Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 14 June 2011

Hentikan khutbah politik di masjid sebar kebencian


JEMAAH MASJID
Klang


SUDAH-SUDAHLAH, cukuplah wahai khatib Masjid Sungai Kandis, tak payah terjerit-jerit, mengata orang tidak betul, kerajaan Malaysia tidak betul, menghasut jemaah kononnya ada tiga juta rakyat Mesir memberontak walaupun tidak ada ketua, kononnya Allah sudah membantu menjatuhkan pemimpin yang zalim.

Mengatakan sumpah laknat tidak sepatutnya dibuat di dalam masjid, kononnya di masjid untuk amal ibadat, tetapi apa yang khatib khutbahkan itu betul ke? Kenapa mesti khutbah mengenai skandal video seks pemimpin-pemimpin tertentu, mengapa mengatakan yang semua pihak keselamatan itu zalim?

Kita jemaah Jumaat datang hendak membuat amal ibadat, mendengar nasihat yang baik-baik tentang perpaduan, silaturahim sesama insan, menghormati ibu bapa, menghormati sesama insan, tidak berburuk sangka, bersyukur atas nikmat Allah SWT berterima kasih kepada pemimpin dengan keamanan negara kita, jangan menggigit jari kepada tangan yang memberi makan, kan lebih baik daripada mengutuk orang, mengata orang semua tidak betul semua orang zalim, habis itu khatib yang berkhutbah semakin teruk apa pula?

Kebelakangan ini banyak khatib luar sering menghentak-hentak, menjerit-jerit mengatakan Malaysia adalah negara assabiyah, sekular, memenjarakan alim ulama yang ingin menyampaikan ajaran Islam. Ada pula seorang anak muda yang berkhutbah mengata orang, menuduh kerajaan zalim, menuduh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) zalim menangkap orang-orang alim yang ingin berceramah tentang Islam kononnya.

Kenapalah tidak kekalkan sahaja dengan pak imam atau imam yang awal-awal sudah meletakkan jawatan yang tidak berpuas hati dalam pentadbiran khutbah Jumaat yang tidak terpekik-pekik yang tidak menghasut.

Dari dahulu pak imam sahaja yang tahu menjaga lidahnya. Berbudi bahasa dan lembut. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ''Aku takut lepas ketiadaan aku adalah manusia-manusia yang berpura-pura (hipokrit) yang hanya berilmu pada lidahnya pakaian seperti ulama besar hebat-hebat, tetapi amalannya lebih jahat daripada syaitan."

Mulai dari bulan Ramadan yang lalu, khatib khutbah sudah melampau, asal pandai sedikit sahaja ayat al-Quran dan hadis, mulalah menghentam orang.

Sultan Selangor sudah beberapa kali memberi amaran jangan berpolitik di masjid-masjid terutama waktu khutbah Jumaat. Apa sudah jadi dengan Ahli Jawatankuasa Masjid Sungai Kandis?

Imam pertama sudahpun meletakkan jawatan. Kalau nak berpolitik, pergilah ke tempat lain berceramah, nak kutuk kerajaan Malaysia ke, suka hatilah walaupun semua itu mendatangkan dosa, tetapi janganlah di masjid, lebih-lebih lagi semasa khutbah Jumaat.

Di Masjid Seri Menegon dan Surau Seri Menegon begitu juga. Lagi teruk. Apa sudah jadi? Sudah-sudahlah, cukup-cukuplah. Di mana pemantauan Jabatan Agama Islam yang sepatutnya bertanggungjawab menghapuskan perkara ini dari terus merebak?

Sehubungan itu, saya dapat melihat anak-anak muda sudah kurang minat untuk mendengar khutbah Jumaat yang semakin terang-terangan menggunakan hadis dan al-Quran untuk mengutuk dan menghentam pihak-pihak yang tertentu. Jika hendak sokong mana-mana pihak parti politik pun buatlah di luar, bukannya semasa khutbah Jumaat. Apa sebenarnya makna khutbah Jumaat?

Ramai di antara anak-anak muda mahupun warga veteran yang melengah-lengahkan perjalanan ke masjid kerana tidak mahu mendengar khutbah Jumaat yang semakin lama semakin lari dari tajuknya.

Ada sesetengah jemaah yang tidak dapat mengawal diri lalu menjerit ke arah imam agar menghentikan khutbah yang merepek dan boleh memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Mengapa perlu ada unsur-unsur politik di masjid?

KOMEN : MASJID DI SHAH ALAM PUN SAMA TERUK... MINGGU LALU KAT MASJID SEKSYEN 19, SEBELUM SEMBAHYANG ADA TAZKIRAH... PENCERAMAH DATANG DARI KEDAH... APA DIA KATA SEMUANYA KEJIAN PADA KHARIAH TEMPATAN, SEMUANYA APA YANG KITA BUAT TAK KENA PADA MATA DIA... KELUARGA DIA YANG KAT KEDAH TU AJE YANG BAGUS, ATO..NENEK DIA AJE YANG BAGUS ALIM... TU KATA DIALAH...RIAK SUNGGUH... SEBELUM ABIS TAZKIRAH SEMPAT PULA MERAYU KAT ORANG DIA KEJI AGAR DAPAT HULURKAN DERMA UNTUK PUSAT TAHFIS DIA KAT KEDAH. TAK MALU SUNGGUH DAH PUAS MENGATA ORANG LEPAS TU MINTA DERMA... SEBIJI MACAM MENTOR DIA PARTI PAS.... LEPAS TU MASA KHUTBAH JUMAAT KENA LAGI DENGAN HUKUM QAZQF DAN 4 ORANG SAKSI... PAYAH SUNGGUH MENGAKU ALIM TAPI PENGETAHUAN AGAMA CETEK... MUDA LAGI TAPI KURANG AJAR NAK MENGAJAR ORANG TUA BAHASA TAK SOPAN DAN TERJERIT-JERIT TAK TENTU PASAL...

No comments: