Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 10 September 2014

MH17 : Kerajaan Ukraine beri jaminan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

HISHAMMUDDIN Tun Hussein berbincang dengan Ihor Kabanenko selepas mengadakan pertemuan dua hala di Kementerian Pertahanan Ukraine di Kiev, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kerajaan Ukraine memberi jaminan akan membantu pasukan penyiasat kembali ke lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 untuk melakukan siasatan lanjut mengenai insiden yang menimpa pesawat berkenaan dan mengheret dalang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persetujuan tersebut dicapai melalui rundingan semasa pertemuannya dengan Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Laksamana Ihor Kabanenko di Kiev hari ini.

Menurut beliau, persetujuan membabitkan beberapa perkara penting turut dicapai antaranya mengenai penyiasatan nahas tersebut serta kerjasama yang boleh dijalinkan dalam soal ketenteraan.

"Berdasarkan pertemuan itu, Kabenenko sekali lagi memberi jaminan bahawa Ukraine akan terus membantu pencarian, pemulihan dan penyiasatan semula di kawasan nahas.

"Kami bersetuju secara asasnya, pasukan siasatan antarabangsa yang dianggotai Australia, Belanda dan Malaysia mesti diberi akses yang selamat ke lokasi di bahagian timur Ukraine," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Minggu lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar seramai 30 pegawai dan anggotanya ke Donetsk bagi menyambung semula siasatan terhadap nahas yang menimpa pesawat itu pada 17 Julai lalu sehingga membunuh kesemua 298 orang di dalamnya.

Penghantaran pegawai dan anggota daripada pelbagai unit itu dibuat selepas kerajaan Ukraine dan tentera puak pemisah berjaya mencapai persetujuan gencatan senjata di kawasan konflik di timur negara itu.

Hishammuddin berkata, pasukan itu akan melakukan siasatan dengan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) serta rakan antarabangsa lain untuk mewujudkan kerjasama pelbagai hala.

"Ketua Pusat Arahan Angkatan Tentera Ukraine, Mejar Jeneral Bohdan Bondar juga telah memberi penerangan kepada saya mengenai situasi yang sangat kompleks di timur Ukraine dan kami memahami keadaan di sana sekarang masih tidak menentu dan sukar dimasuki," katanya.

Menurut Hishammuddin, beliau akan bertemu dengan Menteri Pertahanan Ukraine, Valeriy Haletey esok untuk perbincangan lanjut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140910/dn_03/Kerajaan-Ukraine-beri-jaminan#ixzz3Cs3z3viy  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: