Tidak ada muzakarah - Hadi
TAIPING 21 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang (gambar) memadam spekulasi akan wujudnya muzakarah antara
UMNO dan Pas apabila menegaskan bahawa pertemuan itu tidak akan berlaku
kerana menyifatkan ia hanya permainan politik UMNO menjelang pilihan
raya umum.
Abdul Hadi berkata, Pas sudah mengajak dan memperkatakan mengenai
muzakarah sejak berpuluh tahun lalu tetapi mendakwa UMNO tidak pernah
bersetuju malah memberikan pelbagai alasan.
Beliau berkata, tidak timbul soal Pas tidak ikhlas untuk
bermuzakarah, sebaliknya UMNO yang perlu ikhlas dalam memastikan Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijalankan secara adil.
"Sebenarnya UMNO hanya bermain politik. UMNO mesti tunjukkan
keikhlasannya untuk pastikan pilihan raya akan datang bersih daripada
sebarang penipuan. Kalau pilihan raya tidak bersih, muzakarah pun tidak
ada makna.
"Muzakarah yang dipohon oleh UMNO ini juga hanya hendak menutup isu
tuntutan Bersih dan kelemahan UMNO, (maka) kita tidak akan
bermuzakarah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah di
Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, dekat sini malam tadi.
Abdul Hadi mendakwa, tindak-tanduk UMNO yang mahu mengadakan
muzakarah dengan Pas menjelang pilihan raya umum akan datang bertujuan
menunjukkan kepada orang Melayu bahawa mereka mahu berbaik-baik dengan
Pas.
KOMEN : BAGUSLAH TU SEMUA SALAH UMNO.... MACAM LAWAK SARKAS, SEORANGTUKANG MENCADANG DAN SEORANG LAGI TUKANG BATALKAN... DARI BERMUZAKARAH DENGAN BADUT PAS NI LEBIH BAIK BUAT BENDA YANG LEBIH BERFAEDAH UNTUK RAKYAT... USAH LAYANLAH...DRAMA MURAH PAS NI...
No comments:
Post a Comment