Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 1 July 2009

UMNO gagal jadi model perpaduan - Hadi



KUALA LUMPUR 30 Jun - Selepas cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang kini menyalahkan UMNO pula dengan mendakwa parti itu gagal menjadi model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini.

Katanya, UMNO tidak mungkin akan menjadikan Islam sebagai sumber perpaduan orang Melayu walaupun sebelum ini parti berkenaan menerima baik cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Orang Islam perlu menunjukkan model perpaduan dalam kalangan kita sendiri.

"Perpaduan umat Islam adalah berdasarkan hubungan akidah, tetapi UMNO gagal bahagian itu," katanya ketika berucap pada ceramah perdana pakatan pembangkang di sini malam ini.

Beliau mendakwa UMNO tidak menggunakan al-Quran sebagai rujukan bagi mewujudkan perpaduan.

Hadi berkata, pakatan pembangkang akan terus menolak Barisan Nasional (BN) termasuk mengadakan sebarang kerjasama.

Sementara itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membangkitkan persoalan mengenai projek- projek yang diusahakan oleh kerajaan BN demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri.

Beliau terus mendakwa kerajaan BN hanya mengggunakan wang rakyat untuk melaksanakan projek- projek yang sedang dirancang termasuk pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang demi kepentingan politik.

Dakwanya, konsep 1Malaysia yang dianjurkan kerajaan BN masih belum jelas, manakala konsep perpaduan yang dianjurkan pakatan pembangkang adalah lebih baik.
DAH MULA DAH...Umno tetap salah. Nak gelak pun ada. Seperti biasa akidah orang Islam yang tak seminda politik songsang mereka dipersoalkan...Baik sangat ke perangai orang PAS tu...Kalau dah cakap berbelit-belit, ayat Al Ouran dibelit-belit, siapakah yang mengkafirkan orang UMNO? Bukankah Si Hadi ni, siapakah yang menolak persaudaraan sesama Islam? Bukan kan pengikut parti PAS dengan sembahyang dua imam, nikah tak sah oleh kadi kerajaan, suami isteri bercerai kerana berlainan politik. Bagaimana pulak cermin akidah orang yang suka mencarut, buat fitnah, memaki orang, mengaibkan orang dalam ceramah2 politik mereka, melaungkan nama ALLAH bila pemimpin Melayu/Islam dicaci atau difitnah. Fikirlah akidah diri sendiri sebelum nak menghukum akidah orang lain...Sendiri mahu ingatlah bila mati esok malaikat tak tanya pun pasal akidah orang lain. Tanya sama tu AnWAR masa dia dalam UMNO dulu, benda tulah yang dia buat...dengan segala kroni dia mendapat untung besar...Yang tak faham konsep 1Malaysia tu orang2 yang ada Mata dibutakan, ada Telinga dipekakan, ada minda tak mahu berfikir dan ada Hati busuk dan mati....

No comments: