Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 3 September 2014

POLITIK : Debat taktik licik Guan Eng

Oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF
pengarang@utusan.com.my

T. Murugiah

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, tindakan tersebut adalah taktik licik pemimpin pembangkang itu yang sengaja mencabar kewibawaan dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Guan Eng seolah-olah 'menangguk di air keruh' dengan cuba mengambil tindakan mengikut undang-undang sendiri.

"Beliau cuba melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa dan mencabar polis untuk menangkapnya. Tindakan itu dilihat sekadar mahu meraih simpati orang ramai yang tidak faham akan situasi sebenar yang berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Guan Eng yang berterusan mencabar Khalid untuk berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan PPS.

Guan Eng turut mengecam tindakan polis menahan anggota PPS semalam dan menyifatkan Khalid menyalahgunakan kuasa menerusi arahan tersebut.

Beliau turut mempersoalkan sama ada pihak berkuasa akan menahannya sama seperti Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri yang juga Pengerusi PPS, Phee Boon Poh.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli menggesa pihak polis tidak melayan kerenah kebudak-budakan Guan Eng yang cuba berlagak hero.

"Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang cuba mencabar Khalid untuk berdebat menunjukkan seolah-olah beliau ketandusan isu untuk diketengahkan.

"Polis digesa supaya mengambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa memilih bulu ke atas Guan Eng, walaupun beliau merupakan Ketua Menteri," katanya.

Timbalan Pengerusi Kuasa Ke-3, Zaharudin Atan pula berkata, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng sepatutnya menumpukan perhatian terhadap pentadbiran negerinya dengan tidak melibatkan penguasa undang-undang dalam kemelut yang melanda PPS.

"Tindakan seorang Ketua Menteri mengajak penjawat awam berdebat adalah sesuatu yang merepek dan beliau sebenarnya secara terang-terangan menunjukkan kebodohannya.

"Guan Eng mungkin mahu meraih simpati penduduk Pulau Pinang dan cuba untuk memperbodohkan mereka. Pihak polis digesa menghadapkan beliau ke muka pengadilan dan disiasat di bawah Akta Hasutan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140903/dn_08/Debat-taktik-licik-Guan-Eng#ixzz3CDUDoRO9  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: