Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 27 May 2012

UiTM, UTM meterai MoU dengan Singapore Polytechnic


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/5/2012




KUALA LUMPUR 25 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melangkah setapak lagi dalam usaha membina modal insan berdaya saing dan cekap apabila menjalin kerjasama dengan Singapore Polytechnic dalam bidang kejuruteraan.

Kerjasama itu melibatkan perkongsian kepakaran dan pengalaman pendidikan dalam bidang berkenaan untuk manfaat bersama terutama dalam meningkatkan industri kejuruteraan negara.

Ia termasuk perkongsian model set pendidikan yang diaplikasikan politeknik berkenaan sejak 2008 iaitu pelaksanaan rangka kerja CDIO iaitu Conceive, Design, Implement and Operate (Memikirkan, Mereka Bentuk, Melaksana dan Mengendalikan) ke dalam program pendidikan kejuruteraan universiti berkenaan.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama tersebut berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini dengan UiTM dan UTM masing-masing diwakili oleh Naib Canselor iaitu Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Prof. Datuk Ir. Zaini Ujang sementara Singapore Polytechnic diwakili oleh Pengetuanya, Tan Hang Cheong.

Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Temasek, Benedict Cheong dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datin Dr. Ir. Siti Hamisah Tapsir.

Zaini dalam ucapannya berkata, usaha mengguna pakai model CDIO ke dalam program kejuruteraan universiti dipercayai mampu meningkatkan kemahiran penuntut dan program tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

"Kami berbesar hati dengan kesanggupan Singapore Polytechnic dan Yayasan Temasek untuk sama-sama bekerjasama dalam perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam bidang ini.

"Diharapkan ia dapat membantu meningkatkan pengeluaran graduan yang bukan sekadar cekap dalam bidang teknikal malah memiliki kemahiran, pengetahuan dan pengalaman selari dengan kehendak industri," katanya.

Sementara itu Sahol Hamid berkata, pihaknya sentiasa bergerak ke hadapan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang terbaik kepada penuntut dan graduan agar mereka lebih bersedia selepas tamat pengajian.

Dalam pada itu, Hang Cheong berkata, pihaknya berjaya melaksanakan model CDIO ke dalam 15 program kejuruteraan di politeknik berkenaan.

"Model ini dilihat berjaya membantu membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif dan aktif selain meningkatkan disiplin dalam membentuk penuntut menjadi seorang pemikir dan ketua dalam industri," katanya.


No comments: