Keburukan Anwar terdedah lagi
KUALA LUMPUR 13 Mei - Senator Mohamad Ezam Mohd.
Noor secara terbuka mengakui sanggup bersumpah bahawa Datuk Seri Anwar
Ibrahim pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad
Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula.
Ahli Dewan Negara tersebut berkata, perkara itu berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Katanya, tindakan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri
tersebut adalah usaha terakhirnya untuk menggagalkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus memegang tampuk kerajaan di
negara ini.
"Saya ada bukti kukuh untuk kejadian ini. Tujuan Anwar hanya satu
iaitu mahu Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam
UMNO dan kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk
Seri Najib.
"Kenapa beliau lakukan ini? Kerana Anwar tahu Perdana Menteri kita
cerdik, cekap dan antara pemimpin UMNO yang tahu perilaku buruk dan
terkutuknya sewaktu dalam kerajaan," katanya.
Beliau berucap pada ceramah kedua Sumpah Keramat Kelab Tolak Individu
Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) 2012 Peringkat Parlimen Gombak di sini
malam semalam.
Mohamad Ezam juga mendedahkan, Anwar dalam mencapai cita-citanya
untuk menjadi Perdana Menteri, pernah membawa seorang rakan ulama
Abdullah dari Surabaya, Indonesia bagi memujuk bekas Perdana Menteri itu
meletakkannya di peringkat tertinggi dalam UMNO.
"Saya juga yang membawa Anwar pergi ke pesantren di Surabaya itu
untuk memujuk kiai atau ulama berkenaan datang ke Malaysia iaitu di Seri
Perdana yang ketika itu kediaman Pak Lah.
"Anwar memujuk kiai itu agar berbohong kepada Pak Lah kononnya telah
mendapat satu mimpi mengatakan Anwar paling layak menjadi pengganti Pak
Lah, tetapi dengan izin Tuhan, Pak Lah tidak berkesempatan berjumpa kiai
terbabit," katanya.
Mohamad Ezam berkata, Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa
sahaja asalkan beliau dapat memerintah Malaysia dan memuaskan nafsu
serakahnya dalam banyak perkara.
Menurutnya, Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah
menyifatkan Najib yang sewaktu itu Exco Pemuda UMNO sebagai individu
paling berpotensi menerajui negara kerana kepandaian dan kecerdikan yang
ada padanya.
"Justeru, tidak hairanlah kenapa Anwar begitu drastik melakukan
pembohongan demi pembohongan untuk menjatuhkan Perdana Menteri kerana
beliau terlalu takut dengan individu yang bernama Najib," katanya.
KOMEN : MEMANG DASAR MUKA TAK MALU DAN GILA KUASA....
No comments:
Post a Comment