Bantah tetapi tak tolak habuan
KUALA KRAU 17 Mei - Dulu dua peneroka ini adalah
antara lapan orang yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian
Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB). Namun hari ini, mereka menebalkan muka dan menelan segala tohmahan
yang mereka lontarkan sebelum ini apabila tampil mengambil cek durian
runtuh fasa pertama sebanyak RM5,000.
Dua peneroka berkenaan ialah Abdullah Mohd., 60, dari Rancangan Jengka 15 dan Idris Mat Sah, 61, dari Jengka 14.
Abdullah mengambil cek tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari manakala Idris pada pukul 2.30 petang.
Menariknya, 'modus operandi' mereka terdapat persamaan apabila
kedua-duanya datang ke Pejabat Pengurus Felda masing-masing dalam
keadaan tergesa-gesa. Seperti 'malu-malu tetapi mahu', pelbagai alasan diberikan termasuk
mempunyai urusan lain untuk membolehkan mereka segera meninggalkan
pejabat pengurus.
Bagaimanapun, Abdullah masih sempat 'ditarbiah' terlebih dahulu
ketika mengambil cek berkenaan oleh Pengurus Jengka 15, Ab. Rasib Che
Awang. Abdullah diingatkan supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku supaya tidak mendengar dakwaan dan fitnah pihak luar.
Peneroka itu yang juga seorang pemilik kedai barang binaan turut
diingatkan bahawa Felda tidak menipu peneroka selepas pembangkang
mendakwa wang tersebut hanya janji kosong.
Di Jengka 14 pula, situasi mencuit hati berlaku apabila Idris pada
mulanya buat-buat bertanyakan wang lebihan hasil sebaik sahaja datang ke
pejabat pengurus. Seakan menyedari tidak ramai mata yang melihat, Idris yang datang
bersama-sama seorang rakan sealirannya cepat-cepat bertanyakan cek
durian runtuh.
Sementara menunggu proses menandatangani dokumen berkaitan, mereka
sempat 'dibasuh' berhubung kesilapan menghalang penyenaraian FGVHB.
Abdullah dan Idris dijemput mengambil cek durian runtuh fasa pertama
itu pada majlis penyerahan semalam yang disempurnakan Ahli Parlimen
Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said. Namun kedua-duanya bersama tiga lagi peneroka Jengka 15 yang turut
memfailkan injunksi menghalang penyenaraian FGVH, tidak hadir.
Sebelum ini terdapat lapan peneroka iaitu lima dari Jengka 15, dan
masing-masing seorang dari Jengka 14, Jengka 4 dan Jengka 17 memfailkan
injunksi berkenaan.
Namun bagi penyerahan cek durian runtuh fasa pertama itu, hanya enam
yang terlibat manakala dua lagi iaitu Rokiah Sulong dari Jengka 15
terlibat untuk fasa kedua manakala Rosdi Ismail juga dari rancangan sama
merupakan penerima fasa ketiga.
Sehingga pejabat pengurus Jengka 15 ditutup pada pukul 5 petang ini,
dua peneroka lain belum mengambil cek berkenaan iaitu Alias Ibrahim dan
Abd. Rahim Abd. Rahman. Sementara itu, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din
berkata, cek kepada dua peneroka dari Jengka 17 dan 4 boleh diambil pada
majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Kepada dua peneroka Jengka 15 itu yang belum mengambil cek, mereka
boleh datang ke pejabat pengurus untuk mengambilnya," katanya.
KOMEN : REZEKI MEREKA AMBIL, BANGKANG TETAP BANGKANG, UNDI PAS MASUK SYURGA... AJARAN SESAT SIAPA TU?... SAMAN AJE MANUSIA YANG TAK SEDAR DIRI NI... MACAM PENYAMUN...
No comments:
Post a Comment