Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 7 July 2009

Kerajaan perpaduan telah 'berkubur' - Nik Aziz



KUALA KRAI 6 Julai - Pas tidak akan menyebut lagi mengenai cadangan kerajaan perpaduan kerana ia disifatkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai telah berkubur.

Beliau berkata, ruang untuk Pas dan UMNO berbincang mengenai isu tersebut sudah tertutup kerana Pas telah mencapai perpaduan melalui pakatan pembangkang.

"Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.

"Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya cadangan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa muktamar parti itu baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz ditemui pemberita di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Satu di sini hari ini.

Turut hadir pada penamaan calon itu ialah Abdul Hadi, Menteri Besar Selangor, Datuk Khalid Ibrahim serta beberapa pemimpin tertinggi Pas, DAP dan PKR.

Bagaimanapun kelibat timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa tidak kelihatan sehingga menimbulkan tanda tanya.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz mendesak Nasharuddin meletak jawatan dalam parti tetapi kenyataan itu ditarik semula beberapa hari kemudian.

Ditanya kenapa Nasharuddin tidak hadir ke pusat penamaan calon tersebut beliau menjawab:

"Saya tidak tahu apa-apa. Dia nak pergi mana dia punya pasallah."

Sementara itu, Abdul Hadi ketika ditanya mengenai perkara itu, berkata, ia adalah hak Nasharuddin untuk berada di mana saja.

"Saya tak tahu kenapa dia tak datang. Biasa saja kalau Nasharuddin ada urusan dan dia nak pergi di mana-mana," tambahnya.

Menyentuh mengenai pilihan raya kecil itu, Abdul Hadi berkata, jentera Pas telah digerakkan sepenuhnya dengan penglibatan ahli dari seluruh negara.

Beliau yakin peluang akan terus diberi oleh pengundi di Manek Urai untuk terus mewakili mereka.

Abdul Hadi bagaimanapun berharap perjalanan kempen berjalan lancar dan meminta para penyokong memastikan ketenteraman awam dengan tidak menimbulkan kekecohan.

Komen : Bongkak sungguh kata-kata TGNA...cuba kita perhatikan ayat2 nik aziz ni berkenaan perpaduan orang Melayu/Islam , marah sungguh dia pada orang Melayu...adakah dia sedar kerana orang Melayulah dia dapat memerintah di Kelantan, kerana orang Melayulah dia dapat menjalankan ibadah dia sebagai orang Islam...kerana sokongan orang Melayulah dia menjadi tok guru...Jangan cakap terbalik pulak kerana orang bukan Melayulah dia jadi MB Kelantan, jadi tok guru, dapat beribadah...parti mana yang mengatakan azan subuh menggangu ketenteraman awam wahai tok guru...? Menjawab soalan pasal Nasharuddin pun punyalah kasar bahasa macam orang tak beradap...marah sangat dia dengan Nasharuddin ni...tapi bukan kah mereka dah berbaik siap cium tangan lagi...Oh lupa lak gimik politik aje tu...Apa hukumnya orang yang suka berdendam dalam Islam wahai Tok guru.....Sudah2 lah menasihatkan orang nasihatlah diri sendiri tu...lagi banyak bercakap lagi banyak aib diri sendiri yang terkeluar...dari orang tak tahu perangai buruk awak sekarang semua orang dah tahu...busuknya hati yang dah mati....

1 comment:

Muhammad Afif said...

Salam admin, tak baik kamu mengatakan sebegitu pada seorang yang alim ulama' bergelar Tok Guru.

Sebenarnya beliau bukan sombong, tetapi Tegas. Jika ada seseorang yang cuba mengkhianati perjuangan Islam, beliau akan tegas menyuarakan bantahan.

Bukan sahaja beliau, saya juga sebagai seorang Islam memang akan berasa amat marah jika perjuangan Islam dipermainkan. PAS sekarang sudah berjaya menyatupadukan kaum dan ummah. PAS juga sudah berada dalam pakatan perpaduan iaitu pakatan rakyat. Inilah makna perpaduan yang sebenar.

UMNO sudah lama menyimpan hasrat untuk menghancurkan umat Islam di tanah air ini, dengan cara yang sangat teratur, hinggakan umat Islam sendiri tidak perasan tentang hal itu.

Setelah 50 tahun, Sekarang umno telah berjaya membuatkan ramai orang Melayu murtad dengan angka yang amat tinggi. Umno telah berjaya merosakkan akhlak umat Islam di bandar dan desa. Umno telah berjaya menghancurkan ekonomi umat Islam. Umno telah berjaya menghapuskan tulisan jawi. Tapi masih belum berjaya menghapuskan bahasa Melayu.
Satu kejayaan Umno yang terbesar, mereka telah berjaya mengubah gaya hidup Islam kepada gaya hidup bukan Islam.

Sebagai seorang Islam, saya amat berharap umno akan lenyap dari muka bumi ini demi Agama Islam.