Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 May 2012

3.3 juta kerja menjelang 2020


MUHYIDDIN Yassin (tiga dari kiri) menyaksikan Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsudin (tiga dari kanan) melancarkan buku Tuan Guru Haji Mohd. Yassin: Tokoh Ilmuwan Islam Terbilang di pekarangan Masjid Sultan Ibrahim, Muar, Johor, semalam. - MINGGUAN/ISHAK RAHMAD

PAGOH 19 Mei - Kira-kira 3.3 juta peluang kerja disediakan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluang kerja tersebut terdapat dalam 12 sektor baru yang kini menjadi pemangkin utama ekonomi negara.

"Sektor minyak dan gas adalah bidang yang utama selain sektor pembinaan, pendidikan, perkilangan, pelancongan, perubatan, pertanian dan sebagainya.

"Jadi, dalam tempoh lapan tahun pekerjaan baru ini disediakan dan peluang ini kita kena sambut dan apa yang perlu ialah mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran," katanya semasa merasmikan Karnival Kerjaya 2012 di Dewan Karisma Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh, di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi memastikan usaha itu tercapai, tenaga kerja muda yang berpengetahuan dan berkemahiran amat diperlukan bagi mengisi kekosongan tersebut. Justeru, Muhyiddin meminta IKBN dan institusi kemahiran lain supaya memainkan peranan dengan melahirkan lebih ramai tenaga yang menepati kehendak pasaran kerja.

Beliau berkata, dengan perkembangan itu dan peluang kerja yang banyak, istilah pengangguran di Malaysia sebenarnya tidak wujud iaitu pada kadar hanya dua peratus.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika rakyat negara ini yang masih menganggur memberikan alasan tiada peluang pekerjaan, mereka sebenarnya tergolong sebagai pemalas dan memilih kerja. Selepas merasmikan karnival berkenaan, beliau turut meluangkan masa bersarapan di Jangka Beringin, berhampiran pekan Pagoh dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

Sementara itu ketika berucap pada majlis Hari Keluarga Kumpulan Leong Hup di padang Kompleks Sukan Pagoh di sini, Timbalan Perdana Menteri mahu rakyat mempertahankan keharmonian dan kestabilan politik di bawah kerajaan Barisan Nasional supaya ekonomi negara terus berkembang maju.

Oleh yang demikian, beliau mengajak rakyat menolak hasutan pihak tertentu supaya menjatuhkan kerajaan sedia ada. "Kita mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi dalam tempoh lapan tahun lagi," katanya. Turut hadir ialah Pengarah Urusan kumpulan tersebut Tan Sri Francis Lau.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, kerjasama antara kerajaan dan syarikat pembekal makanan di negara ini turut membantu perkembangan ekonomi.

Beliau memberikan contoh bagaimana Kumpulan Leong Hup yang merupakan pengeluar bekalan daging ayam terbesar di negara ini dapat membantu mengekalkan harga ayam pada kadar munasabah walaupun terpaksa berhadapan kenaikan harga bahan makanan ternakan.


KOMEN : TERIMAKASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL...

No comments: