Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 8 June 2011

Akhirnya Islam pergi jua


Oleh Zulkifli Noordin
8.6.2011



KENYATAAN Joceline Tan dalam analisisnya di akhbar The Star kelmarin mengenai kesan pemilihan Pas merumuskan secara tepat apa yang berlaku bila beliau berkata,‘‘Pemilihan Pas menunjukkan betapa kebulurnya parti itu untuk memenangi pilihan raya umum, kebuluran yang menyebabkan mereka bersedia berkompromi dengan dasar “kepimpinan ulama’" parti tersebut!".

Deklarasi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa ‘Pas Islam pergi’ akan mengetepikan perjuangan penubuhan ‘negara Islam” dan mengubahnya kepada slogan “negara kebajikan” adalah bukti jelas kenyataan di atas.

Kesanggupan beliau menyatakan “konsep negara Islam” tidak ada dalam al-Quran bagi menghalalkan perubahan dasar itu membuktikan kesanggupan neo-Pas melakukan apa sahaja untuk memenuhi impian ke takhta Putrajaya.

Ini adalah kenyataan daripada seseorang yang 30 tahun lepas sanggup mengisytiharkan UMNO sebagai kafir kerana tidak mahu melaksanakan hudud, qisas dan ta‘zir dan menolak penubuhan negara Islam.

Sebab itu ada hadis Melayu menyebut “Kalau nak meludah jangan ke langit, kerana kelak akan terkena muka sendiri!".

Melaksanakan negara Islam bermakna melaksanakan juga konsep kebajikan, sebab di dalam Islam ada ciri kebajikan. Tetapi melaksanakan negara kebajikan belum tentu melaksanakan negara Islam, sebab bukan semua kebajikan itu Islamik.

Abu Talib adalah antara manusia paling hebat membuat kebajikan; beliau membela, membesar, melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW, tetapi beliau tetap kafir. New Zealand dan Sweden adalah antara negara yang dikenali sebagai welfare state - “negara kebajikan”, tetapi mereka tetap negara kafir.

Menukar slogan daripada ‘negara Islam kepada ‘negara kebajikan adalah sekadar retorik politik, tetapi malangnya al-Quran dijadikan sandaran kepada retorik ini!

Teman sebenarnya bersimpati dengan Abdul Hadi. Teman sangat menghormati beliau sebagai seorang agamawan yang tegas walaupun tidak banyak bercakap, namun beliau kini tersepit di antara ‘impian ke syurga’ dengan ‘kilauan Putrajaya’.

Kenyataan beliau bahawa pemilihan kepimpinan Pas yang baru adalah “Kabinet perang pilihan raya” beliau mengundang satu persoalan besar: perang untuk siapa?

Adakah Abdul Hadi terlupa ada di antara kaum Anwarinas yang dimahkotakan perwakilan baru-baru ini pernah secara terbuka mencabar beliau supaya meletak jawatan. Juak-juak mereka di luar sana juga pernah menghina Abdul Hadi secara terbuka dengan mendesak beliau meletakkan jawatan Presiden.

Malah mereka berkata Abdul Hadi adalah ‘penghalang besar mereka ke Putrajaya! Teman tidak terkejut jika konspirasi halus akan dibuat untuk menekan Abdul Hadi sama ada meletak jawatan, atau ‘ISA -Ikut Saja Anwarinas!

Dan itulah yang telah Abdul Hadi lakukan.

Tindakan pertama beliau sebagai Presiden bagi kaum Anwarinas membuktikannya; kenyataan beliau secara terbuka semasa ucapan penangguhan menolak kilp video yang didakwa membabitkan Anwar, atas alasan tidak ada 4 saksi, adalah bukti jelas betapa tersepitnya beliau.

Kenyataan beliau ini sebenarnya memperlekehkan hukum dan undang-undang Islam, seolah-olah Islam tidak menerima kemajuan sains dan teknologi, seolah-olah hukum Islam ini statik dan jumud, tidak mengikuti perkembangan masa!

Adakah wanita yang mengadu dirogol wajib membawa empat orang saksi; tidak cukupkah DNA, klip video, CCTV, kajian forensik dan lain-lain untuk mensabitkan kesalahan serangan seksual itu?

Sebenarnya teman yakin Abdul Hadi tahu, jauh di hati kecilnya siapa pelaku dalam klip video itu. Bak kata beberapa ulama Pas yang pernah menonton, “Sukar untuk nak kata itu bukan Anwar!!!".

Abdul Hadi tahu isunya bukan qazaf, bukan zina; tetapi kelayakan untuk memimpin dan menjadi pemimpin.

Dan Abdul Hadi tahu klip video itu membuktikan manusia yang ditabal isterinya sendiri tidak layak menjadi pemimpin, tetapi sayang, Abdul Hadi tersepit kelemasan dalam gelombang kemunculan kaum Anwarinas!

Pemilihan kali ini menyaksikan kaum Anwarinas berjaya menguasai saf kepimpinan Pas. Sebagaimana idola mereka, kaum Anwarinas ini adalah kaum yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi nafsu politik mereka.

Dan yang lebih merbahaya, ini adalah kaum yang akan bersedia menggunakan al-Quran dan sunah untuk menghalalkan apa sahaja yang akan mereka lakukan, sebiji sebagaimana yang dibuat oleh Attarturk semasa menghalalkan tindakan menghancurkan Islam dengan menggunakan Islam.

Sebab itu mereka tidak layak dilabel “Erdogan”, kerana prinsip dan perjuangan Reccep Tayyib Erdogan jauh berbeza dengan mereka.

Lebih layak mereka diberi label “Attarturk”, atau lebih afdal “kaum Anwarinas”, kerana kiblat mereka ialah manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan, bukannya Abdul Hadi.

Kaum Anwarinas mendakwa mereka sangat menghormati ulama. Malah mereka menegaskan akan memperkasakan ulama di dalam Pas. Ternyata ini sekadar retorik politik dan pemanis mulut sahaja! Inilah kaum yang pernah menuntut Abdul Hadi meletakkan jawatan. Beberapa hari sebelum pemilihan, juak mereka menghina Abdul Hadi dengan mendesak beliau mengosongkan jawatan Presiden.

Nasihat para ulama seperti Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib agar kepimpinan ulama sedia ada dikekalkan, mereka tolak macam sampah. Hari ini mereka ‘pootar-poosing’ mendakwa sangat menghormati dan akan memperkasakan ulama.

Umat Islam dan rakyat negara ini perlu bersedia berhadapan dengan satu fenomena baru politik machiavelli yang akan dibawa oleh kaum Anwarinas ini.

Ia adalah kaum yang mana prinsip utamanya ialah “matlamat menghalalkan cara”. Kalau kalimah Allah SWT pun mereka sanggup gadai-jual demi politiking yang melampau, maka politiking kaum ini memang tidak ada sebarang batasan.

Kalau anak isteri mereka boleh jadikan bahan gadaian politik dengan “baiah talak tiga”, umat dan rakyat boleh bayangkan apa yang mereka boleh dan sanggup lakukan demi sedikit mahkota kekuasaan!

Ingatlah, inilah kaum yang dahulu pernah melabel Anwar Ibrahim dengan gelaran “Al-Juburi”. Inilah kaum yang pernah melabel Anwar sebagai “kafir”, termasuk di atas mimbar Jumaat.

Inilah kaum yang pernah melabel syiah sebagai “kafir”. Inilah kaum yang pernah mengisytiharkan berkawan dengan kafir itu kafir - arridho bil kufr, kufr bentak mereka. Tapi hari ini, kaum ini juga menjadi penjilat Anwar nombor wahid! Inilah kaum yang hari ini menjadikan syiah sebagai rakan sekutu.

Inilah kaum yang hari ini yang sanggup tidur sebantal dengan DAP! Inilah kaum yang hari ini melabel Sahibus Samahah Mufti Perak dengan gelaran “haramsani”.

Inilah kaum yang hari ini mengatakan “negara Islam” tidak ada dalam al-Quran!!! Kaum Anwarinas ini adalah kaum yang bersedia melakukan apa sahaja; politik mereka tanpa batas tiada sempadan; semuanya halal bila boleh memuaskan nafsu serakah mereka!

KOMEN : DEMI KUASA DAN PANGKAT, MANUSIA SANGGUP LAKUKAN APA SAJA WALAUPUN TERPAKSA MEMBELAKANGKAN AGAMA ANUTAN MEREKA. PEMIMPIN PAS TIDAK TERKECUALI WALAUPUN SERING MENDABIK DADA YANG MEREKA LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN, WALHAL MEREKALAH MANUSIA YANG LEBIH JAHAT DAN TAMAK AKAN KUASA... LIHAT APA YANG MEREKA BUAT DI SELANGOR, PENANG, KEDAH DAN KELANTAN... MASIH ADAKAH KEBAJIKAN BAGI ORANG MELAYU/ISLAM DIBAWAH PEMERINTAH MEREKA?

No comments: