Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 10 July 2009

''Saya seorang di antara berjuta pelajar...''






PADA petang 8 Julai 2009, keputusan yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia telah diumumkan. Isu PPSMI telah sampai ke penghujungnya, dengan keputusan yang diambil iaitu tidak meneruskan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Keputusan ini mungkin melegakan hati banyak pihak. Namun, tidak bagi saya.

Mungkin saya ini bersikap antiklimaks. Namun, saya merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keputusan yang diambil kerajaan. Saya tidak menyalahkan kerajaan 100 peratus. Ini adalah kehendak rakyat. Kehendak rakyat mesti dituruti.

Saya, sebagai seorang salah seorang di antara berjuta pelajar yang terlibat dalam agenda yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ini merasakan bahawa PPSMI mesti diteruskan.

Mungkin artikel ini sedikit pun tidak boleh menyebabkan keputusan berubah, namun hati saya seakan-akan menjerit menginginkan PPSMI diteruskan.

Kebaikan PPSMI tidak dapat dilihat dalam tempoh satu tahun. Ia merupakan kesan yang hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang yang akhirnya dapat dirasai oleh kita sendiri.

PPSMI bukanlah bertujuan mendera pelajar, jauh sekali merubah pelajar Malaysia menjadi pelajar Barat. Ia bertujuan untuk meningkatkan martabat bangsa dan negara kita.

Saya berpendapat bahawa orang lain tidak dapat melihat apa yang difikirkan di dalam minda Tun Dr. Mahathir ketika beliau merasakan bahawa PPSMI patut dilaksanakan suatu masa dahulu.

Namun, beliau percaya bahawa PPSMI mampu mengangkasakan bangsanya ke suatu tahap yang mungkin tidak terduga kita. Beliau berpandangan jauh.

Tiada guna saya menulis artikel yang panjang, kerana akhirnya ada pihak yang akan terus bermati-matian untuk memaksa kerajaan membuat keputusan yang salah.

Suara mereka didengar rakyat. Siapalah saya untuk rakyat mendengar suara hati kecil saya. Saya hanya antara berjuta pelajar yang sepatutnya menerima kebaikan, namun semua itu dicantas oleh pihak lain.

SUARA HATI,

Kuala Kangsar, Perak
Komen : Itulah dasar kerajaan kita yang membuat keputusan tanpa menilai dari sudut penerimaan pelajar yang terlibat secara langsung dalam PPSMI. Siapa yang akan membela nasib pelajar ni yang tidak tahu apa rasionalnya kerajaan memperjudikan nasib mereka dalam pendidikan hanya kerana desakan dari orang2 Melayu yang tak mahu maju ke hadapan. Secara rasionalnya orang yang bijak tidak akan membantah sesuatu dasar kerajaan tapi orang yang dangkal fikirannya akan melakukan apa sahaja termasuk menentang/mengugut kerajaan untuk mencapai cita-cita mereka. Tak guna ada mata dibutakan , tak guna ada telinga dipekakan, tak guna ada mulut dibisukan dan tak guna ada otak kalau malas nak berfikir. Sesekali kena juga fikir soal hati anak-anak...

No comments: