Bersih 4.0 tawar hadiah kereta Lamborghini, BMW
DARI UTUSAN MALAYSIA24/5/2012
KUALA LUMPUR 23 Mei - Penganjur Bersih 4.0
menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta
melalui kempen 'Bersih 4.0 Cintakan Keamanan'.
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal
Md. Yunus berkata, sebuah Lamborghini Gallardo dan BMW 530 bakal menjadi
hadiah cabutan bertuah di laman peminat Facebook Bersih 4.0 yang akan
dilancarkan tidak lama lagi.
"Kita tawarkan sebuah kereta BMW bernilai RM220,000 untuk seorang pemenang bertuah apabila laman ini mencecah 150,000 pengikut.
"Kemuncak hadiah adalah sebuah Lamborghini yang akan dicabut sebagai
hadiah utama apabila pengikut mencapai sejuta orang," katanya kepada
pemberita di Restoran Sekinchan di sini hari ini. Jamal berkata, hadiah akan ditawarkan kepada pengguna Facebook yang
berbelanja di mana-mana Restoran Sekinchan dengan mengemukakan bukti
pembelian di laman berkenaan.
Beliau yang juga pemilik rangkaian restoran itu berkata, hadiah
tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga
Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada
perhimpunan haram dan rusuhan.
"Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan
menyeru orang ramai supaya menyertai kempen 'Cintakan Keamanan' sebagai
bantahan kepada Bersih yang satu lagi.
"Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup
kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara,"
katanya.
Sementara itu, Jamal memberitahu, pihaknya akan meneruskan
perhimpunan peniaga dan penjaja di kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk
S. Ambiga walaupun pihaknya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk
Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.
"Pasar malam di Jalan Setiakasih 1 akan diteruskan sebagai protes
terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian para peniaga dan
penjaja pada hari perhimpunan Bersih.
"Kami golongan peniaga dan penjaja yang tidak tahu undang-undang akan
berniaga walaupun petak niaga yang dicat sebelum ini sudah dipadam
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya. Jamal turut menangkis tohmahan yang mengaitkan pihaknya sebagai alat kepada parti-parti tertentu. "Apa yang kita lakukan bukan untuk bermusuh dengan mana-mana pihak kerana kami bebas daripada pengaruh parti politik.
"Ini adalah tindakan susulan kerana pada Bersih 1.0 ramai yang masih
bersabar, Bersih 2.0 mereka mula marah dan baru-baru ini Bersih 3.0
ramai yang hilang sabar," katanya.
Jamal berkata, pasar malam yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat
ini turut mendapat sokongan daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dan persatuan penduduk.
KOMEN : TAK RUGI MENCUBA... MANA TAHU TUAH DIRI ANDA... MENANG... NAK TANYALAH, YANG PERGI MERUSUH BERSIH 3.0 TU LAYAK TAK MENCUBA...?
No comments:
Post a Comment