Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 8 September 2014

POLITIK : Jadikan iktibar isu di Selangor

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
Nahar.latib@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersalaman dengan perwakilan ketika hadir pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan 2014 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, di Pekan, Pahang, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

PEKAN 7 Sept. - Tindak-tanduk pembangkang di Selangor sehingga ke tahap seakan memberi kata dua kepada istana adalah gambaran sebenar terhadap masa depan agama, bangsa dan institusi raja jika UMNO tidak berkuasa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bersekongkol dengan DAP nyata gagal memahami peruntukan Perlembagaan sama ada yang tersirat serta tersurat mengenai peranan raja dan hal itu berbeza dengan UMNO yang cukup mengerti perkara berkenaan.

Justeru katanya, perkara itu perlu diperjelaskan kepada generasi muda bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang mampu melindungi kepentingan agama, bangsa dan raja-raja.

"Tengok keadaan (di Selangor) kalau kita tak ada kuasa, apa yang berlaku kepada institusi raja. Apa akan berlaku kepada Melayu, apa akan berlaku kepada Islam (kalau UMNO tidak berkuasa). Ini semua kita kena terangkan kepada anak-anak kita," katanya ketika berucap menggulung perbahasan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Najib menegaskan, atas sebab itu, menjadi pantang beliau apabila mengetahui terdapat anak orang UMNO yang terlibat dengan pembangkang seperti calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud.

"Jangan sesekali ada anak orang UMNO yang tak jadi UMNO, ini saya pantang sangat bila dengar ada orang macam Dyana. Mak UMNO, bapa UMNO tetapi anak masuk DAP. 'Berbulu' saya.

"Mana tanggungjawab kita sebagai mak bapa untuk `UMNO kan' anak kita. Jangan salahkan orang lain kalau jadi dekat anak sendiri. Malah saya sendiri pernah tegur seorang pegawai kerajaan yang minta bantuan kepada saya, kebetulan ada pegawai saya bawa keluar Facebook anaknya, rupanya 'dok tala' dekat kita.

"Mak datang minta bantuan, anak 'dok tala' kita. Saya kata ini tak betul, selagi tak betul saya tak akan bagi. Sebab apa, sebab kalau kita tak melakukan semua ini, perjuangan kita yang begitu cemerlang tak akan menjadi kelangsungan pada masa depan," jelasnya.

Sementara itu, dalam ucapannya itu, Najib turut mengingatkan pentingnya untuk UMNO terus kekal berjuang pada landasan kesederhanaan dan keadilan seperti yang dituntut agama.

Katanya, sebab itu untuk kekal berkuasa, UMNO tidak boleh sama sekali menjadi sebuah parti yang ekstrem kerana majoriti rakyat memiliki fahaman kesederhanaan.

Selain itu, Najib mahu ahli UMNO menggunakan pendekatan politik baharu bagi memastikan perjuangan parti kekal relevan termasuk kepada generasi muda yang terdedah dengan sumber maklumat daripada media sosial menerusi telefon pintar masing-masing.

"Orang lama mungkin kekok sikit. Kalau ambil gambar pun tak tau nak tekan apa di telefon dia. Tak apa kita (lama) buat cara kita tapi dengan keinginan untuk belajar cara baru.

"Cuma (yang lama) jangan menghindar orang lain untuk melakukan cara yang sesuai dengan politik baharu supaya UMNO dilihat sentiasa berubah dan terdedah pada kedinamikan dan memberi gambaran parti kita parti yang segar," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140908/po_01/Jadikan-iktibar-isu-di-Selangor#ixzz3ChidTuR5  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: