Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 20 May 2012

JARUM ANWAR TUMPUL


Badan korporat AS yakin pelaburan di Malaysia 
DARI UTUSAN MALAYSIA 
19/5/2012  
Zulkefli Hamzah
NAJIB Tun Razak bersalaman dengan Eugene A. Delaney pada rundingan meja bulat di New York, kelmari. - BERNAMA

NEW YORK 18 Mei - Badan-badan korporat dan ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) melahirkan rasa puas hati dan yakin terhadap potensi pelaburan di Malaysia terutama dari segi dasar mesra pelabur, insentif, perlindungan harta intelek dan persekitaran pelaburan yang disediakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menemui mereka pada majlis meja bulat di Harvard Club sebelum disusuli dengan pertemuan lanjutan berkata, selain mahu meneruskan pelaburan sedia ada beberapa syarikat menunjukkan minat membuat pelaburan di Malaysia.

Menurutnya, salah satu daripada syarikat pengeluar minyak terbesar dunia, ConocoPhilips telah melabur sebanyak AS$$1.2 bilion (RM3.6 bilion) untuk pengeluaran minyak di luar pesisir Sabah yang bakal mengeluarkan 300,000 tong minyak sehari pada tahun 2016.

"Conoco akan membuat pengeluaran pertama pada akhir 2013 dan kemuncaknya pada 2016 dengan pengeluaran dijangka mencecah 300,000 tong sehari iaitu separuh daripada pengeluaran sekarang. Conoco juga akan melabur AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) lagi untuk pengeluaran itu.

"Ini merupakan satu perkembangan yang akan membantu kita meningkatkan daya pengeluaran minyak negara ke tahap lebih tinggi," katanya kepada wartawan Malaysia selepas pertemuan itu di sini.

Pada pertemuan rundingan meja bulat perniagaan bersama pemimpin syarikat di AS itu, ConocoPhilips diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif Perdagangan, Pembangunan Perniagaan dan Perancangan Korporat, Don Wallette.

Perdana Menteri berkata, syarikat penternakan udang karang AS, Darden Acqua Farm juga dijangka memulakan pelaburan yang besar untuk membiak udang karang di perairan Semporna dan Lahad Datu di Sabah.

Darden juga ialah pengendali rangkaian restoran makanan laut terkemuka AS, Red Lobster dan Eugene A. Delaney The Capital Grille.

"Mereka telah mengenal pasti Sabah sebagai satu kawasan untuk pembiakan dan penternakan udang karang secara besar-besaran berdasarkan kaedah penternakan kontrak. Masyarakat tempatan boleh mengambil bahagian dan mereka akan membeli segala yang dapat dihasilkan petani di kawasan tersebut," kata Najib.

Motorola yang telah berada di Malaysia selama kira-kira 40 tahun pula kata beliau, mengesahkan untuk menambah 250 peluang pekerjaan, bukan 100 peluang pekerjaan yang dijanjikan oleh syarikat itu tahun lalu. Motorola yang diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif Motorola Solutions, Gene Delaney, menurut Najib, akan membina bangunan tujuh tingkat di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, terdapat beberapa syarikat AS lain yang menunjukkan minat untuk menambah pelaburan mereka di Malaysia, namun belum mengesahkan keputusan itu termasuk Eastman Chemical yang mempunyai pelaburan di Kuantan, Pahang bagi pengeluaran produk polimer.

"Mereka dijangka menambah jumlah pelaburan sebanyak AS$350 juta. Ini belum lagi disahkan tetapi mereka telah membayangkan kemungkinan akan buat keputusan tersebut," jelasnya.

Selain itu, Najib berkata, beliau juga telah meluluskan permohonan syarikat Ocean Thermal Energy Corporation untuk menjalankan kajian menjana tenaga elektrik dari kawasan laut dalam di Sabah. Diminta mengulas pertemuannya dengan bekas Senator Missouri, Christopher Samuel "Kit" Bond, yang juga bekas Gabenor Missouri, Perdana Menteri berkata, Senator Kit Bond ialah kawan lama Malaysia dan menyatakan kesediaan untuk membawa lebih ramai pelabur AS ke Malaysia.

Najib yang tiba di sini Rabu untuk mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di Akademi Sains New York (NYAS) berlepas ke Washington D.C. pada Jumaat. - UTUSAN


KOMEN : KEMPEN ANWAR MEMBURUKAN NEGARA DI US TIDAK DILAYAN... JARUM ANWAR SEMAKIN TUMPUL DAN BERKARAT...

No comments: