Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 27 May 2012

TAHNIAH PAS - SEMUANYA SALAH UMNO

Kuota haji perlu campur tangan PM

Jamil Khir Baharom berbincang dengan Fahad Al Rashid berkenaan isu kuota haji semasa menerima kunjungan hormat Duta Arab Saudi itu di bangunan Tabung Haji di Kuala Lumpur, semalam. - Ihsan Tabung haji

KUALA LUMPUR 25 Mei - Hubungan baik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Aziz Al-Saud diharap dapat membantu memastikan kuota haji untuk jemaah Malaysia tidak terjejas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, 'bantuan' tersebut diperlukan memandangkan kerajaan Arab Saudi memandang serius kesan negatif perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

"Saya akan meminta Perdana Menteri untuk menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi dan saya berharap hubungan baik antara Datuk Seri Najib dan Raja Abdullah akan memudah dan menyelesaikan masalah kuota haji," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail dan Pengurus Besar Kanan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Isu kuota haji timbul baru-baru ini kerana kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan perhimpunan haram di tanah suci itu.

Menurut Jamil Khir, kuota haji jemaah Malaysia berada dalam keadaan yang membimbangkan dan Duta Arab Saudi sendiri turut mempersoalkan tindakan rakyat Malaysia melakukan demonstrasi tersebut sedangkan banyak negara Islam lain yang berhadapan masalah lebih teruk tidak pernah melakukannya.

"Duta Arab Saudi menyebut ada negara yang menghadapi masalah seperti Mesir, Libya, Tunisia dan Iraq tetapi masalah itu tidak dibawa ke tempat mereka (Mekah dan Madinah) sebab ia tempat ibadat," katanya. Kata Jamil Khir, kerajaan sedang mengambil langkah awal untuk mengatasi masalah itu dan beliau sendiri akan menulis surat kepada Menteri Haji dan Waqaf Arab Saudi bagi meminta kuota haji Malaysia seramai 28,000 orang tidak dikurangkan.

Jelas beliau, dengan pengesahan kuota secara lazimnya akan diberitahu pada awal Ramadan, kerajaan juga khuatir kelewatan berlaku dalam pengesahan tersebut yang boleh menjejaskan segala persiapan yang telah disusun untuk musim haji tahun ini.

Tambahnya, sebarang pengurangan kuota akan merencatkan urusan penghantaran jemaah Malaysia secara menyeluruh kerana seramai 930,000 orang kini berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji.


KOMEN : PAS HANYA MAMPU MELAKUKAN KEROSAKAN KEATAS NAMA BAIK MALAYSIA... TAHNIAH KERANA MENYUSAHKAN BAKAL JEMAAH HAJI MALAYSIA... TOLAK PAS UNTUK KEBAIKAN UMMAH...

No comments: