ALOR SETAR 7 Mei - Rakyat perlu hati-hati dengan
komplot pemimpin pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui
demonstrasi jalanan kerana ia hanya memperjudikan masa depan rakyat
termasuk menyebabkan Malaysia kembali dijajah oleh negara asing.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin
pembangkang yang mendalangi demonstrasi itu mempunyai hubungan baik
dengan negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan sudah lama dijadikan
alat untuk menghancurkan negara ini.
"Sejak dahulu lagi semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang
seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pilihan AS dan
hubungannya sangat baik dengan pemimpin negara itu.
"Suatu ketika dahulu Anwar pernah membawa Naib Presiden Amerika
Syarikat, Al Gore ke sini untuk menyokong gerakan reformasi beliau. Jadi
rakyat kena berhati-hati kalau kita tersilap memilih pemimpin kita akan
dijajah semula," katanya ketika berucap pada Majlis Wacana Bersama
Tokoh Negarawan di Anak Bukit, di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir lagi, kerjasama Anwar dan pihak asing sudah
tidak dapat dipisahkan dan ia hanya menjerumuskan negara ini ke kancah
penjajahan semula jika pembangkang berkuasa.
"Badan tertentu daripada negara asing ini sanggup membiayai
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan demonstrasi terbabit.
"NGO ini memerlukan wang untuk menjayakan agenda mereka tanpa
mengetahui bahawa mereka sudah diperalatkan. Begitu juga dengan parti
politik pembangkang kerana kemasukan dana dari luar sudah lama berlaku
sejak saya menjadi Perdana Menteri lagi," katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Dr. Mahathir berkata,
pembangkang melakukan rusuhan jalanan dalam perhimpunan Bersih 3.0
kerana kurang berkeyakinan bahawa mereka akan menang menerusi proses
demokrasi.
"Sudah banyak kali mereka mencuba tetapi tidak pernah menang, jadi
mereka sudah bersedia kali ini kalau kalah lagi mereka akan cetuskan
huru-hara. Mereka memburukkan imej kerajaan dengan harapan mereka mudah
menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat kelak.
"Namun, saya percaya sebagai rakyat yang sangat bersyukur dan tahu
menilai bahawa kesejahteraan yang dicapai hasil perjuangan kerajaan
mentadbir dengan baik, jadi tidak perlu kita marah sangat hanya kerana
ada pihak cucuk (hasut) kita untuk marahkan kerajaan," katanya.
Menyentuh tentang usaha pembangkang dan perusuh Bersih 3.0 cuba
menjatuhkan imej pihak berkuasa, kata beliau, ia merupakan langkah
terdesak pembangkang untuk menghalalkan perbuatan mereka mengadakan
rusuhan dan merosakkan keamanan negara.
"Mereka (perusuh) sebarkan berita kononnya polis ganas dan kejam
dengan harapan rakyat akan memberontak sedangkan semua tahu apa yang
berlaku adalah polis cuba melakukan tugas mereka mengelak rusuhan dan
ada di antaranya cuba mempertahankan diri," katanya.
KOMEN : ORANG BUTA HATI DAN BODOH AJE YANG PERCAYA SEGALA DAKYAH JAHAT PUAK PEMBANGKANG NI... JOM KATAKAN TIDAK KEPADA PUAK PEMBANGKANG...
No comments:
Post a Comment