Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 22 July 2009

Dua pakar jenayah kemuka pendapat






KUALA LUMPUR: Dua pakar jenayah semalam mengemukakan beberapa teori berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Khamis lalu, selepas menjadi saksi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dr P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan seorang bekas pegawai kanan polis yang enggan namanya disiarkan berpendapat ada dua kemungkinan membabitkan kematian Teoh, iaitu bunuh diri atau dibunuh.

Mereka mengemukakan beberapa teori yang boleh menjadi alasan jika Teoh membunuh diri, iaitu :

•Akibat mengalami tekanan mental selepas disoal siasat oleh SPRM selama lebih 10 jam sebagai saksi;

•Akibat perasaan marah dan kecewa yang amat sangat kerana tidak mempercayai ketelusan siasatan dilakukan terhadapnya atau hilang keyakinan sistem itu melindunginya sebagai saksi;

•SPRM menemui bukti yang boleh membabitkannya atau orang dikenalinya atau majikannya atau pemimpin parti politik yang disiasat dalam satu perlakuan jenayah;

•SPRM menemui sesuatu mengaibkannya atau keluarganya atau kenalannya dalam komputer riba dirampas mereka daripada mangsa;

•Rasa bersalah selepas membuat pengakuan ketika disoal siasat yang boleh mengaitkan orang yang disiasat atau orang dikenalinya; dan

•Menerima ancaman atau ugutan terhadap nyawanya atau keluarganya kerana mangsa dikatakan saksi penting SPRM.

Kedua-dua mereka juga tidak menolak kemungkinan Teoh dibunuh, sama ada ditolak dari bangunan itu atau dikejar seseorang sehingga mangsa melompat sendiri kerana ketakutan atau dibunuh terlebih dulu sebelum mayatnya dicampak ke bawah.

Ia berdasarkan pandangan mereka, Teoh adalah saksi utama siasatan kes membabitkan salah guna dan penyelewengan peruntukan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, kedua-dua pakar itu yakin Teoh tidak mati ketika disoal siasat berdasarkan kenyataan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah yang terserempak dengan mangsa jam 6 pagi, iaitu kira-kira dua atau tiga jam sebelum Teoh dikatakan mati.

Sundramoorthy berkata, seseorang yang berada dalam keadaan tersepit akan cuba melakukan yang luar biasa.

"Ada kemungkinan mangsa tidak ditolak secara fizikal tetapi terpaksa terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri akibat dikejar seorang atau lebih, yang tidak mahu beliau mendedahkan sesuatu mengenai kes yang disiasat," katanya.

Bekas pegawai kanan polis pula menolak teori mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak ke situ berdasarkan kepada kedudukan mayat mangsa ketika ditemui.

Komen : Daripada pendapat diatas, nampaknya apa yang dilaung2kan oleh pakatan rakyat atas kematian insan ini semuanya konspirasi kerajaan BN. Bagi mereka terjah dulu, buat andaian yang SPRM dan Polis Malaysia adalah pasukan yang tidak boleh dipercayai. Bila siasatan menuju kearah parti mereka, sekali lagi itu semua adalah konspirasi Kerajaan BN, umpamakan meraka tak pernah buat salah, orang mereka baik2 belaka walaupun terkenal dengan lagak gangster dan penyamunnya...suka berdemonstrasi dan menganggu ketenteraman awam merupkan satu kejahatan...Nampaknya sasaran mereka jauh menyimpan dari yang diharapkan...yang pasti ada orang2 yang dah kepanasan dan ketakutan...Kenapa perlu merasa takut jika diri tidak bersalah? Siapa yang makan cili terasa pedasnya...

No comments: