Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 15 July 2009

Uighur : Negara Islam membisu






KAHERAH 14 Julai - Kebanyakan negara Islam mengambil sikap membisu terhadap rusuhan di Xinjiang dan tindakan keras pihak berkuasa China ke atas masyarakat Islam Uighur di wilayah itu.

Mereka dipercayai tidak mahu menjejaskan hubungan perdagangan yang erat dengan Beijing atau menarik perhatian terhadap tindakan mereka sendiri ke atas penentang politik, kata penganalisis politik hari ini.

Dua negara bukan Arab, Iran dan Turki adalah antara segelintir yang telah mengkritik China.

Iran sendiri sibuk menangani kekacauan yang tercetus di negaranya sendiri berikutan keputusan pilihan raya Presiden yang dipertikaikan, manakala Turki mempunyai pertalian etnik dengan kaum minoriti Uighur di China.

Namun di kebanyakan negara Asia Barat dan dunia Arab, keganasan di China tidak mencetuskan banyak reaksi.

"Rejim-rejim Arab tidak dapat mengkritik serangan ke atas penduduk Islam China kerana mereka sendiri tidak mengamalkan demokrasi. Mereka dalam kedudukan yang sama seperti kerajaan China," kata penganalisis politik Jordan, Labib Kamhawi.

China telah mengerahkan puluhan ribu askar ke Xinjiang sejak beberapa hari lalu dan mengenakan kawalan ketat ke atas ibu kota, Urumqi dan kawasan sekitarnya selepas rusuhan etnik menyebabkan lebih 180 orang terkorban dan 1,680 lagi cedera minggu lepas.

Penduduk Uighur yang berjumlah 9 juta orang di Xinjiang telah lama merungut mengenai kemasukan etnik Han ke wilayah mereka serta sekatan kerajaan ke atas agama Islam.

Mereka menuduh kaum majoriti Han melakukan diskriminasi dan Parti Komunis cuba melenyapkan bahasa dan budaya mereka.

China ialah rakan dagangan utama bagi banyak negara Arab termasuk Sudan, Arab Saudi dan negara kaya lain di rantau Teluk.

Keganasan di Xinjiang telah mencetuskan protes hampir setiap hari di Turki, kebanyakannya di luar kedutaan China di Istanbul dan Ankara di mana bendera China dan barang buatan China dibakar. - AP
Komen : Bertelagah dan bercakaranlah kamu wahai orang Melayu/Islam Malaysia. Tak mustahil satu hari nanti apa yang terjadi di ke atas masyarakat Islam Uighur di China akan berlaku di negara kita bila kuasa politik orang Melayu/Islam telah dihancurkan oleh orang Melayu/Islam sendiri. Bila kuasa politik orang Melayu/Islam lemah, bangsa asing akan mengambil kesempatan untuk menghancurkan terus tamadun Melayu/Islam di Tanah Melayu. Mahukah kita merempat dibumi sendiri? Kata Standard negara Islam bila ada masyarakat Islam yang tertindas.." OIC".

No comments: