Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 15 June 2011

AKTA ISA KAN ADA?


Perhimpunan Bersih terus dibantah
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@uusan.com.my


Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini mencetuskan kemarahan orang ramai apabila 350 laporan polis dibuat oleh NGO, parti politik, persatuan dan individu di seluruh negara sejak seminggu lalu sehingga semalam.

Rata-rata peniaga, pemandu teksi dan masyarakat kesal sekiranya perhimpunan itu tetap diteruskan dan berharap pihak berkuasa bertindak menghalangnya daripada berlaku.

Sementara itu peniaga, penjaja dan pemandu teksi dinasihat melantik peguam untuk menyaman Bersih bagi menuntut bayaran ganti rugi berikutan pendapatan terjejas semasa perhimpunan itu.

KUALA LUMPUR 14 Jun - Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kali kedua yang dirancang pada 9 Julai ini mengundang rasa marah orang ramai apabila 350 laporan polis telah dibuat di seluruh negara sejak seminggu lalu sehingga setakat hari ini.

Sumber berkata, kesemua laporan polis itu dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, persatuan dan individu.

Difahamkan, berikutan laporan polis yang terlalu banyak itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dijangka mengadakan sidang akhbar esok bagi memberi penjelasan.

"Pengadu-pengadu membuat laporan kerana tidak bersetuju dengan perhimpunan itu kerana ia akan hanya mengundang masalah," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Melihat trend itu, menurutnya lagi, jumlah laporan polis berkenaan dijangka akan berterusan sehingga tarikh perhimpunan tersebut.

Perhimpunan Bersih yang pernah diadakan pada 2007 itu dilakukan atas dasar politik dengan didalangi pemimpin politik pembangkang tertentu.

Dalam perhimpunan Bersih itu, sentimen membenci kerajaan yang dibawa penganjur telah menimbulkan kekecohan sehingga menjejaskan ekonomi, pelancongan dan cuti hari minggu warga kota.

Lantaran itu, pelbagai pihak tampil membuat laporan polis bagi menghalang perhimpunan berkenaan dilakukan untuk kali kedua.

KOMEN : GUNAKAN AJE AKTA ISA UNTUK MENCEGAH DARI NEGARA DIROSAKAN OLEH MANUSIA GILA KUASA YANG TERUS-TERUSAN CUBA MERUNTUHKAN ASAS KENEGARAAN DEMI INGIN MENAWAN PUTRAJAYA DAN MENJADI PM...

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

berani ke nak guna ISA yang dah bercendawan tu? asiklah amaran amaran amaran keras....

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Itu manusia belum berbunyi lagi walaupun laporan polis dah melambak... agaknya kalau anak dia yang kantol berarak baru dia nak ambil tindakan kot...hehehee... SAYA BERI AMARAN JANGAN SAMPAI KERIS SAYA TERHUNUS... KERIS DIA AJE YANG DIA INGAT... KERIS ORANG LAIN DIA TAK INGAT...HEHEHEE