Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 7 June 2011

ANWAR GAGAL DAN TUNDA


Anwar gagal buat kali ketiga
DARI UTUSAN MALAYSIA
7.6.2011


ANWAR Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail bersama Karpal Singh pada sidang akhbar selepas hadir perbicaraan kes liwat


KUALA LUMPUR 6 Jun - Buat kali ketiganya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam cubaannya supaya Hakim Mahkamah Tinggi di sini menarik diri daripada terus mendengar kes liwat membabitkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan untuk menolak permohonan Ketua Pembangkang itu yang sepatutnya mula memberi keterangan bela diri pada hari ini, setelah mendapati permohonan berkenaan tidak mempunyai merit.

Hakim tersebut kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 13 Julai ini setelah beliau membenarkan permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk menggantung perbicaraan sementara menunggu rayuan.

Anwar melalui peguamnya, Karpal Singh memohon penggantungan perbicaraan walaupun dibantah oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dengan alasan penghakiman Mahkamah Rayuan sebelum ini menyatakan bahawa keputusan sedemikian tidak boleh dirayu.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Walaupun dua kali permohonannya agar hakim menarik diri daripada mendengar kes itu telah ditolak, Anwar pada Khamis lalu sekali lagi mengemukakan permohonan sama, kali ini dengan alasan hakim berkenaan telah membuat pra-penghakiman dan berat sebelah.

Terdahulu, Mohd. Yusof dalam hujahnya menegaskan bahawa tindakan Anwar memfailkan permohonan itu buat kali ketiga hanyalah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kerana tidak pernah dalam kes lain, barisan pembelaan begitu bersungguh-sungguh memohon seorang hakim yang mendengar kes untuk menarik diri.

‘‘Tertuduh diperintahkan untuk membela diri. Sekiranya dia berada di pihak benar, dia sepatutnya merebut peluang ini. Ini peluang kamu untuk memberitahu versi kamu terhadap pertuduhan kepada orang ramai, untuk memberi pembelaan kamu secara bersumpah,’’ hujah Mohd. Yusof.

Pada ketika ini, Anwar secara tiba-tiba dari kandang tertuduh mencelah: ‘‘When? When?’’ (Bila? Bila?)

Mohd. Yusof sebelum itu menyatakan, barisan pembelaan membuat permohonan tersebut dengan bergantung kepada satu perenggan sahaja sedangkan penghakiman yang dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin pada 16 Mei lalu terdiri daripada 68 muka surat dan mengandungi 180 perenggan.

Katanya, tindakan tersebut telah memberi tanggapan yang salah kepada orang awam bahawa hakim telah membuat pra-penghakiman sedangkan ia dibuat di luar konteks dan adalah sukar untuk dipercayai bahawa permohonan itu dibuat secara bona fide (niat baik).

Ujarnya, sesiapa yang mendengar atau membaca keseluruhan penghakiman tersebut akan mengetahui bahawa keputusan yang dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin adalah betul dan tidak berat sebelah.

Bagi dakwaan berat sebelah pula, Mohd. Yusof mengatakan tindakan hakim tersebut memutuskan bahawa Mohd. Saiful Bukhari adalah seorang saksi yang boleh dipercayai adalah tidak salah kerana keterangan mangsa turut disokong oleh saksi-saksi pakar dan awam termasuk Ketua Staf PKR, Ibrahim Yaacob.

Karpal pula menafikan bahawa pihaknya cuba melengah-lengahkan perbicaraan sebaliknya menuduh pihak pendakwaan tidak berusaha agar pihak pembelaan dapat menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kecuali lima saksi lain yang tidak material dengan kes itu.

Dalam hujahnya terdahulu, peguam tersebut meminta mahkamah membenarkan permohonan itu dengan alasan terdapat keterangan yang jelas bahawa hakim berkenaan telah membuat pra-penghakiman dan berat sebelah dalam keputusan di akhir kes pendakwaan.

Selain itu, katanya, hakim tersebut tersalah arah dirinya berhubung standard pembuktian dalam pendakwaan berhubung permohonan ujian penilaian maksimum terhadap keterangan Mohd. Saiful Bukhari.

Menurutnya, dengan memutuskan bahawa Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang boleh dipercayai di akhir kes pendakwaan, mahkamah dengan jelas menganggap keterangannya adalah konklusif iaitu adalah benar, sebenar-benarnya dan tiada yang tidak benar melainkan yang benar belaka.

KOMEN : ITULAH ANWAR TUNDA BILA GAGAL. LEPAS NI MENYALAK MACAM ANJING DI PENTAS CERAMAH POLITIK PUAK PEMBANGKANG... ANWAR YOU ARE A LOSES...

No comments: