Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 22 June 2011

KEAJAIBAN TRANSFORMASI YANG KJ BENCI


Transformasi Malaysia satu keajaiban





Ketua- ketua negara yang hadir mendengar ucapan penutup yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Forum Perniagaan Malaysia-Afrika (MABF) sempena Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID) Ke-9 di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 21 Jun - Para pemimpin Afrika yang menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 melihat program transformasi Malaysia sebagai satu keajaiban yang patut dicontohi oleh negara mereka.

Dengan menyatakan LID 2011 sebagai yang terbaik pernah diadakan, Presiden Tanzania, Jakaya Kikwete berkata, taklimat mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan pembuka mata kepada semua ahli delegasi dari Afrika.

"Semua anggota delegasi begitu teruja dengan taklimat yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan kita semua mahu meluangkan lebih banyak masa dengan Idris dan menjemput beliau melawat Afrika.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana sanggup meminjamkan Idris kepada Afrika, kita berjanji tidak akan 'menculiknya' (untuk melakukan transformasi di Afrika)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Terdahulu, Najib dalam ucapan penutup LID 2011 bersetuju dengan permintaan para pemimpin Afrika yang mahu Idris memberi penerangan lebih teliti mengenai program transformasi Malaysia di Afrika.

Dalam itu, Kikwete berkata, negaranya yang bakal mengadakan Dialog Antarabangsa Selatan Afrika 2013 akan mengguna pakai format baru yang diperkenalkan dalam LID 2011.

"Inovasi baru yang diperkenalkan dalam LID 2011 seperti penganjuran forum perniagaan dan lawatan lapangan boleh diteruskan.

"Kita amat berpuas hati dengan penganjuran dialog ini, ia memberi cabaran kepada Tanzania sebagai tuan rumah akan datang kerana Malaysia telah menetapkan standard yang sangat tinggi," katanya.

Sementara itu, Kikwete mengajak pelabur Malaysia membantu memajukan negara-negara Afrika dengan melabur di benua yang beliau sifatkan sebagai benua harapan.

"Afrika telah mengalami perubahan yang memberangsangkan dengan sistem demokrasi, tadbir urus dan keadaan hak asasi manusia yang semakin baik.

"Dengan populasi seramai kira-kira satu bilion orang, benua Afrika menyediakan pasaran yang luas dan ia akan menjadi pusat pembangunan seterusnya selepas Asia," katanya.

KOMEN : KJ NAK KATA APA LAGI...HANYA NAJIB DAN HANIFAH SAHAJA YANG BERHAK BERCAKAP TENTANG DASAR LUAR NEGARA.. KJ SILA TUTUP MULUT KAMU. JANGAN DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN WALAUPUN PAK MENTUA HANG PERNAH JADI PM.. TAPI APA JASA BELIAU?????

No comments: