Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 3 May 2012

BLOG PEMBANGKANG MANA ADA CERITA INI...

Bersih: NGO sumbang makanan hargai jasa polis
DARI UTUSAN MALAYSIA
2/5/2012
DARI kiri; Tan Kian Soon, Ezaruddin Abd. Rahman dan Reghu Deva Lopez menyerahkan bunga sebagai tanda sokongan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Mei - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyampaikan sumbangan berupa bungkusan makanan tengah hari sebagai menghargai jasa pasukan Polis Diraja Malaysia yang bertugas semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu. Sumbangan itu disampaikan oleh Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBG1M) dan Majlis Belia India Malaysia kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pukul 1 petang ini.

Menurut Naib Presiden GPMS, Ezaruddin Abd. Rahman, pihaknya memberi sokongan padu terhadap pasukan polis yang telah bertungkus-lumus menangani peserta yang bertindak ganas dalam perhimpunan tersebut.

Katanya, sebagai sebuah NGO, pihaknya kesal dengan pemikiran sempit di kalangan peserta perhimpunan yang sanggup menyerang pegawai keselamatan yang bertugas ketika itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, mereka tidak sepatutnya memukul polis dan wartawan yang bertugas serta merosakkan harta benda semata-mata ingin melakukan bantahan terhadap pemerintah.

"Justeru, kita meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta perhimpunan Bersih kerana telah bertindak melampaui batas dan mencemarkan imej negara di mata dunia," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Katanya, pihaknya juga meminta supaya kerajaan jangan bertolak ansur dengan memberi kebebasan kepada mana-mana pihak untuk bersuara dan memberi pandangan terhadap sesuatu isu melalui perhimpunan sebegitu.

Sementara itu, Presiden KBG1M, Tan Kian Soon berkata, pihaknya meminta penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan orang ramai yang mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 menyaman pihak penganjur.

"Kerosakan yang ditimbulkan ke atas harta benda awam merupakan satu kesalahan yang turut melanggar undang-undang negara dan hak asasi manusia.

"Keganasan yang ditimbulkan oleh peserta semasa perhimpunan haram itu diadakan turut menggugat keyakinan pelabur untuk menjalankan perniagaan sekali gus menjejaskan ekonomi negara," ujarnya. 

Katanya, pihaknya juga meminta penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga belajar semula undang-undang negara agar memahami apa itu hak asasi manusia yang sebenar.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Majlis Belia India Malaysia, Reghu Devan Lopez berkata, sebagai sebuah NGO yang mewakili kaum India, pihaknya merasakan kebebasan untuk berhimpun telah disalahgunakan untuk kepentingan parti pembangkang.

"Malaysia telah mengecapi keamanan untuk sekian lama, justeru, mereka sengaja menimbulkan kekacauan di dalam negara bagi memberikan imej tidak baik kepada kerajaan.

"Keganasan yang berlaku dalam perhimpunan haram itu bukanlah budaya Malaysia dan sepatutnya mereka menyuarakan rasa tidak puas hati melalui cara yang betul dan bukan menyusahkan orang lain," katanya yang turut terkilan dengan sikap ibu bapa yang membawa anak-anak semasa berhimpun.

No comments: