Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 13 May 2012

RESOLUSI DAH DIJANGKA...

Mesyuarat Agung Luar Biasa lulus resolusi kecam polis
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/5/2012


KUALA LUMPUR 11 Mei - Seperti diduga, Majlis Peguam yang mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa hari ini meluluskan resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Resolusi yang mempunyai 12 perkara itu antaranya mempertikaikan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata terus ke arah peserta himpunan dan tidak memberikan ruang kepada kumpulan itu untuk bersurai.

Selain itu, resolusi berkenaan turut meminta Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk meningkatkan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain Suruhanjaya Bebas mengenai aduan dan salah laku PDRM.

Resolusi tersebut merupakan susulan daripada Laporan Interim Majlis Peguam mengenai perhimpunan Bersih yang disusun daripada pemerhatian 78 orang sukarelawannya yang membuat pemantauan di enam lokasi semasa perhimpunan itu berlangsung.

Seramai 1,270 ahli Majlis Peguam menghadiri mesyuarat agung luar biasa pertubuhan itu dengan 939 undi menyokong resolusi tersebut manakala 16 lagi membantah.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, pihaknya akan mengemukakan memorandum berkenaan resolusi tersebut kepada pihak PDRM pada waktu terdekat ini.

Beliau tidak mengenepikan kemungkinan Majlis Peguam akan berarak bagi menyerahkan memorandum itu memandangkan ada cadangan tersebut daripada ahli Majlis Peguam.

Ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan berlakunya perhimpunan Bersih 4.0, Chee Wee memberitahu, Majlis Peguam akan mengambil sikap berkecuali tetapi menyokong mana-mana perhimpunan aman yang akan diadakan.

Sementara itu, mengulas mengenai Panel Penasihat Bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0, Chee Wee mempertikaikan pelantikan Tun Haniff Omar sebagai ketua panel tersebut.

Katanya, Haniff tidak layak untuk mengetuai panel berkenaan kerana bekas Ketua Polis Negara itu pernah mengkritik perhimpunan Bersih 3.0 sebelum ini termasuk membuat kenyataan mengenai adanya peserta perhimpunan itu adalah ahli komunis.

Menurutnya lagi, panel bebas itu juga tidak mempunyai kerangka perundangan yang secukupnya dan imuniti perundangan sebagaimana sebuah Suruhanjaya Diraja.

KOMEN : MAJLIS PEGUAM NI TAK RELEVAN PUN SEBAB ALIRAN PEMIKIRAN MEREKA BERPIHAK KEPADA PUAK PEMBANGKANG... JADI TAK PERLULAH KERAJAAN BERSUSAH PAYAH MELAYAN RESOLUSI MEREKA... MEREKA MENYOKONG JENAYAH YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PERUSUH BERSIH 3 PADA 28/4/2012... PEGUAM-PEGUAM MELAYU BERAGAMA ISLAM TAKAN MASIH NAK SOKONG MAJLIS PEGUAM NI...? LU FIKIRLAH SENDIRI?

No comments: