Oleh Khairunnisa’ Razak
bhagama@bharian.com.my
2012/05/18
Kejahatan golongan menentang Islam secara diam wujud sejak zaman Nabi
HIDUP di akhir zaman ini memang mencabar keimanan dengan terasasnya pelbagai fahaman yang menyimpang jauh daripada jalan kebenaran, aqidah umat Islam boleh goyah andai tiada pegangan ampuh terhadap agama.

Namun, yang lebih bahaya adalah penentangan terhadap agama secara
tersembunyi oleh orang munafik. Nifaq dalam bahasa Arab diambil daripada
kata dasar yang membawa erti ‘lubang tikus’ kerana kebiasaannya tikus
mudah nampak jalan masuk ke lubang, tetapi tidak nampak jalan keluar.
Nifaq menurut Imam An-Nawawi, ialah orang beriman yang mempunyai atau
menyerupai sifat orang munafik atau melakukan sesuatu bercanggah dengan
kehendak hatinya secara umum. Golongan munafiq ini secara luarannya
seperti orang beragama, namun hatinya penuh kebencian dan permusuhan
terhadap Allah, Rasulullah SAW serta umat Islam.
Kalimah nifaq disebut sebanyak 37 kali dalam al-Quran menandakan betapa bahayanya golongan munafik dan perlunya kita berjaga-jaga dalam menghadapi ‘musuh dalam selimut’ ini sebaik-baiknya.
Tanda-tanda munafiq itu banyak seperti disebut dalam al-Quran mahupun Sunnah. Namun, dapat dikelaskan jenis-jenis munafiq ini kepada dua iaitu nifaq iktiqadi (munafik keimanan) dan nifaq amali (munafik perbuatan).
Golongan yang munafik iman mendustai Allah, Rasulullah SAW, kitab dan lain-lain secara diam-diam, walaupun secara zahirnya mereka mengetahui kebenarannya.

Al-Quran menceritakan melalui firman Allah yang bermaksud: “(Di
antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari
akhirat, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.
Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya
menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar dalam hati mereka ada
penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang
pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Surah al-Baqarah, ayat 8-10)
Munafik perbuatan pula golongan itu menzahirkan kemunafikan mereka melalui perbuatan yang terang-terang menyalahi garis al-Quran dan Sunnah serta ijmak ulama.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “(Ada tiga tanda orang munafik; jika dia bercakap dia berdusta; jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia diberi amanah, dia mengkhianatinya).” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Tanda lain orang munafik ialah suka membuat fitnah, meninggalkan solat Jumaat, melalaikan solat fardu, gemar meninggalkan solat berjemaah, menggalakkan orang lain supaya tidak berjihad, bersekongkol dengan orang kafir dan mengharapkan malapetaka menimpa orang beriman.
Memakan harta anak yatim, berasa aman daripada neraka Allah apabila melakukan dosa, suka berbantah dan bertengkar sesama muslim, berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup, menuduh orang beriman itu bodoh, menghalalkan perkara yang haram dan menghina sahabat Rasulullah SAW.
Mungkin kita tidak menyedari yang kita memiliki mana-mana sifat itu dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang munafik.
Sejarah Islam telah merakamkan siri kejahatan golongan munafik ini yang wujud sejak era kenabian lagi. Bahayanya golongan ini berbanding golongan kafir adalah golongan munafik menentang Islam dari dalam dan secara tersembunyi.
Jadi untuk mengetahui dengan tepat siapakah orang munafik sebenar amatlah susah kerana tiada yang benar-benar tahu isi hati seseorang dan ini menunjukkan betapa liciknya pergerakan mereka.
Namun, pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang saja sahabat yang mengetahui senarai orang munafik di Madinah pada waktu itu iaitu Hudzaifah al-Yamani, kerana Rasulullah SAW memberitahu kepadanya.
Inilah kelebihan Hudzaifah sehingga beliau digelar ‘Pemegang Rahsia Rasulullah’. Sahabat lain seperti Khalifah Umar Al-Khattab, mengetahui bahawa seseorang itu munafik apabila adanya majlis kematian dan Hudzaifah tidak pergi bersolat jenazah untuknya. Jelaslah ia jenazah seorang munafik.
Lantaran itu, seharusnya kita menjadi lebih berwaspada kerana alangkah pada zaman nabi pun golongan ini sudah berani menunjuk taring, apatah lagi pada zaman sekarang yang mungkin sudah lahir ramai klon ‘Abdullah bin Ubay’ moden.
Siapa yang tidak kenal ketua munafik di Madinah al-Munawwarah ini kerana angkara fitnah beliau dan konco-konconya menyebabkan meletusnya Perang Bani Mustaliq yang berlaku dalam Sya’ban tahun ke-6 Hijrah.
Sebagai umat Islam, kita perlu terus mempertahankan iman yang senipis kulit bawang ini hingga ke nafas terakhir. Golongan munafik zaman moden, lebih canggih pendekatannya di tambah dengan dunia tanpa sempadan.
Sebaiknya, sebarang berita mahupun khabar diterima usahlah ditelan bulat-bulat, periksa dulu kebenarannya kerana ditakuti kitalah penyebab api fitnah merebak. Yang lebih utama, jauhi sifat munafik dan sedaya upaya menangkis virus nifaq yang tersebar meluas.

No comments:
Post a Comment