Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 13 May 2012

Serbu gereja selepas siasat tujuh bulan


DARI UTUSAN MALAYSIA
12/5/2012



SHAH ALAM 11 Mei - Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin (gambar) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama dilakukan berikutan terdapat usaha untuk memesongkan akidah orang Islam oleh gereja tersebut.

Beliau yang memberi keterangan dalam kes saman fitnah UMNO Selangor terhadap Pas berkata, bukti-bukti itu diperoleh selepas pemerhatian dan siasatan dibuat oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) JAIS selama tujuh bulan.

"Serbuan dibuat selepas Bahagian R&D membuat pemerhatian dan siasatan selama tujuh bulan bagi mengumpul maklumat yang tepat sebelum diserahkan kepada bahagian penguatkuasaan. "Berdasarkan laporan, terdapat unsur-unsur serta bukti wujudnya usaha untuk mengkristiankan orang-orang Islam di gereja itu," jelas beliau semasa disoal oleh peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili UMNO Selangor.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mewakili UMNO Selangor selaku plaintif memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagi menuntut ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah parti itu dalam satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Harakah edisi 19-21 Ogos tahun lalu.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd.; penyunting Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel 'Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS', Khairul Azlam Mohamad.

Menurut Marzuki, berdasarkan siasatan dan laporan terperinci oleh bahagian tersebut, beliau membuat kesimpulan bahawa tiada sebarang pembabitan mana-mana parti politik dalam isu tersebut. Beliau juga mengesahkan maklumat- maklumat yang membawa kepada serbuan itu juga tidak diperoleh dan tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Menjawab soalan peguam Dr. Zulqarnain Lukman yang mewakili Ahmad Lutfi dan Khairul Azlam, Marzuki mengesahkan tindakan serbuan itu dimaklumkan kepada bekas Exco Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali pada keesokan harinya.

Beliau juga mengaku tidak dimaklumkan tentang serbuan itu sehingga keesokan harinya kerana ia merupakan prosedur Bahagian Penguatkuasaan JAIS selain mereka tidak memerlukan izin beliau untuk bertindak.

Ditanya tentang permintaan Mustafa untuk mengadakan pertemuan dengan JAIS, beliau memberitahu, ia tidak dapat dilakukan berikutan titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

"Saya bertanggungjawab memberitahu perkara itu kepada Datuk Hasan kerana beliau Exco yang menjaga hal ehwal agama Islam. Sepatutnya Datuk Hasan yang bertanggungjawab maklumkan kepada Datuk Mustafa," jelasnya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Zaki Husin bersambung pada 14 dan 15 Jun ini.

No comments: