Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 13 May 2012

Jangan izin 'tangan kotor' tadbir negara


Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN 
rodelio.taucan@utusan.com.my

Hasan Ali

PASIR MAS 12 Mei - Sokongan menjunam terhadap pakatan pembangkang di seluruh negara menunjukkan rakyat sudah tidak sabar untuk memastikan negara tidak jatuh ke 'tangan-tangan yang ternoda' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau dapat melihat sendiri angin perubahan yang melanda itu selepas melakukan siri ceramah selama 102 malam berturut-turut di seluruh negara sejak dipecat daripada jawatan Exco Agama kerajaan Selangor dan Pesuruhjaya Pas negeri itu. Jelas beliau, faktor kerisauan rakyat itu diperkukuhkan lagi dengan penambahbaikan yang dibuat oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama UMNO dan pemimpin mewakili parti Bebas.

"Sokongan ini bukan sahaja di Pasir Mas, tetapi menjalar di seluruh negara untuk kita memastikan Malaysia tidak pergi ke 'tangan-tangan' yang akan memporak-porandakan negara, tangan yang sudah saya sebut dan sudah pemimpin-pemimpin lain sebut.

"Tangan-tangan yang mempunyai masalah besar dari segi agama Islam, masalah moral dan akhlak yang boleh dipersoalkan tindak- tanduk mereka bukan sahaja di peringkat individu tetapi keluarga dan masyarakat, maka jangan sesekali kita izinkan tangan ini mentadbir bumi Malaysia," katanya selepas menyampai ceramah pada majlis Ceramah Penerangan Nasional Isu-Isu Semasa, Islam, Melayu dan Raja di Dataran Stesen Kereta Api Pasir Mas yang dihadiri hampir 10,000 rakyat di sini malam tadi.

Turut berceramah pada malam itu adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali.

Hasan berkata, dalam setiap siri ceramahnya, beliau melihat kehadiran ramai rakyat dan ia merupakan gambaran kepada perubahan sokongan dalam landskap politik tanah air berbanding selepas pilihan raya umum 2008.

"Rakyat tidak dibayar, tetapi mereka datang sendiri dan malam ini ramai sama seperti ketika saya pergi ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu baru-baru ini begitu juga di Johor, Pahang, Perlis, malah seluruh negara," katanya.

Terdahulu dalam ceramahnya, Hasan memaklumkan Jati berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyerahkan memorandum yang antara kandungannya adalah untuk menegakkan Islam di negara ini.

"Jika kita mencapai jumlah keahlian 100,000 orang, saya akan berjumpa beliau (Perdana Menteri) dan menyerahkan memorandum. Perkara pertama dalam memorandum itu nanti adalah mewajibkan pengajian agama Islam bermula di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga peringkat lebih tinggi," katanya.

No comments: