Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 7 June 2011

SYAITAN PAS MENCARUT LAGI






Nor Azli perlu cermin diri

IPOH 6 Jun - Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mencerca Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan gelaran 'syaitan bercakap' dan 'Haramsani'.

Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat negeri, Fauzi Muda berkata, Nor Azli perlu menyoal dirinya sama ada dia benar-benar mengikut ajaran Islam dan berjuang kerana agama.

"Jika dahulu Nor Azli duduk rumah biasa tetapi semasa pembangkang berkuasa di Perak, dia mampu beli rumah berharga lebih RM500,000 di Tasek.

"Islam tidak suruh kita kayakan diri sendiri apabila mendapat kuasa," katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai sikap biadab Nor Azli yang menggelar Mufti Perak sebagai 'syaitan' yang lebih teruk daripada 'syaitan bisu' kerana tidak menegur budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan BN pada pilihan raya umum.

Sebelum ini, Nor Azli yang kalah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong pada Pilihan Raya Umum 2008 menggelar Harussani sebagai 'Haramsani' kerana mendakwa Mufti Perak itu menerima gaji sumber haram dan tidak menegur kerajaan negeri membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Fauzi mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu ialah antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi jutawan segera semasa tempoh 11 bulan pembangkang berkuasa di Perak dan perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , 11 Februari lalu.

Mengulas mengenai dakwaan kerajaan negeri membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram, katanya, Nor Azli pernah makan gaji semasa bekerja sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah di Pejabat Agama Islam Manjung.

Perkasa terkilan sikap Pas

KUALA LUMPUR 6 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terkilan dengan sikap ahli Pas yang sanggup menyamakan mufti dengan syaitan yang bercakap dan menyifatkannya sebagai menghina agama Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan tersebut juga merupakan penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu kerana mufti dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Kami sangat terkilan dengan tindakan ahli Pas yang mendakwa mufti di negara ini sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu. Malah, ada juga yang sanggup menggelar mufti Perak, Tan Sri Harussani (Tan Sri Harussani Zakaria) sebagai Haramsani.

"Perkara seperti tersebut mengaibkan agama Islam kerana institusi mufti itu sendiri menggambarkan kemuliaan Islam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa yang bertindak biadab mendakwa mufti sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu.

Menurutnya, Islam tidak dihormati oleh penganut agama lain sekiranya masih wujud golongan seperti Nor Azli yang menghina agama sendiri.

Sehubungan itu, katanya, tindakan segera wajar diambil bagi mencegah perbuatan seperti itu daripada berulang di kalangan orang Islam di negara ini.

KOMEN : MENCARUT, MAKI HAMUN, FITNAH DAN MENGHINA ORANG ISLAM ADALAH MAINAN BIBIR PEMIMPIN PAS YANG SESAT KERANA DIGALAKAN BERKAWAN DENGAN SYAITAN. YANG BENAR DI SEMBUNYIKAN DAN YANG BATIL DI WAR-WARKAN... SUDAH-SUDAHLAH MENGHINA ORANG, CERMINLAH DIRI SENDIRI DAN FIKIRLAH DIMANA KEDUDUKAN KAMU DISISI ALLAH swt...

No comments: