Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 24 May 2012

SILAP-SILAP LEPAS NI...

Penganjur Bersih 3.0 disaman RM122,000 
DARI UTUSAN MALAYSIA
24/5/2012




KUALA LUMPUR 23 Mei - Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap 10 penganjur bersama perhimpunan Bersih 3.0 termasuk pengerusinya, Datuk S. Ambiga (gambar) untuk menuntut ganti rugi khas RM122,000 atas dakwaan gagal mengawal perhimpunan haram pada 28 April lalu. 

Kerugian tersebut terpaksa ditanggung oleh kerajaan ekoran kerosakan yang dialami ke atas 15 kenderaan hak milik kerajaan.

Saman itu difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Mei lalu dan diperoleh oleh pihak media hari ini.

Selain Ambiga, kerajaan Malaysia selaku plaintif turut menamakan Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K. Arumugam, S. Arul Prakash, Wong Chin Huat, Dr. Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo sebagai pihak defendan.

Kerajaan Malaysia dalam pernyataan tuntutan menyatakan, pihak penganjur pada 28 April lalu telah berhimpun di Dataran Merdeka yang telah diletakkan halangan dan sekatan polis.

Namun begitu, akibat rempuhan peserta perhimpunan telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda.

Berdasarkan Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, plaintif menyatakan, pihak defendan mempunyai tanggungjawab bagi memastikan perhimpunan itu tidak menyebabkan kerosakan harta benda.

Menurut plaintif, pihak defendan gagal melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka kerana perhimpunan itu menjadi tidak terkawal dan bertukar rusuhan sehingga menyebabkan kerosakan kepada kenderaan miliknya.

Plaintif selain itu menyatakan, pihak defendan juga cuai kerana membawa peserta yang ramai namun gagal mengadakan kawalan secukupnya selain gagal mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan ia berjalan dengan aman.

Disebabkan kecuaian pihak defendan, kerajaan menyatakan, sebanyak 15 buah kenderaan miliknya telah mengalami kerosakan dan terpaksa menanggung kerugian seperti yang ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kos pembaikan antara RM2,000 dan RM20,000 setiap satu yang jumlah keseluruhannya RM122,000.

Selain menuntut ganti rugi khas RM122,000, kerajaan menuntut satu perisytiharan bahawa defendan telah melanggar Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, faedah dan kos.

Mahkamah menetapkan 13 Jun depan bagi pengurusan kes itu di hadapan Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham.


KOMEN : MAKLUMLAH SEBAB RAMAI SANGAT MUSANG BERBULU AYAM YANG SEPERTI ANWAR KATAKAN DALAM PEJABAT AG...

No comments: