AGAK terkejut dan sedih juga apabila PPSMI akan dimansuhkan mulai 2012. Alasannya kerana ramai murid jadi lembap dalam Matematik dan Sains kerana tidak faham bahasa Inggeris. Tapi adakah yang membangkang sebelum ini merupakan murid-murid atau ibu bapa mereka? Yang berpiket, bersyarah semuanya yang sudah habis belajar, tidak nampak pun murid-murid yang piket dan angkat kain rentang menentang PPSMI.
Yang belajar murid-murid ini, tapi kenapa murid-murid tua pula yang bantah? Kasihan kepada murid-murid ini nanti, begitu juga guru-guru yang telah dilatih dan dibayar elaun mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Dikhabarkan dengan pemansuhan ini maka pengajaran Matematik dan Sains akan diajar dalam bahasa ibunda semula. Maka orang Melayu akan diajar dalam bahasa Malaysia, orang Cina dalam bahasa Mandarin dan orang India dalam bahasa Tamil.
Saya hairan, bukankah setiap kali keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM diumumkan, diberitahu bahawa pencapaian murid-murid dalam kes PPSMI ini bertambah baik? Tiba-tiba dimansuhkan pula?
Tapi apa pun ia sudah diumumkan untuk dimansuhkan pada 2012. Boleh diubahkah? Kalau tidak dimansuhkan alangkah baiknya.
Tapi yang pasti murid-murid tidak akan membantah kerana mereka tidak mengerti tujuan dibuat sesuatu polisi. Mereka itu hanya perlu belajar, jadi apa saja akan diikuti tanpa merungut.
ALCIHNOST@YAHOO.COM
Butterworth Komen : Bila suara orang yang mengundi di ambil kira dari golongan yang berpiket, bersyarah yang semuanya sudah habis belajar, Tapi ada kah kerajaan kita ambil peduli pada suara orang yang mengundi yang tidak berpiket yang mahu dasar PPSMI di teruskan terutama ibubapa kepada pelajar2 yang terlibat. Kerajaan kena ingat bahawa fitrah kejadian manusia adalah berbeza-beza dalam menerima pendidikan sebab tulah peratusan kelulusan tidak selalunya memuaskan. Kerajaan kena ambil kira pihak majoriti rakyat dan bukannya pihak minoriti.
No comments:
Post a Comment