Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 10 June 2011

Jangan hina institusi mufti kerana berbeza ideologi politik


Oleh Dr Abdullah Zain
DARI BERITA HARIAN 2011/06/10



Guna gelaran buruk serlah kebiadaban si pemanggil

AKHBAR Berita Harian, 4 Jun lalu melaporkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggelar ‘ulama’ pro-BN syaitan bisu di Muktamar Tahunan Pas ke-57. Begitu juga dalam Utusan Malaysia bertarikh 6 Jun 2011, di muktamar sama, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa membuat kenyataan mufti sebagai syaitan bercakap.

Beliau lebih berani lagi mengkhususkan penghinaan itu dengan menggelar Sahibus Samahah Mufti Perak sebagai ‘mufti poco-poco, mufti yoga, mufti haramsani.’ Tuduhan seperti itu sepatutnya tidak berlaku dalam gerakan Islam yang mendakwa memperjuangkan Islam seperti firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhan-mu Dia-lah juga yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah An-Nahl, ayat 125) Islam melarang penganutnya menghina, menggelar, memanggil insan lain dengan panggilan atau gelaran tidak disukai atau yang kurang sopan apatah lagi jika panggilan itu boleh menjatuhkan maruah seseorang lebih-lebih lagi golongan ulama seperti mufti.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan itu menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat, ayat 11)

Daripada Abu Jubayrah Ibn al-Dahhak dengan katanya: “Surah al-Hujurat, ayat 11, turun mengenai Bani Salamah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW tiba di Madinah sedangkan dalam kalangan kami mempunyai lebih daripada satu nama (gelaran).

Rasulullah SAW apabila memanggil salah seorang dari mereka dengan panggilan salah satu dari nama itu, lalu mereka berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya gelaran yang engkau gunakan untuk memanggil itu tidak disukainya.” (Hadith riwayat al-Bukhari) Jelaslah kepada kita memanggil, menggelar orang lain dengan panggilan atau gelaran buruk yang menyakiti hati dan tidak disukai seperti ulama syaitan bisu, mufti syaitan bercakap, mufti poco-poco, mufti yoga, haramsani dan lain-lain adalah dilarang keras.

Apatah lagi gelaran penghinaan dengan memanggil mufti atau ulama yang mempunyai kedudukan tinggi dan dipandang mulia dalam masyarakat sebagai syaitan adalah amat berat dan sangat dilarang.

Panggilan seperti itu amat keterlaluan dan tidak meraikan adab perbezaan pendapat dalam Islam serta panggilan itu bukan saja menjatuhkan maruah seseorang tetapi boleh menggugat kredibiliti mufti selain menghilangkan rasa hormat masyarakat terhadap institusi mufti itu sendiri.

Mufti adalah Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri yang dilantik oleh Sultan untuk menjalankan tugasnya. Sepatutnya Institusi Mufti perlu dihormati bukan dihina apatah lagi oleh parti politik yang mengaku memperjuangkan Islam.

Kesan penghinaan yang dilemparkan boleh menyebabkan masyarakat berpecah-belah, bergaduh sesama sendiri, hilang budaya menghormati antara satu sama lain dan satu penghinaan jelas ke atas institusi mufti sekali gus sebagai satu penghinaan terhadap Sultan sebagai ketua agama.

Sebenarnya menyatupadukan perjuangan umat Islam dalam satu jemaah amat ideal dalam Islam. Jumhur ulama berpendapat kelonggaran berbilang jemaah dalam gerakan Islam supaya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, bukannya melebarkan jurang perbezaan dan perpecahan.

Pihak yang berusaha menyatukan umat Islam dalam satu pendapat tidak berbeza mengenai hukum ibadat, muamalah dan masalah furu’ lain, mereka sebenarnya menginginkan sesuatu yang tidak boleh berlaku.

Usaha mereka untuk menghapuskan perbezaan tidak akan menghasilkan apa-apa selain melebarkan lagi jurang perbezaan dan perselisihan itu sendiri. Oleh itu, ditegaskan bahawa kepelbagaian jemaah dan pendapat dibenarkan dalam Islam tetapi perpecahan ummah dilarang

KOMEN : ITULAH PARTI PAS... FITNAH, KUTUK, AIBKAN ORANG DAN SEGALA YANG MAKSIAT DIAMALKAN... PARTI SEKULAR DAH SEKARANG NI UNTUK NEGARA KEBAJIKAN.... RENUNGKANLAH SENDIRI TARAF PENDIDIKAN ULAMA PAS DENGAN MUFTI... DALAM PAS ADA ULAMA KE???? SIAPA LANTIK???? HEHEHEEE..

No comments: