Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 8 September 2014

POLITIK : Kerajaan dengar pelbagai pandangan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Dari kiri),Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani (kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Senator Datuk Yahaya Mat Ghani (dua dari kanan) ketika merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Batu di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mendengar pandangan pelbagai pihak yang mahu Akta Hasutan 1948 dikekalkan dan yakin keputusan terbaik akan dibuat apabila tiba masanya kelak.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ketika ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu, meminda atau menambah baik akta sedia ada.

Katanya, dalam membuat keputusan akhir nanti sudah tentu kerajaan akan mengambil kira semua pandangan, baik daripada bekas Ketua Hakim Negara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang ramai serta ahli parti itu sendiri.

Dalam masa yang sama, beliau meminta rakyat Malaysia jangan terpengaruh dengan draf undang-undang mengganti Akta Hasutan yang dikemukakan Majlis Peguam kerana draf tersebut bukannya datang daripada kerajaan.

"Maklum balas yang kerajaan terima sekarang ialah apakah perlu untuk kita kekalkan dalam bentuk pindaan atau ganti dengan undang-undang baharu dan apakah yang undang-undang baharu itu nanti lebih berkesan atau tidak?

"Sebarang pengenalan undang-undang baharu tidak boleh jika hasil kurang berkesan terutamanya belum ada lagi presidential case (kes penduluan), jadi macam mana dengan keputusan mahkamah? Begitu juga dalam soal penguatkuasaan.

"Ini isu-isu yang sedang diperdebatkan dan bagi saya adalah baik perkara ini didebatkan kerana tentunya sebagai kerajaan, kita tidak ambil diam semua pandangan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Batu.

Jumaat lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu, semua bahagian UMNO yang telah bersidang meminta kerajaan mengekalkan Akta Hasutan serta mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sentimen serupa turut disuarakan oleh banyak NGO terutama menerusi Badan Perpaduan Nasional yang bukan sahaja mahu Akta Hasutan dikekalkan malah ditambah baik dengan memasukkan Perkara 3 (11) Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut mengenai desakan akar umbi parti agar Akta Hasutan dikekalkan, Muhyiddin berkata, pucuk pimpinan tidak pernah menghalang ahli untuk menyatakan pandangan mereka dan yakin input daripada bahagian berguna.

Kepada soalan agar Perkara 3 (11) dimasukkan ke dalam Seksyen 3 (1) (F) Akta Hasutan pula, beliau berkata, Kabinet akan meneliti semua pandangan tanpa mengira daripada mana latar belakang mereka, selagi membawa kebaikan.

"Cadangan-cadangan itu boleh ambil perhatian untuk dibawa kepada Peguam Negara terlebih dahulu apakah implikasinya kalau ada cadangan untuk keluarkan atau memansuhkan fasal baharu, kalau ada keperluan berbuat demikin," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140908/dn_02/Kerajaan-dengar-pelbagai-pandangan#ixzz3ChgDGDK7  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: