Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 7 May 2012

Arab Saudi buru dalang Bersih 3.0


SEBAHAGIAN rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan Bersih di Restoran D’ Saji, Mekah pada 28 April lalu.

KUALA LUMPUR 5 Mei - Pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.

Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan negara itu, agensi risikan Arab Saudi juga sedang memburu dua pemimpin politik pembangkang Malaysia kerana disyaki menjadi dalang perhimpunan berkenaan yang diadakan di Restoran D’ Saji, Hotel As-Safwah berhampiran Masjidilharam.

‘‘Peserta perhimpunan tersebut dikehendaki pihak berkuasa di sana kerana mereka dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang ‘Arab Spring’ dan bangkit menentang pemerintah.

‘‘Segala tindak-tanduk ahli-ahli kumpulan yang memakai baju berwarna kuning sambil memegang kain rentang menyokong Bersih 3.0 diketahui pihak berkuasa Arab Saudi menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi perhimpunan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Penasihat dan Koordinator Kerajaan Negeri Terengganu untuk penerbangan terus dari Terengganu ke Mekah dan Madinah, Abu Backer Sidek, memberitahu, beliau yang berada di Mekah pada 28 April lalu sempat menyaksikan gelagat memalukan peserta perhimpunan Bersih 3.0 terbabit.
Beliau yang juga seorang peguam berkata, mereka dilihat berhimpun selama sejam bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 selepas menunaikan solat zuhur.

Menurutnya, perbuatan mereka itu boleh menjejaskan hubungan diplomatik dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin erat antara Malaysia dan Arab Saudi.

‘‘Saya diberitahu kerajaan Arab Saudi mungkin akan memperketatkan prosedur kemasukan jemaah haji dan umrah dari Malaysia susulan insiden tersebut.

‘‘Sekiranya perkara itu berlaku, pihak berkuasa Arab Saudi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap jemaah kita termasuk menyelongkar bagasi yang dibawa," ujarnya.

Tambah beliau, kesan-kesan negatif lain yang mungkin berlaku termasuk kesukaran untuk menambah kuota jemaah haji, pelajar-pelajar Malaysia sukar mendapat tajaan daripada kerajaan Arab Saudi dan peluang rakyat Malaysia untuk bekerja di negara berkenaan tertutup.

‘‘Sikap peserta perhimpunan Bersih 3.0 di Masjidilharam itu bukan sahaja memalukan nama negara malah menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang Arab Saudi yang melarang mana-mana pihak berhimpun tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram tersebut pada 28 April lalu.

Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih 3.0 di lokasi berkenaan.

Dalam pada itu, difahamkan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia sedang mengumpulkan maklumat berhubung rakyat Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah tersebut.

KOMEN : KATA BODOH KARANG MARAH.... PADAN MUKA KAU ORANG NAK LARI MANA?... CUKUP-CUKUPLAH NEGARA KAFIR AJE YANG SOKONG KAU ORANG... HAMBAT SAMPAI LUBANG CACING... MENYUSAHKAN ORANG AJE...

No comments: