KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang peguam yang lantang menyuarakan
penubuhan badan baru bagi menggantikan Majlis Peguam, hari ini
menyatakan kesediaan untuk memberi khidmat guaman percuma kepada
mana-mana anggota polis yang didakwa melakukan kekerasan ketika
perhimpunan haram Bersih 3.0, April lalu.
Peguam berkenaan, Abu Backer Sidek berkata, khidmat itu bagi membela anggota polis berkenaan menghadapi pertuduhan di mahkamah.
Menurutnya, kesediaannya itu adalah ekoran keputusan terburu-buru
Majlis Peguam mengeluarkan resolusi menghentam dan meletakkan kesalahan
kepada polis mengenai perhimpunan haram tersebut dalam Mesyuarat Agung
Luar Biasa (EGM) majlis itu baru-baru ini.
''Majlis Peguam membuat resolusi yang berat sebelah kerana tidak mahu
membela polis yang didakwa mengasari perusuh jalanan tetapi hanya
memihak kepada perusuh yang menghentam polis. Majlis Peguam telah
menjadikan polis sebagai sasaran menghentam kerajaan dan cubaan
melagakan rakyat dan pasukan keselamatan supaya masyarakat membenci
golongan tersebut.
''Justeru, saya dan bersama sebahagian peguam lain bersepakat
menawarkan khidmat guaman percuma termasuk jaminan kepada anggota polis
yang didakwa akibat provokasi perusuh jalanan. Kami turut menawarkan
khidmat guaman sivil kepada anggota polis yang dikasari perusuh,''
katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai dua anggota polis yang dihadapkan ke
Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan menggunakan kekerasan
jenayah terhadap seorang jurugambar pada perhimpunan haram Bersih 3.0,
28 April lepas.
Lans Koperal Mohd. Khairul Asri Mohd. Sobri, 30, yang bertugas di Ibu
Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim, Perak manakala Konstabel Shahrul
Niza Abd. Jalil, 24, dari IPD Dang Wangi didakwa mengikut Seksyen 352
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau
denda RM1,000 atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau berpendapat, polis yang dikatakan mengasari peserta
perhimpunan adalah akibat daripada tindakan peserta itu sendiri yang
memaki hamun dan membuat provokasi terhadap pihak keselamatan itu ketika
bertugas.
Ujarnya, maklumat lanjut mengenai tawaran khidmat guaman percuma itu akan disiarkan menerusi laman blognya, http://mppm2012.blogspot.com.
KOMEN : TERIMAKASIH KEPADA SEMUA PEGUAM YANG PRIHATI...
1 comment:
Tahniah and Terima Kasih kepada mereka yg menghargai/sudi memberikan perkhidmatan ini. Perjuangan Pihak Polis bukan harap dipuji tapi JGN le sbb mengikut nafsu beberapa Beruk, Polis pula diKeji hanya krna menjalankan tugas mereka. Terima Kasih sekali lagi kpd barisan Peguam2 ini wlupun pucuk pimpinan sendiri mendiamkan diri membiarkan Peg/Ang menghadapi kesulitan bila menjalankan Tugas...
Post a Comment