RM15,000 setiap keluarga
JERANTUT 8 Mei - Kira-kira 112,000 warga peneroka
Felda hari ini mendapat khabar gembira yang membolehkan mereka
tersenyum lebar apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian
'durian runtuh' sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga melibatkan
jumlah keseluruhan RM1.689 bilion.
Perdana Menteri berkata, pemberian durian runtuh itu melibatkan tiga
fasa iaitu fasa pertama, setiap ketua keluarga akan menerima RM5,000
seorang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM563.715 juta.
Untuk pemberian fasa kedua, katanya, sebanyak RM5,000 lagi akan
diagihkan kepada isteri peneroka sebagai mengiktiraf peranan yang
diberikan oleh golongan tersebut.
Bagi fasa ketiga pula, menurutnya, sebanyak RM5,000 lagi akan
diberikan kepada generasi kedua Felda bagi membolehkan bukan sahaja
suami malah isteri dan anak warga peneroka juga menerima durian runtuh
tersebut.
"Durian runtuh ini adalah lebih hebat daripada Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M), ini bukan BR1M tetapi 'broomm' macam bunyi seperti
kereta 'broomm.'
"Bukan sahaja generasi pertama Felda dapat, isteri juga dapat dan
anak-anak mereka juga dapat," katanya ketika berucap di hadapan
kira-kira 50,000 warga peneroka sempena Majlis Sejahtera Peneroka
Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri
Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi
Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Najib berkata, durian runtuh itu tidak berakhir begitu sahaja kerana
ada pula 'durian gugur' iaitu tabung amanah, 'blue form' atau borang
biru untuk saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kepada warga
peneroka dan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membaik pulih
kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.
Beliau berkata, untuk tabung amanah, sebanyak 20 peratus saham FGVH
akan dimasukkan ke dalam tabung milik warga peneroka tersebut.
"Kalau FGVH dapat untung RM1.5 bilion seperti mana kita jangka tahun
ini, tahun depan tolak cukai dan sebagainya maka setiap warga peneroka
akan menerima RM1,331 sebagai tambahan kepada durian runtuh," katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, kakitangan Felda juga tidak dilupakan apabila mereka akan diberikan 'pink form' atau borang merah jambu saham serta mendapat bonus khas petugas Felda sebanyak dua bulan setengah.
"Durian runtuh dan durian gugur ini sebenarnya begitu luas
pengertiannya, bukan sahaja peneroka, isteri, anak peneroka dan petugas
Felda mendapat faedah malah kampung-kampung lama dan tradisional juga
dapat.
"Inilah kejayaan kita (kerajaan) menguruskan Felda dan negara dan
buktinya durian runtuh dan durian gugur ini dapat diberikan," katanya
yang selepas itu mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai yang
hadir pada program tersebut.
Sementara itu, dalam sidang akhbarnya, Perdana Menteri berkata,
pemberian fasa pertama durian runtuh itu akan diberikan bermula hari ini
dan dijangka selesai dalam masa dua ke tiga minggu.
"Fasa kedua akan saya umumkan selepas pemberian fasa pertama selesai
dan fasa ketiga akan diberikan selepas penyenaraian FGVH. Ia akan
disampaikan oleh jentera Felda dan wakil-wakil rakyat di setiap
kawasan," katanya.
KOMEN : KALAU TAK MALU AMBILLAH RM15,000 TU, BANYAK....TU... MEREKA AKAN GUNAKAN FATWA NIK AZIZ... KERAJAAN BN BAGI AMBIL, TAPI UNDI PAS... MASUK SYURGA NIK AZIZ....
2 comments:
Jangan di bagi. Duit tu boleh di agih semula untuk penyokong2 BN.... ape kata weh. Biar meka2 tu kempunan hingga mengigit jari.
Assalam Anon.
Saya sokong aje, sebab mereka pun sering menentang kebaikan yang dilakukan kerajaan untuk peneroka FELDA... Secara tak langsung mereka menyekat rezeki orang lain untuk maju... tendang aje dari FELDA...
Post a Comment