Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 13 June 2011

TOLAK PAS, DAP DAN PKR DEMI PEMBANGUNAN NEGARA


Rakyat perlu tolak perjuangan Pas, DAP, PKR



Shafie Apdal bersalaman dengan perwakilan ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak di Seberang Perak, semalam.



PASIR SALAK 12 Jun - Rakyat perlu menolak perjuangan yang dibawa oleh Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana ia hanya bertujuan meraih sokongan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perjuangan Pas yang berubah-ubah dengan sekarang menumpukan kepada negara berkebajikan sudah jelas bertentangan dengan matlamat asal menubuhkan negara Islam.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO sudah lama memperjuangkan kebajikan untuk rakyat dan ia merupakan agenda yang akan diteruskan.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah menggunakan pelbagai cara untuk memberi kebajikan kepada rakyat.

"Saya nak tanya apa yang Pas buat kepada rakyat Kelantan setelah mentadbir negeri itu selama 30 tahun," katanya selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Salak di Changkat Lada hari ini.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, tindakan Pas berpakat dengan DAP dan PKR memperlihatkan prinsip perjuangan parti itu telah terpesong.

"Dahulu Pas kata kita berpakat dengan MIC dan MCA adalah haram, tetapi hari ini mereka berpakat dengan DAP boleh pula, tak haram," katanya.

Menurut beliau, kerajaan BN akan terus memperjuangkan kebajikan rakyat dengan memajukan kawasan kampung yang dahulunya hutan untuk menangani masalah kemiskinan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Dalam pada itu, beliau meminta jentera UMNO di seluruh negara bersiap sedia mulai sekarang untuk menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan parti memenangi semua kerusi yang ditandingi.

Menurutnya, persiapan awal itu untuk membolehkan UMNO terus mendapat sokongan rakyat di peringkat akar umbi.

"Jangan tunggu sehingga pilihan raya baru nak buat kerja. Parti lawan bukan kuat. Kita kalah pada pilihan raya lalu di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana kita bertelagah sesama sendiri dan mempunyai kepentingan peribadi," katanya.

Beliau berkata, UMNO juga akan memastikan calon yang akan diketengahkan pada pilihan raya nanti adalah calon yang boleh menang dan diterima rakyat.

Sementara itu dalam ucapannya pada majlis Jamuan Mesra Rakyat, Mohd. Shafie berkata, kerajaan mewujudkan FELCRA dalam usaha membela nasib generasi peneroka di sini.

Menurut beliau, dengan pembukaan ladang kelapa sawit dan meningkatkan kemudahan jalan kampung membolehkan rakyat menikmati taraf hidup yang selesa.

KOMEN : APA RELEVANNYA UNTUK MEMBERI KUASA KEPADA PUAK PEMBANGKANG YANG MASING-MASING TERPALIT DENGAN POLITIK MAHTLAMAT MENGHALALKAN CARA... PAS DENGAN MENYALAHGUNAKAN AL QURAN DAN ISLAM DEMI KEPENTINGAN POLITIK PENIPUAN DAN SEMPIT MEREKA. DAP DENGAN SLOGAN RASIS DAN TERUS MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN ORANG MELAYU/ISLAM SERTA PKR YANG TERUS MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN PEMIMPIN MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KEBEJATAN MORAL... JANGAN SESEKALI TERPADAYA DENGAN JANJI MANIS MEREKA YANG AKAN MERUNTUHKAN NEGARA KITA.... TEPUK DADA TANYA IMAN...

2 comments:

Unknown said...

Salam bro. Itu sudah semestinya. Tolak jgn tak tolak. Bagaimana pun kita juga harus memainkan peranan yg penting bagi menyakinkan rakyat/akar umbi tuk menolak Pakatan Rakyat. Jgn terlalu bergantung pd pemimpin2 kita yg di atas. Berkorban apa sahaja demi bangsa, agama dan negara. Jangan biarkan Pakatan Rakyat mengadai negara kita.

AJAI62 said...

Assalam Bro

Insyaallah... akan buat segala yang termampu...