hilang arah seperti yang berlaku pada aksi menentang Singapura, Sabtu lalu. Selepas Malaysia berjaya merapatkan jurang kepada 3-4 setelah ketinggalan 1-4 pada sepa- ruh masa pertama, keadaan menjadi semakin rancak.

Keghairahan mengatasi segala-galanya sehingga barisan pertahanan mula hilang fokus dan arah ketika kembali diasak pemain Singapura. Sepatutnya, pertahanan negara terus mengekalkan sikap tenang untuk mengawal keadaan tetapi sebaliknya yang berlaku. Gol-gol yang dijaringkan oleh pemain Singapura pula terlalu muda. Kadang-kadang prestasi penjaga gol juga boleh menjejaskan semangat barisan pertahanan. Tiga gol mudah pada aksi menentang Singapura yang gagal diselamatkan oleh Sharbinee Allawee juga boleh menjadi punca melunturkan semangat.

Apa pun, yang cukup jelas ialah jentera pertahanan memang terlalu longgar dan ia harus diperkemaskan segera dalam usaha untuk mencapai misi mencari kemenangan 2-0 di Bukit Jalil, Khamis ini. Perlu diingat, barisan pemain Singapura tidaklah sehebat mana tetapi kelebihan yang ada pada mereka ialah bijak menyambar peluang. Pantang ada peluang, pasti dirembat ke gawang lawan, dan pemain Harimau Malaya perlu mengawasinya dengan bijak. Kalau tiga gol berjaya diledak di Kota Singa, Bukit Jalil bakal menyaksikan rentak yang lebih garang daripada Harimau Malaya.

Tiada yang mustahil, lagipun jentera serangan skuad bimbi- ngan Rajagobal itu dilihat agak konsisten menggegar gawang lawan. Ketiadaan Safiq Rahim pada aksi kedua ini selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan Sabtu lalu, mungkin agak menjejaskan perancangan yang bakal digunakan oleh Rajagobal. Tetapi berdasarkan aksi pada separuh masa kedua di Stadium Jalan Besar itu, Amirulhadi Zainal mampu menggalas watak yang dimainkan oleh Safiq. Cuma yang perlu diperkemaskan adalah jentera pertahanan yang memang sangat membimbangkan. Apa pun yang akan berlaku, Harimau Malaya perlu menang tanpa dibolosi lawan. -

KOMEN : HARIMAU MALAYA BOLEH MELAKUKANNYA... MALAYSIA BOLEH... BAK KATA SAFEE SINGAPORE IS NOTHING... HANYA MENGHARAPKAN PEMAIN/RAKYAT IMPORT MEREKA...YANG PENTING PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN...

RAMADHAN DATANG LAGI 1432H

Persiapan menyambut Ramadan
Oleh MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.



TINGGAL lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan mula melaksanakan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan. Ia merupakan tuntutan agama yang wajib dilakukan setahun sekali oleh setiap orang Islam yang baligh, berakal serta berkemampuan untuk melaksanakannya.

Hanya golongan tertentu seperti orang tua yang sudah uzur ataupun sakit yang tiada harapan sembuh juga wanita yang dalam keadaan haid dan nifas sahaja dikecualikan daripada berpuasa. Bagaimanapun golongan ini tertakluk kepada kewajipan untuk membayar fidyah ataupun menggantikan puasa pada bulan-bulan yang lain.

Perlu juga difahami betapa ketibaan Ramadan merupakan sebahagian daripada nikmat kurniaan Ilahi yang perlu disyukuri kerana hanya diberikan kepada insan-insan terpilih.

Terdapat di kalangan kerabat, jiran tetangga dan sahabat handai yang pada tahun lalu sama-sama berpuasa dan berhari raya kini telah pergi selama-lamanya menyahut seruan Ilahi sekali gus tidak lagi diberi keistimewaan oleh Allah SWT untuk menikmati anugerah Ramadan.

Justeru peluang keemasan yang datang setahun sekali ini tidak patut dipersiakan dan berlalu pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk melipatgandakan ketaatan.

Tentunya suatu kerugian yang amat besar apabila seseorang ditakdirkan melalui Ramadan hingga kepenghujungnya tetapi tidak beroleh pengampunan dan pembebasan api neraka sepertimana yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Untuk tujuan itu juga, persiapan rapi bagi menyambut ketibaan Ramadan perlu dilakukan seiring dengan persiapan menjelang hari raya yang terkadang menjadi tujuan utama berpuasa.

Oleh itu setiap umat Islam perlu membersihkan jiwa dan raga daripada pelbagai penyakit mazmumah sebagai persediaan beroleh ganjaran yang tiada tolok bandingnya di bulan Ramadan.

Betulkan niat dan tujuan berpuasa agar menjadi motivasi untuk mempertingkat amal dan kebajikan.

Selain daripada itu persediaan mental dan fizikal turut diperlukan bagi mengharungi jadual padat yang telah ditetapkan. Bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari seseorang perlu menahan diri daripada makan dan minum juga semua perkara yang membatalkan puasa.

Malah bagi mencapai tingkatan puasa khusus seseorang perlu mempastikan seluruh pancaindera terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kepada Allah SWT.

Begitu juga seseorang yang hanya berpuasa tetapi tidak melaksanakan kewajipan solat dan menutup aurat juga dikhuatiri gagal memperoleh kesempurnaan berpuasa seperti yang diharap-harapkan.

Selain beribadah dengan modal kesihatan umat Islam turut boleh beribadah dengan modal wang ringgit. Kewajipan menunaikan zakat fitrah, memberi sedekah kepada golongan miskin dan memerlukan, memberi makan dan minum untuk orang yang berpuasa semuanya merupakan ibadah yang bersifat materilistik.

Tanpa kemahiran mengurus sumber kewangan yang terhad seseorang mungkin terlepas peluang untuk beribadah menggunakan wang ringgit. Apatah lagi menjelang musim perayaan banyak wang yang akan digunakan untuk tujuan tersebut.

Justeru, asingkan sebahagian wang gaji yang diperoleh untuk terlibat sama menginfaqkan harta di bulan Ramadan yang cukup besar ertinya terutama bagi yang tiada. Malah doa golongan tersebut mampu memberi keberkatan dan kecukupan kepada rezeki yang sedia ada walaupun tampak sedikit di pandangan mata.

Demi untuk merealisasikan tuntutan ibadah pada bulan Ramadan setiap individu Muslim perlu menyediakan perancangan program ibadah sepanjang bulan.

Selain program pelaksanaan ibadah wajib seperti berpuasa di siang hari dan solat lima waktu, banyak ibadah sunat boleh dilakukan. Rancangkan berapa muka surat al-Quran mampu dibaca untuk dapat khatam pada penghujung Ramadan.

Rancangkan pula sejumlah bilangan zikir seperti tahlil, tahmid dan tasbih yang mampu di baca selama sebulan. Malah yang lebih utama persiapan untuk beroleh ganjaran beribadah di Malam Lailatulqadar yang boleh dilakukan dengan berusaha untuk solat tarawih setiap malam. Ini diikuti pula dengan kesanggupan untuk beribadah di sepuluh malam terakhir daripada Ramadan yang berkemungkinan besar berlaku peristiwa lailatulqadar.

Sesungguhnya kegembiraan bertemu Ramadan hanya dapat dirasai oleh individu yang tahu akan berbagai kelebihan yang khusus disediakan dalam bulan tersebut.

Adapun bagi golongan yang lalai dan lemah iman berbagai alasan dan helah mula direka hanya kerana enggan menunaikan kewajipan berpuasa.

Ibadah puasa bagi mereka umpama suatu penyiksaan batin yang tidak tertanggung sehingga tanpa segan silu makan di khayalak ramai tanpa sekelumit rasa berdosa. Seolah-olah mereka nekad ditangkap oleh penguatkuasa agama berbanding melaksanakan ibadah puasa sebagai manifestasi keimanan dan kepercayaan kepada Ilahi.

Marilah kita semua bergembira dengan ketibaan Ramadan al-Mubarak. Marilah kita semua berazam untuk menjadikan puasa tahun ini lebih berkualiti daripada tahun-tahun yang lalu. Ini kerana peluang yang ada semakin terhad berbanding umur dunia yang semakin deras menuju ke penghujungnya.

Malah kegembiraan dan kejayaan sebenar yang bakal dikecapi adalah berpunca daripada kesempurnaan ibadah puasa yang bakal dilakukan demi mencapai makam takwa kepada Allah SWT.

KOMEN : SEMOGA RAMADHAN KALI INI BUKANLAH RAMADHAN YANG TERAKHIR BUAT KITA... SEMOGA ALLAH swt MENERIMA IBADAH PUASA KITA SEBAGAI MANIFESTASI KEIMANAN DAN KEPERCAYAAN KITA KEPADANYA...AMIN....

INI BARU BETUL

Desak Hian Wah bertanggungjawab
Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my



SEKUMPULAN penduduk memegang sepanduk berhimpun secara aman menuntut Ean Yong Hian Wah bertanggungjawab terhadap kematian Teoh Beng Hock di Seri Kembangan, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Julai – Hampir 100 penduduk di Seri Kembangan dekat sini, hari ini berhimpun secara aman menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Ean Yong Hian Wah supaya bertanggungjawab terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Perhimpunan yang disertai rata-rata penduduk berketurunan Tionghua bermula pukul 11.30 pagi di pekarangan Dewan Serbaguna Seri Kembangan. Perhimpunan itu bagaimanapun hanya berlangsung selama 10 minit selepas polis meminta kumpulan penduduk tersebut bersurai kerana tidak mendapat permit untuk berhimpun.

Antara wakil penduduk yang hadir pada perhimpunan itu ialah bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong serta dua aktivis yang juga rakan mendiang Beng Hock iaitu Allan Liew Sin Kim dan Wong Jung Lik.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lum Yong semasa perhimpunan tersebut;

“Perhimpunan pada hari ini menuntut Yang Berhormat Ean Yong Hian Wah, bekas majikan mendiang Beng Hock supaya bertanggungjawab di atas kematian beliau.

Ean Yong telah berlaku kejam terhadap mangsa iaitu mendiang Beng Hock dengan membiarkan kematian beliau tidak mendapat pembelaan yang adil malah sanggup mendiamkan diri membiarkan pihak lain dipersalahkan. Ean Yong bersikap zalim apabila cuba menutup kesalahan beliau sendiri terlibat dengan mencari pihak lain untuk dipersalahkan.

Mendiang Beng Hock adalah seorang pekerja yang baik dan sentiasa mematuhi arahan majikannya. Sebagai pekerja mendiang telah bertindak mengikut apa yang sering diarahkan oleh majikan beliau.

Perhimpunan ini menuntut keadilan bagi keluarga mendiang Beng Hock yang telah kehilangan seorang anak yang baik dan pekerja yang sentiasa menurut perintah. Ean Yong ialah ‘pembunuh’ mendiang dan mesti bertanggungjawab membayar sejumlah pampasan kepada keluarga mendiang. Ean Yonglah sebenarnya memberikan tekanan berterusan kepada mendiang sehingga beliau hilang punca dengan tindakan majikannya yang tidak mahu bertanggungjawab di atas salah laku serta penyelewengan yang beliau lakukan sendiri. Mendiang terasa dirinya telah dikhianati oleh majikannya yang dipercayainya sendiri iaitu Ean Yong.

Ean Yong seharusnya berasa malu dengan perbuatan kejam, zalim dan berniat jahat membiarkan pekerjanya sendiri menerima tekanan akibat perbuatan beliau umpama ‘Ean Yong makan nangka, Beng Hock dapat getah’. Malah Ean Yong tanpa segan silu mengheret rakyat Malaysia dengan berdiri di belakang nama parti ke dalam permasalahan kes rasuah dan salah guna kuasa beliau.

Tindakan kejam ‘membaling batu dan sembunyikan tangan’ Ean Yong sebenarnya adalah lebih teruk daripada ‘binatang’ kerana langsung tidak bertanggungjawab terhadap mendiang yang selama ini merupakan seorang pekerja yang selalu mentaati dan menurut arahan majikannya.

Perhimpunan ini juga menuntut Ean Yong memohon maaf secara terbuka kepada semua kontraktor bumiputera apabila beliau secara terang-terangnya melakukan salahguna kuasa menyekat tender-tender kontraktor bumiputera dengan memberikan kepada pihak yang berkepentingan serta untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata.

Keluarga mendiang Beng Hock wajib dibayar pampasan!”

KOMEN : SI EAN NI MASIH BERPEGANG DENGAN SLOGAN I'M THE BOSS... BOSS ALWAYS RIGHT... TU PASAL BILA DISOAL DALAM INKUIRI SURUHAN DIRAJA, CUBA MEMUTAR BELITKAN FAKTA UNTUK MENYALAHKAN ORANG LAIN... SEKARANG RAHSIA SEBENAR SUDAH PECAH... MANA MAHU LARI... TETIBA AJE THE BOSS JADI LOW PROFILE... ?