Halang program Irshad Manji
DARI UTUSAN MALAYSIA20/5/2012
JERAI 19 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program
yang melibatkan seorang pendukung lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT), Irshad Manji diadakan di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan meminta semua pihak
menghalang sebarang program membabitkan wanita tersebut. Katanya, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati
Irshad seorang yang berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme
selain mendukung hak LGBT di peringkat antarabangsa.
"Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam telah bertindak menghalang satu program Irshad di sebuah kolej di Bandar Sunway.
"Usaha itu akan digerakkan ke seluruh negara kerana kerajaan amat
memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Ulama dan Umarak Kedah 2012
anjuran Jakim di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dekat sini hari
ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Datuk Noh Dahya.
Menurut Jamil Khir, Irshad datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan bukunya bertajuk Islam, Liberty and Love yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.
"Ideologi tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia
sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan
(Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam
negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat," katanya.
Beliau berkata, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut
dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT
seperti yang ditegaskan dalam Persidangan Sesi Ke-19 Majlis Hak Asasi
Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lalu di
Geneva, Switzerland.
"Jadi, semua umat Islam perlu berhati-hati dan sentiasa peka dengan
pelbagai ideologi yang cuba diasak oleh kumpulan dan individu tersebut
untuk mempengaruhi mereka," katanya.
Irshad, 43, penulis warga Kanada pernah mengarang sebuah buku yang
menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia
bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.
KOMEN : SEJAK BILA ORANG LUAR SESUKA HATI BOLEH MASUK KE MALAYSIA... KDN DAH TAK ADA KUASA KE? ATAU DAH TAK RETI NAK BUAT KERJA... CUKUP-CUKUPLAH DALAM NEGARA DENGAN AKTIVITI LGBT SOKONGAN PUAK PEMBANGKANG TU.... ANWAR + AMBIGA = LGBT
No comments:
Post a Comment