DARI UTUSAN MALAYSIA
28/5/2012
KUALA LUMPUR 27 Mei - DAP digesa supaya tidak terus memberi harapan
palsu kepada masyarakat Cina khususnya yang menjanjikan Perdana Menteri
bakal dilantik daripada kalangan orang bukan Melayu.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, permainan politik
DAP itu sebenarnya tidak bertanggungjawab kepada masyarakat Cina dan
juga membuktikan mereka sebuah parti yang rasis.
“Sebelum itu saya mahu DAP jawab, jika pakatan pembangkang menang
adakah orang Cina akan dilantik menjadi Menteri Kewangan, Menteri
Pelajaran, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri
Pertahanan dan Menteri Kewangan?
“Ini jelas polemik yang ditimbulkan oleh parti rasis ini yang hanya
untuk meraih undi masyarakat Cina walaupun sedar perkara itu tidak mampu
dicapai,"katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis
Makan Tengahari bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anjuran
MCA Wangsa Maju di sini hari ini.
Tegas beliau, DAP yang 99 peratusnya terdiri orang Cina dilihat semakin berubah kerana terlalu gilakan kuasa.
“Sebab itu mereka terpaksa menanggung malu kerana terpaksa berbaik dengan Pas hanya untuk meraih sokongan orang Melayu.
“DAP juga menganggap orang Cina tidak ada pilihan selain mengundi
mereka sedangkan, mereka lupa MCA telah lama terbukti berjaya memajukan
negara dengan perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi,"
katanya.
Sementara itu, Soi Lek turut menyifatkan parti-parti dalam pembangkang sekarang tidak lagi demokratik berbanding BN.
“Lihat DAP yang Lim Kit Siang memegang jawatan penasihat dan anaknya,
Lim Guan Eng pula menjadi Setiausaha Agung yang tidak perlu bertanding
untuk mendapat jawatan itu, ia samalah seperti jawatan Presiden dan
Mursyidul Am dalam Pas.
“Parti Keadilan Rakyat (PKR) paling hebat, mesyuarat tertinggi parti
boleh diadakan di dalam rumah sahaja sebab parti itu diketuai oleh
keluarga dengan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Dr.
Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anaknya pula Naib Presiden,
Nurul Izzah," katanya sinis.
DAP lakukan apa sahaja hapus keistimewaan Melayu
JASIN 27 Mei - Orang Melayu perlu sedar DAP sanggup berbuat apa
sahaja untuk melenyapkan hak kaum Melayu di negara ini termasuk menyekat
kuasa rakan sekutunya, Pas jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim
Ali berkata, sekiranya hal itu berlaku segala undang-undang yang
memelihara kepentingan orang Melayu termasuk Perkara 153 Perlembagaan
akan dihapuskan.
Pada ketika itu menurut beliau, keamanan yang dinikmati seperti hari
ini akan lenyap disebabkan negara menjadi tidak stabil dan rakyat hilang
perasaan saling menghormati antara kaum.
“Perkara ini tidak mustahil berlaku sebab dalam pembangkang pun tidak
ada persefahaman berhubung siapa yang akan menjadi pemimpin negara jika
mereka berkuasa.
“Atas sebab itu kita lihat Pas tidak berani menamakan Presidennya,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dan DAP pun
sudah menegaskan tidak akan terima sebab Pas adalah parti Islam,"
katanya ketika berucap pada majlis ceramah di Felcra Lembang Kesang, di
sini malam tadi.
KOMEN : MEMANG PUN PARTI RASIS ANAK-BERANAK YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN... SEMUA SALAH UMNO/BN...
1 comment:
aku tunggu sapa dari puak bangkai yg nak jadi PM tu...
bleh tahan ker dia???
majoriti rakyat malaysia adalah melayu...
lu gugat keistimewaan melayu lu sakit...
parti ANJING SETIA pun tak leh tahan kalau org melayu ahli sunnah wal jamaah bangkit berjuang...
setakat cebisan syiah mana mampu nak back up puak bangkai nie semua...
pejuang hamas...
Post a Comment