Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 3 July 2009

Konsep sama rata pakatan pembangkang senjata makan tuan



03/07/2009 10:58am
Oleh Noor Hayati Muda


KUALA LUMPUR 3 Julai — Luahan rasa tidak puas hati oleh beberapa pihak dalam DAP, PKR dan PAS kebelakangan ini menyerlahkan keadaan kerapuhan dalam ikatan hubungan antara parti-parti dalam pakatan pembangkang itu.

Mungkin ada pihak berpandangan bahawa suara-suara yang kedengaran di negeri-negeri di bawah pentadbiran parti pembangkang ini hanya sebahagian daripada proses untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain dan tidak akan meruntuhkan kerjasama yang dijalin itu.

Namun bagi beberapa pemerhati politik, apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang berpunca daripada ketiadaan parti yang dominan bagi menentukan hala tuju gabungan itu.

Keadaan itu kata mereka menyebabkan setiap parti dalam pakatan bertindak seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” sekali gus menggugat kerjasama ketiga-tiga parti berkenaan.

Pensyarah Kanan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian, berkata ketiga-tiga parti itu cuba mendapatkan kedudukan yang sama iaitu sebagai parti yang memimpin. - Bernama

Komen : Apa kebendanya konsep sama rata yang dilaung-laungkan oleh pakatan ni...ada ke? Konsep sama rata ni hanya di negara komunis aje yang di guna pakai...rakyat semua sama rata duduk sama rendah berdiri sama tinggi...pemimpin dia Tinggi segalanya...

Cuba kita nilai konsep parti DAP...Malaysian Malaysian...bunyi sedap itu yang tersurat yang tersiratnya lebih kurang macam ni...Kau punya aku punya, aku punya aku punya...tulah apa yang DAP buat dari dulu sampai sekarang...contoh baik punya tanah kat Perak 999 tahun...sekolah vernacular sampai mampus pun dia akan pertahankan...siap dia boleh sentuh pasal Hak Keistimewaan orang Melayu/bumiputra...banyak hal parti ni....

Cuba kita nilai parti PAS yang mengaku Islam mereka lebih baik dari Islam orang lain...Parti yang setiap kali PRU slogan akan berubah dari Membangun bersama Islam terus ke PAS for ALL...Apa cerita ni , cakap tak serupa bikin...memutarbelitkan agama sesuka hati untuk menghalalkan kepentingan politik mereka...Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal...dengan fatwa2 yang entah dari mana mereka belajar ?..menolak perpaduan sesama Melayu/Islam, mencaci, mencarut,berdolak dalih dan banyak sangat yang tak betul dari betulnya...UMNO kafir sebab berkawan dengan MIC/MCA sedangkan PAS tak kafir berkawan dengan DAP/PKR...sendiri mahu fikirlah...

Tentang PKR pulak...pemimpin2 mereka ni semuanya orang yang masa berkuasa merekalah raja bila kena tendang atau cita2 nak jadi orang besar tak tercapai mulalah menentang kerajaan...mereka aje betul orang lain semuanya tak betul... Mereka ni semuanya politikus2 yang kecewa...Mulalah besar kepala..minta yang bukan2..buat demotrasi kononnya ikut demokrasi barat ...yang penting ketua dia jadi PM...ajak rakyat menentang kerajaan hanya kerana nak merampas kuasa...yang tak bijak aje yang akan terikut2....Parti tak ada matlamat...

Jadi mana ada sama rata, ideologi pun tak sama, masing2 nak jadi PM...memang GILA KUASA

No comments: