Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 8 May 2012

AGENDA BERSIH 3 YANG TERSIRAT....

Kalau aman tidak dapat tarik media luar - PM
DARI UTUSAN MALAYSIA
7/5/2012

 


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan seorang warga emas dari Pulau Tioman, Jumaat Ahmad, 87, selepas merasmikan Majlis Pandu Puteri Turun Padang di Rompin, semalam. - BERNAMA

ROMPIN 6 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan pembangkang tidak mahu menggunakan stadium untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini adalah bertujuan menimbulkan huru-hara bagi menarik perhatian media luar negara membuat liputan terhadap mereka. Perdana Menteri berkata, jika ia dilangsungkan di stadium, maka perhimpunan minggu lalu itu akan berjalan dalam suasanan aman yang pastinya ia tidak akan mendapat tempat di media antarabangsa.

"Mungkin tidak seronok sebab orang duduk secara aman, duduk di kerusi jadi media luar seperti Al-Jazeera, CNN tidak akan buat liputan terhadap mereka.

"Sebab itu, mereka mesti cari jalan supaya berita perhimpunan itu dapat keluar di media luar negara. Jadi, perhimpunan dijalankan di jalan raya agar dapat dilakukan secara tidak aman dan keluar dalam media luar negara," katanya ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dataran Rompin, di sini hari ini.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Menurut beliau, kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk mengadakan apa sahaja perhimpunan asalkan ia dijalankan secara aman.

"Kalau mereka nak berhimpun, apa salahnya buat macam program ini yang lebih bertamadun. "Kalau hendak buat secara aman kita terima, kita tidak tolak sebab kita merupakan negara demokrasi. Semua ada hak termasuk pembangkang selagi semua hormat undang-undang," katanya. Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan semua peserta yang terlibat dengan perhimpunan itu kerana ada yang datang dengan niat yang baik.

Sementara itu, menurut Najib, kerajaan akan meneruskan pembelaan terhadap masyarakat luar bandar menerusi pelbagai peruntukan yang bakal diumumkan bagi melihat golongan itu bersama-sama terlibat dalam kemajuan negara.

Apatah lagi menurut Perdana Menteri, pembangunan penduduk luar bandar dan desa sememangnya berada dalam lubuk hati ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merasai jerih payah sebagai anak desa dari Kampung Langgar, Pekan untuk mencapai kejayaan.

"Insya-Allah, Selasa ini di Pahang saya akan umumkan durian runtuh kepada warga peneroka Felda yang saya kira akan menggemparkan juga kesannya," katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Perasmian Pandu Puteri Turun Padang di sini kemudiannya, Najib berkata, golongan wanita di desa perlu diperkasakan dengan bukan sahaja ilmu formal tetapi juga kemahiran bersifat bukan formal termasuk kemahiran keibubapaan.

No comments: