Saya sedih - Dr. Mahathir
PUTRAJAYA 8 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad sedih atas keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran beliau enam tahun lalu.
Bekas Perdana Menteri menjelaskan langkah memansuhkan dasar itu tidak dirundingkan dengan beliau sebaliknya kerajaan telah membuat keputusan lebih awal.
''Kerajaan telah membuat keputusan, saya hanya diberikan taklimat dan maklumat tentang apa yang akan dilakukan oleh kerajaan.
''Saya ada mencadangkan supaya dasar itu dikekalkan bagi peringkat sekolah menengah tetapi itu pun ditolak, mereka tidak terima sama sekali, jadi itu bukan runding tapi hanya taklimat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau memberikan reaksi demikian terhadap keputusan kerajaan hari ini memansuhkan PPSMI berkuat kuasa pada 2012.
Dr. Mahathir berkata, pemansuhan PPSMI akan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa apabila mereka tidak dapat mempelajari perkembangan ilmu Sains dan Matematik pada masa depan.
Beliau turut mempertikaikan alasan pemansuhan dasar tersebut bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan kerana penggunaan semula bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik hanya melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan.
Sedangkan, katanya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi mengajar kedua-dua subjek tersebut.
Mengenai masalah guru Sains dan Matematik yang tidak fasih berbahasa Inggeris, beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab melatih dan mengeluarkan guru-guru yang mampu berbahasa Inggeris.
''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.
''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.
Mengenai langkah kerajaan mahu melatih lebih ramai guru bahasa Inggeris, beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang baik.
''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi masa depan anak-anak kita," katanya.
Sebenarnya, kata beliau, dasar PPSMI tidak menjadi masalah kerana sebelum ini kerajaan pernah menukar pembelajaran berasaskan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
''Pada masa itu tidak ada bantahan sedangkan ketika itu ramai guru tidak fasih berbahasa Melayu tetapi akhirnya mereka berjaya menguasai bahasa kebangsaan.
''Jadi, pada masa ini kalau kita guna bahasa campur-campur pun tak apa tetapi pada masa yang sama kita perbaiki prestasi guru," katanya. Komen : Nak kata apa itulah langkah yang terbaik yang kerajaan fikirkan untuk masa depan anak cucu kita. Pada saya keputusan kerajaan adalah tidak tepat kerana yang menjadi mangsa adalah murid-murid sekolah kerana ketidakupayaan guru-guru kita mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris...Inilah yang dikatakan guru-guru yang tak pandai anak-anak murid yang dikatakan tak bijak...Saya pelik juga terbaca ungkapan yang mengatakan PPSMI ni telah menyusahkan orang2 yang mengaku diri mereka cerdik pandai...Yang mengaku cerdik pandai ni sebenarnya orang yang bodoh sombong dan malas...Orang pandai tak mengaku diri dia pandai...Pejuang bahasa hanya memperjuangkan Bahasa Melayu untuk orang Melayu sahaja dan bangsa cina dan india dengan bahasa mereka sendiri...di mana letaknya konsep 1Malaysia kalau bercakap bahasa yang berlainan...Sebab tu agaknya ramai wakil rakyat kita yang tak pandai bertutur dalam Bahasa Melayu...bertutur dalam bahasa yang tunggang terbalik...kenapa pejuang Bahasa tak pejuangkan agar sesiapa yang nak jadi wakil rakyat kena fasih berbahasa Melayu? Maklumlah mereka tu pemimpin...kalau sendiri tak pandai berbahasa Melayu macamana nak mendidik rakyatkan...
1 comment:
Salam Sayang,
sokong sangat2....yang menjadi mangsa murid2..cikgu sekolah semakin selesa..tak perlu bersusah payah belajar bahasa inggeris lagi.. tapi tuntut itu ini, sana sini, semua dapat..ibubapa yang nakkan anak pandai hantar ke sekolah dengan harapan dididik oleh cikgu2 yang ikhlas mengajar, nampaknya takkan menjadi kenyataan, tahniah kepada kerajaan kerana telah membuatkan anak2 kami ketinggalan ke belakang...ish ish ish..sedih sungguh, kalau PAS politikkan agama, umno? sepatah kata nabil, lu pikirlah sendiri...
wassalam
Post a Comment