Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 24 July 2009

Model sedia dirotan patut jadi pengajaran






KUALA LUMPUR: Tindakan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang insaf dan mahu hukuman sebat enam kali kerana minum arak disegerakan mampu memberikan pengajaran berkesan kepada umat Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata setiap dugaan pahit dihadapi seseorang perlu dilihat secara positif dan penuh hikmah.

“Kes ini wajar menjadi iktibar kepada peminum arak dan orang lain agar menjauhi dosa itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Kartika Sari Dewi insaf dan sanggup disebat enam kali selepas didapati bersalah minum arak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Dia yang mungkin menjadi wanita pertama dijatuhi hukuman itu dikenakan maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 selepas mengaku minum arak di sebuah pusat hiburan di Cherating, Pahang, dua tahun lalu.

Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Alhafiz, ketika dihubungi berkata hukuman itu lebih kepada menginsafkan agar menjauhi minum arak yang menjurus kepada jenayah lain.

Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa (Malaysia), Dr Rubiah Hamzah, berkata tindakan model itu menunjukkan bahawa wanita berkenaan menyayangi agamanya, lebih daripada pandangan orang lain terhadap dirinya.

“Saya tidak menganggap sebatan itu sebagai sesuatu yang kejam, ia adil... mungkin dari aspek fizikal, kesan parut tidak hilang tetapi dari sudut jangka panjang ia akan sentiasa di-ingat untuk tidak mengula-ngi kesalahan itu,” katanya.

Di IPOH, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ketika dihubungi berkata tindakan model itu berani dan tepat berdasarkan hukum syariah.

Komen : Bagi saya Jabatan Agama setiap negeri hendaklah mencontohi hukuman yang dijatuhkan oleh Jabatan Agama Negeri Pahang. Hukuman yang dijatuhkan pun bukan lah untuk memalukan sesiapa tetapi adalah mengikut tuntutan Agama Islam itu sendiri iaitu yang haram tetap haram dan halal tetap halal. Semoga selepas ini semua penagih arak yang beragama Islam yang didapati bersalah hendaklah diberi hukuman yang sama tanpa mengira jantina dan kedudukan persalah di mata masyarakat sama ada berpangkat dato, atau anak dato, orang politik, orang kaya atau pun orang kebanyakkan. Janganlah ada hukuman berpilih(selective) bagi orang2 yang berkedudukan dengan orang kebanyakan sebab dosa yang di tanggung adalah sama.

1 comment:

Onna said...

Salam sayang,

Sokong 200%!!!!!!!!